Jeragat Dan Rawatan Homeopathy

Posted on Updated on

Masalah Jeragat Dan Wanita 

Jeragat atau nama saintifiknya disebut Melasma sangat sinonim dikalangan wanita berbanding lelaki. Jika dilihat dari segi nisbah, masalah jeragat pada amnya adalah masalah wanita bukan bagi lelaki tetapi ini tidak bermakna lelaki bebas dari jeragat . Nisbah jeragat terjadi bagi kedua-dua gender adalah sangat memihak kepada kaum wanita iaitu ,12:1 (wanita:lelaki).

Kerap kali jeragat akan terjadi kepada wanita seawal umur 20 sehingga tiba umur menopause atau putus haid di sekitar 50 tahun keatas. Kerap kali jeragat terjadi di pipi, tetapi terdapat juga kes-kes dimana jeragat akan terjadi dihidung dan atas atau sekeliling bibir.

 

Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )

1) Terdedah kepada cahaya matahari terik

2) Penggunaan pil hormone. Contohnya Pil perancang atau pil mengganti hormone

3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai

4) Keturunan.

Rawatan Jeragat Secara Konvensional

Rawatan konvensional ialah rawatan yang melibatkan;

  1. Rawatan pengelupasan kulit mengguna bahan kimia – kos agak rendah
  2. Laser – kosnya boleh mencecah RM2000 atau lebih
  3. Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis – teknik pengelupasan kulit secara mekanikal
  4. Krim dan Sunblock

Secara amnya rawatan secara konvensional terbukti sangat pantas menghapus jeragat dengan teknik membuang lapisan kulit yang terjadinya jeragat, tetapi tidak kekal dan kerap kali jeragat akan kembali memenuhi muka jika terjadi perubahan hormone atau terdedah kepada cahaya matahari.

Jeragat dan Homeopathy

Perubatan homeopathy adalah hasil kajian seorang doktor di Jerman sekitar lebih 200 tahun lampau. Doktor Samuel Hahneman dilatih sebagai doktor alopathy yang tidak bersetuju dengan kaedah rawatan yang digunapakai untuk merawat penyakit. Di mana Hahneman melihat pesakit terseksa sewaktu menerima rawatan dengan kaedah pembedahan yang dirasa bukan merawat tetapi menyiksa pesakit itu.

Oleh itu homeopathy tidak mengguna kaedah pengelupasan kimia atau laser. Homeopathy akan merawat pesakit itu bukan merawat penyakit semata-mata. Homeopathy merawat akar umbi penyakit itu bukan hanya “membuang” masalah itu.

Jeragat Dan Rawatan Homeopathy

Rawatan homeopathy sangat unik, ianya berkonsep holistik kerana mampu menghilangkan jeragat dengan hanya kemam pil atau minum remedi atau ubat. Walaubagaimana pun homeopathy tidak menolak penggunaan krim atau sabun. Secara teorinya krim dan sabun mampu membantu mempercepatkan proses menghilangkan jeragat.

Sepia diantara remedi utama untuk mengatasi masalah jeragat. Sepia dianggap sebagai remedi khusus untuk wanita yang kerap kali mengalami masalah ketidakseimbangan hormone, masalah menstrual (haid) dan pengambilan pil hormone.

Selain dari Sepia, terdapat lebih dari 10 remedi yang mampu mengatasi masalah jeragat mengikut simptom dan keadaan jeragat itu. Diantara remedi-remedi utama itu ialah Fragaria, Caullophylum, Sulphur dan beberapa remedi garam tisu atau biochemic seperti Kali sulph, Silicea dan Cal Phos.

Kenapa Homeopathy?

Ubat homeopathy dipanggil penawar atau remedi, tidak dipanggil ubat. Ubat bermaksud sesuatu yang mempunyai bahan kimia dan dadah seperti ubat-ubat hospital.

a_fragaria-drop_girl-horz

Ubat homeopathy tidak mempunyai bahan-bahan ubat. Ubat-ubat homeopathy adalah dari bahan semulajadi yang disediakan dengan kaedah dos yang sangat nano (nanno – extremely small) dosnya. Sebagai contoh Sepia adalah dari dakwat sotong, setitis dakwat tersebut akan dicampur dengan 1 juta titis air, sehingga kesan dakwat sotong tersebut sudah tidak dapat dikesan oleh mikroskop.

Oleh itu secara amnya ubat atau remedi homeopathy tidak akan ada kesan sampingan (side effects), tidak akan menganggu organ-organ penting seperti buah pinggang dan tidak akan menjadikan seseorang itu ketagih kepada ubat homeeopathy.

Jika anda mempunyai pertanyaan sila isi borang dibawah atau SMS/Whatsapp ke 0192570023 atau 0193098980

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s