Biochemic Untuk Dark Circles Under Eye Supplement (Lingkaran Mata Hitam)

Posted on

Suplemen selamat, bebas dari bahan merbahaya dan sesuai untuk semua peringkat umur
Suplemen selamat, bebas dari bahan merbahaya dan sesuai untuk semua peringkat umur

Sesetengah tu mulut tak ada insuran langsung, dipanggilnya “mata panda” hehehe.. memang tak patut tetapi jangan sesedap mulut je kerana semua orang boleh kena dark circles di bawah mata, begitu juga eye bags. Paling tak best bila jeragat pun “join the group” menambahkan lagi kedukaan orang yang terkena 3 serangkai , dark circles, eye bags dan jeragat.

Seperti biasa orang yang mengalami dark circles, eye bags dan jeragat akan terus ke pharmasi atau “online order” pelbagai krim untuk disapu ke kawasan yang terlibat, tetapi hasilnya TIDAK BERJAYA!!. Mengapa tidak berjaya? kerana tidak memahami punca dark circles, eye bags dan jeragat. Dark circles, eye bags dan jeragat tidak boleh berjaya jika hanya mengguna krim semata-mata. Ianya berpunca dari dalam, melibatkan sistem tubuh, mineral-mineral penting yang mengalami kemerosotan akibat dari pelbagai punca dan sebab.

Homeopathy tidak menolak penggunaan krim dan sabun seperti set BIO-T3 FACE WHITE dan Cream Carmino Complexion (CCC), malah sangat menggalakkan penggunaannya jika diambil bersama-sama remedi untuk dalaman seperti remedi ini BIOCHEMIC DARK CIRCLES UNDER EYE SUPPLEMENT, SEPIA 200, MELASMA FREE DAN FRAGARIA VESCA.

Mari kita lihat mengapa perlu suplemen untuk memulihkan sistem tubuh yang sentiasa berada di dalam keadaan bahaya dengan gaya hidup kita dan pemakanan yang tidak seimbang sehingga terjadinya masalah Dark circles, eye bags dan jeragat

Punca Terjadinya Dark Circles Di Bawah Mata

dark-circles-

Punca terjadinya lingkaran hitam di bawah mata jika mengikut kajian sains biasa, ianya berpunca dari saluran darah yang mengalir perlahan. Ini akan menjadikan hemosiderin berkumpul di bawah kelopak mata. Hemosederin adalah sumber besi yang komplek (iron-storage complex, pigmentasi berwarna kuning kecoklatan terhasil dari proses huraian haemoglobin)

Penyebab kedua terjadinya lingakaran mata hitam,  sesetengah saintis   berpendapat lingkaran hitam terhasil dari pengeluaran melanin yang berlebihan akibat dari sinaran UV yang menyerupai proses terjadinya jeragat.

Punca Terjadinya Eye Bags

sagging eye

Biasanya apabila umur meningkat, struktur tisu dan otot-otot yang menyokong kelopak mata akan menjadi lemah. Kulit akan menjadi seperti bag (sag), ini ialah kerana lemak yang memenuhi kawasan sekitar mata (orbit) akan berubah ke bawah mata. Bahagian tersebut juga akan mengumpul cairan dan menjadikan kawasan tersebut membengkak atau kelihatan lebam. Eye bags juga mungkin berpunca ;

  • Pengumpulan cairan akibat dari suhu panas, lembab dan lain-lain, perubahan hormon dan mengambil makanan yang masin.
  • Tidak mendapat tidur yang secukupnya
  • Alahan atau masalah kulit yang akan terjadi kemeraham dan gatal
  • Keturunan

Punca Terjadinya Jeragat

Ramai yang tidak tahu punca terjadinya jeragat. Kebanyakkan dari mereka berpendapat hanya sinaran UV adalah faktor utama terjadinya jeragat atau melasma. Saintis sendiri pun tidak mempunyai fakta kukuh mengenai punca sebenar terjadi jeragat, tetapi mereka telah mengenalpasti beberapa sebab yang kerap dilaporkan antara punca-punca utama terjadinya jeragat.

Sebab-Sebab Jeragat terjadi boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah;

  • Sinaran matahari terik dan UVA, terutama dari jam 11 pagi sehingga 2 petang
  • Hormon yang tidak stabil seperti mengalami kitaran haid yang tidak menentu.
  • Pengambilan pil hormone seperti pil perancang dan HRT bagi mereka yang sudah menopause.
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Penggunaan kosmetik yang tidak terkawal

set-dcue-400

Pendapat Homeopathy Mengapa Terjadi Dark Circles, Eye Bags dan Jeragat.

Homeopathy tidak menolak teori seperti yang dinyatakan diatas, kerana ianya berpunca dari kekurangan mineral penting di dalam tubuh. Jika mengikut pendapat pengasas garam tisu (cell salt) atau biochemic, Dr.Shuessler berpendapat lingkaran hitam atau eye bags akan terjadi apabila tubuh kekurangan satu atau lebih mineral yang penting. Mengikut kajian Dr.Shuessler terdapat 3 remedi biochemic yang boleh diambil secara holistik atau digabungkan ketiga-tiganya.

Kekurangan garam tisu atau biochemic yang penting ini akan mengakibatkan proses dark circles dan eye bags akan terjadi.

Remedi tersebut ialah;

  • Cal Flour – Flouride of lime
  • Ferr Phos – Phosphate of iron
  • Kali Ch – Potassic Chlorate

 

Kekurangan Cal. Flour . Mineral ini berfungsi untuk membina pertahanan kepada membrane organic seperti enamel gigi, periosteum (otot tisu penyambung atau “connective tissue”).

Kesemua fiber seperti tendon (urat yang menyambung otot ke tulang), ligament, kulit dan dinding saluran darah memerlukan Cal .flour.  Kekurangan atau tidak ada Cal.flour didalam sistem badan akan menjadi kesemuanya yang terlibat akan mengalami proses kemerosotan fungsinya.

Kekurangan Ferr.Phos, Ferr.Phos berfungsi menguatkan sistem otot-otot dengan membekal oksigen secukupnya. Ferr phos amat berkesan untuk menjaga dan membina sel darah yang kuat dan efektif.

Kali Ch adalah garam tisu yang boleh dijumpai di dalam korpusel darah (zarah kecil, sel atau jisim tisu), cecair interselular dan saraf. Untuk menghasilkan Kali ch bahan mentahnya boleh didapati sebagai mineral yang bentuk “sylvine”. Sylvine adalah mineral tidak berwarna, berwarna putih atau berwarna yang mengandungi potassium chloride

Mengapa Biochemic Sangat Berkesan?

Biochemic sangat berkesan untuk pelbagai masalah kesihatan manusia kerana remedinya adalah menyerupai mineral-mineral di dalam tubuh kita.

Sistem perubatan homeopathy yang dipanggil Garam Tisu atau Biochemic telah dibangunkan oleh Dr.Shuessler seorang doktor yang hidup di Jerman pada sekitar tahun 1880. Dia telah menganalisa serbuk mayat yang dibakar dan telah menemui 12 inorganik garam tisu. Dia telah menganalisa dan membuat teori bahawa terdapat 12 elemen iaitu mineral di dalam tubuh manusia adalah sangat kritikal kepada tubuh jika berkurangan. Mineral-mineral ini perlu diimbangi dan menjadi penentu kepada aktiviti sel-sel dan kesihatan yang akan menjadi tanda aras kepada kesihatan seseorang individu sama ada sihat atau tidak. Jika berkurangan akan terjadi “dis-ease” kepada tubuh dan kini ianya disebut sebagai “disease”.

set-SMFFM

Oleh itu Dr.Shuessler menyediakan remedi ini didalam dos yang amat kecil untuk memastikan remedi biochemic dapat menyerap ke sistem tubuh dengan cepat dan mudah. Bahan-bahan remedi ini ialah bahan-bahan mineral alam semulajadi yang terdapat didunia ini seperti fluoride, magnesium, kalsium dan lain-lain lagi tetapi bukan dari abu mayat !!.  Sehingga kini biochemic atau garam tisu telah diguna oleh berjuta-juta orang  di serata dunia semenjak lebih kurang 120 tahun yang lepas. Remedi-remedi ini telah di “proven” atau dibuktikan sangat-sangat membantu untuk mengimbangi keridakstabilan aktiviti-aktiviti didalam tubuh yang akan menjurus kepada penyakit.

Pengamal-pengamal homeopathy amat gemar menjadikan biochemic atau garam tisu sebagai remedi utama sewaktu merawat pesakit. Biochemic sangat selamat untuk ibu-ibu mengandung dan juga bayi. Malah 12 garam tisu yang utama ini adalah sebahagian dari suplemen sewaktu mengandung.

Bagaimana Homeopathy Biochemic Membantu Menghilangkan Lingkaran Hitam Di Bawah Mata

Under Eye Dark Circles Supplement adalah remedi untuk merawat dark cirlces, walaubagaimana pun ianya dapat membantu merawat eye bags serta jeragat kerana terdapat kaitan diantara 3 masalah kulit ini.  Under Eye Dark Circles Supplement jika diambil bersama-sama Sepia 200 dan Fragaria Vesca akan menambah lagi impak positif kepada mineral di dalam sistem tubuh untuk bekerja dengan lebih cekap.

Remedi-remedi biochemic adalah arkitek dan juruteknik yang bekerja siang malam untuk mempastikan sistem tubuh seperti sel-sel darah mendapat oksigen secukupnya, kadar vitamin dan mineral yang seimbang dan keanjalan tisu-tisu sentiasa pada tahap terbaik.

Biochemic adalah mineral-mineral yang terdapat didalam tubuh yang diproses dari bahan mineral untuk diambil sebagai suplemen bagi mengimbangi kekurangan mineral tertentu di dalam tubuh. Biochemic berfungsi membina semula kekurangan yang terjadi kepada organ-organ dan tisu-tisu.

Biochemic adalah remedi yang berkerja untuk mengimbang atau “equilibrium”, untuk mengimbang kekurangan atau lebihan. Biochemic juga boleh diambil bersama-sama herba, vitamin dan lain-lain suplemen. Sangat berguna untuk semua peringkat umur.

 

 

Advertisements

3 thoughts on “Biochemic Untuk Dark Circles Under Eye Supplement (Lingkaran Mata Hitam)

    I said:
    April 19, 2016 at 7:48 am

    Macamana nak beli supplement untuk dark circle tu ?

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s