Merry Gold Sabun Kecantikkan Yang Hebat

Posted on

merry-gold-400

Sabun Merry Gold

Sabun Marigold adalah hasil adunan ekstrak bunga-bungaan dan daun yang digunakan oleh ahli herba pada zaman silam untuk merawat pelbagai penyakit terutama penyakit kulit. Kini kajian yang agak intensif sedang dan telah dijalankan oleh para saintis diseluruh dunia dan mereka telah mengesahkan tumbuhan dan bunga-bungaan tersebut mempunyai nilai therapeutic actions terutama Calendula. Saintis juga mengesahkan Calendula mempunyai agen anti-oxidant dan anti-aging effects. Sabun Merry gold mendapat sambutan yang sangat hebat dari pengguna yang mengalami jerawat dan jeragat. Kesan yang diberi oleh sabun Merry Gold amat hebat dan selamat, boleh dikatakan sesuai dengan semua jenis kulit.

Pengasas Homeopathy sendiri telah mengkaji tumbuhan ini sejak lebih 200 yang lampau dan merekodkan kedalam materia medica(buku panduan , rujukan perubatan Homeopathy) dan kini pakar-pakar Homeopathy merealisasikan dengan menjadikan ia produk yang selamat kepada pengguna, yang telah lama mencari-cari produk yang tidak memudaratkan kulit mereka.

Mari kita lihat bahan-bahan yang terdapat didalam  Sabun Marigold.

 

Calendula officianalis
Calendula atau marigold mempunyai 20 lebih spesis Calendula juga didalam kumpulan bunga daisy yang tumbuh di Mediterranean sehinggalah ke Iran. Manfaat Calendula kepada kesihatan telah dibuktikan sewaktu kajian pharmacological, yang mendapati Calendula mempunyai bahan anti-viral (merawat kesan infeksi yang diakibatkan oleh virus), anti-genotoxic (agen penghalang kanser) dan anti-inflammatory (anti keradangan), anti-oxidant dan anti-aging effects dan dicadangkan ekstrak atau tincture digunakan secara luaran untuk mengawal dan merawat jerawat, mengawal pendarahan dan melegakan otot-otot yang sakit. Estrak Calendula digunakan secara meluas di barat untuk dijadikan mandian kepada bayi yang diserang ruam, bahan kumuran untuk meredakan infeksi di gusi dan pelbagai kegunaan lagi.

 

Beberis Aquifolium

Juga dipanggil Oregon-Grape atau Mahonia, ia berada didalam kumpulan barberry dimana buahnya menyerupai buah anggur.Tumbuhan ini digunakan oleh ahli herba untuk merawat penyakit atau penyakit keturunan yang diakibatkan oleh siplis (syphilis). Homeopathy menggunakan Beberis Aquifolium Q sebagai remedi utama untuk merawat jerawat dan juga dijadikan krim atau sabun juga merawat jerawat, psoriasis dan eczema.

Echinacea 

Lain-lain nama bagi bunga ini ialah Purple cone flower, pale purple cone flower, black sampson, scurvy root, Indian head, black susans dan hedgehog. Hasil kajian menunjukkan bunga ini mengandungi polysaccharides (PS I – a 4-O-methylglucuronoarabinoxylan and PS II an acid rhamnoarabinogalactan), caffeic acid, lipophillic polyacetylenes dan alkylamides. Ia mempunyai keupayaan menguatkan dan stimulasi system imun, antimicrobial dan anti-inflammatory. Oleh itu remedi ini menjadi kombinasi yang hebat untuk merawat masalah kulit dengan bertindak mempercepatkan kesan penyembuhan yang lambat, menghapus jangkitan kulat dan antispetik.

Thuja Orientalis

Thuja tidak tergolong didalam keluarga bunga-bungaan , tetapi berbentuk daun hijau iaitu cypress family. Mengikut kajian tumbuhan ini kaya dengan Vitamin C. Minyak pati Thuja amat baik untuk dijadikan cleanser dan disinfectant. Perubatan Homeopathy menggunakan Thuja untuk merawat ketuat dan polip (polyp ialah daging yang tumbuh dikulit termasuk didalam hidung)
Ekstrak bunga-bungaan dan dedaun ini diadun dengan minyak dari petal Calendula sendiri dan pati minyak bunga-bungaan yang lain, ia tidak menggunakan sebarang minyak dari lemak haiwan, tidak ade gelatin atau glycerin. Produk sediaan Homeopathy tidak menggunakan bahan pengawet, benzoyl peroxide atau bahan mengelupas (peeling) seperti glycolic acid. Ia amat selamat untuk semua jenis kulit.

Walaupun tanpa bantuan bahan-bahan kimia, Sabun Marigold mempunyai kesan penyembuhan yang sama hebat dengan produk yang menggunakan bahan kimia. Bukan cerita kosong , tapi ada kes jerawat yang boleh dirawat dalam masa yang singkat. 3-7 hari dan muka kembali licin, sementara parut-parut mula pudar dan hilang dalam tempoh 1 bulan.

Jika ingin membuat pesanan dan bercadang mengguna kad kredit atau debit kad sila ke— Ckick link ini SELL2U.MY atau Whatsapp 0192670023

e-commerce-sell2u-logo

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s