Cara Paling Berkesan Hapus Jeragat

Posted on

Mengenali Penyakit Yang Dideritai Akan Mempercepatkan Proses Penyembuhan
Mengenali Penyakit Yang Dideritai Akan Mempercepatkan Proses Penyembuhan

Cara Berkesan Merawat Jeragat

Cara paling berkesan untuk merawat jeragat adalah memahami apa itu JERAGAT?Jeragat BUKAN jerawat, dan cara merawatnya adalah berbeza. Memang benar jeragat dan jerawat ada persamaannya iaitu salah satu puncanya ialah HORMON. Perbezaan di antara jeragat dan jerawat ialah, jeragat terjadi akibat pengeluaran MELANIN (pigmentasi) yang terlalu banyak, sementara jerawat pula akibat pengeluaran SEBUM (minyak) dengan banyak.

Jerawat akan timbul dipermukaan kulit, kebiasaannya akan merasa sakit, gatal-gatal dan akan bernanah sedikit atau teruk. Jerawat agak sesuai dengan penggunaan krim dan sabun untuk membunuh bakteria yang menyebarkan jerawat, sementara jeragat tidak berjangkit danbukan disebabkan oleh bakteria. Jeragat terdapat 3 jenis ;

Jeragat boleh dikategorikan kepada 3 jenis;

Epidermal – atau bahagian atas lapisan sel kulit. Jeragat epidermis ini mudah dirawat dan sesuai untuk mengguna krim dan sabun

Dermal – terjadi di bawah lapisan sel kulit. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedy makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan lain-lain.

Campuran (mixed) – terjadi kedua-dua jenis jeragat Epidermal dan Dermal. Jeragat dibawah lapisan kulit tidak sesuai untuk mengguna krim dan sabun tetapi lebih berkesan jika mengambil ubat/remedi makan seperti Sepia 200, Melasma Free dan sangat-sangat disarankan untuk mengambil set Holistik 5RH.

Jeragat sering terjadi mengikut corak seperti berikut;

63% jeragat akan kelihatan sekitar hidung dan dagu

21% jeragat akan terjadi di sekitar pipi dan hidung

16% jeragat biasanya akan kelihatan sekitar dibawah rahang

Jeragat sering terjadi kepada individu yang mudah terdedah kepada sinaran ultraviolet (uv), atau bagi wanita yang mengambil pil hormon (pil perancang). Jeragat kerap kali kepada wanita berbanding lelaki dan jarang-jarang terjadi kepada gadis. Jeragat lebih kerap terjadi kepada wanita yang sedang mengalami perubahan hormon.

80% wanita mengandung sering mengalami jeragat yan dipanggil “mask of pregnancy”.

jeragat-kronik-300px

Warna Jeragat dan Bentuk

Jeragat yang terjadi di epidermis (epidermal) berwarna coklat cair dan akan kelihatan lebih gelap jika dilihat dibawah lampu

Jeragat dermal akan kelihatan keperangan dan tidak kelihatan lebih gelap jika dibawah lampu

Jeragat campuran berwarna coklat gelap, jika diteliti dibawah lampu pemeriksaan akan kelihatan lebih gelap atau kadang-kadang tidak ada perubahan.

 

Jeragat adalah keadaan biasa bagi sesetengah wanita dewasa, di mana terjadi warna coklat atau kelabu dan kerap kali akan terjadi di wajah. Jeragat sering terjadi kepada wanita yang mengandung, dan kepada yang berkulit agak gelap yang tinggal di negara yang panas seperti Malaysia, walaubagaimana pun jeragat akan terjadi kepada lelaki dan mengikut pengalaman 10% dari pesakit yang mempunyai jeragat adalah lelaki. Jeragat akan semakin menebal apabila seseorang itu kerap berjemur di bawah sinaran matahari.

Secara faktanya, jeragat bukan infeksi, jeragat juga bukan penyakit berjangkit yang merbahaya, dan jeragat bukan berpunca dari alergik. Jeragat bukanlah sejenis kanserdan tidak akan terjadi di dalam kulit yang berkanser.

Adakah Jeragat Berpunca Dari Keturunan

Terdapat fakta mengatakan YA dan ada yang TIDAK, tetapi kebiasaannya di dalam satu keluarga akan terdapat lebih dari seorang yang mengalami jeragat.

Kenapa Jeragat Naik Di Muka?

Jeragat bukan hanya terjadi di muka sahaja, malah terjadi di lain-lain bahagian tubuh seperti di tangan, tengkuk dan lain-lain. Malangnya muka adalah kawasan yang paling diminati oleh jeragat

Simptom Jeragat

Jeragat tidak mempunyai simptom seperti gatal atau pedih, tetapi jeragat akan menjadikan emosi seseorang itu akan terganggu.

 

Adakah Jeragat atau Melasma Boleh Dihapuskan?

Mengikut pendapat perubatan moden jeragat tidak boleh disembuhkan, tetapi hanya boleh “dibuang” mengguna krim, laser, pengelupasan mengguna bahan kimia, dermabrasion dan lain-lain.

Mengikut pendapat homeopathy biochemic, jeragat boleh dirawat dengan remedi oral (dikemam/diminum) dibantu sabun dan krim herba untuk menambah nutrisi ke kulit. Perubatan homeopathy percaya jeragat terjadi akibat terjadi kemerosotan sistem tubuh, mineral dan lain-lain sehingga menyebabkan terjadi penyakit. Homeopathy biochemic percaya setiap masalah kesihatan pesakit perlu dirawat secara keseluruhan, kemudian merawat punca penyakit dan seterusnya akan merawat penyakit.

Solusi Untuk Hapus Jeragat Mengikut Kaedah Homeopathy Biochemic.

Homeopathy biochemic adalah konsep merawat seluruh tubuh pesakit, aitu merawat punca terjadinya jeragat.

Homeopathy biochemic mempunyai senarai remedy yang panjang untuk menghapus jeragat. Paling banyak maklumbalas mengatakan set-set jeragat homeopathy biochemic sangat “power” ialah mengguna remedy tunggal (single remedy). Tidak hairanlah jika set-set homeopathy biochemic mempunyai remedy kemam atau minum dan di dalam 1 set akan terdapat 2 atau 3 remedi untuk dikemam dan diminum.

Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas.

Terbaru set BJC01, yang berkonsepkan “single remedi” iaitu Cal Sulph, Kali Sulph dan Fragaria vesca juga mendapat sambutan yang sangat hangat.

Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah;

  • Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual
  • Melasma Free Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.
  • Cal Sulph – Mineral yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.
  • Kali Sulph adalah mineral yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.
  • Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.

 

Remedi Jeragat Akibat Tekanan Atau Stress

Hormon stress, cortisol adalah musuh utama kepada kesihatan umum. Saintis sendiri agak khuatir dengan peningkatan paras cortisol; yang akan menganggu pembelajaran dan memori, mengurangkan fungsi sistem imun dan ketumpatan tulang, menambah berat badan, tekanan darah, kolesterol, penyakit jantung, jeragat dan senarai penyakit akan berterusan akibat peningkatan hormon cortisol.

Stress yang kronik dan peningkatan paras cortisol akan menambah risiko kepada depresi, gangguan mental dan sehingga kepada kematian mengejut.

Kekurangan hormon testosterone akan menjadikan hormon estrogen sebagai hormon dominasi, dan ini ialah punca terjadinya jeragat akibat stress. Peningkatan hormon estrogen akan menambah kuantiti MSH yang akan mengakibatkan terjadinya jeragat atau melasma.

 

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada gadis dan wanita muda yang kerap diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur.

 

 

Ashwagandha dan Tunera adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

 

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

 

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

 

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Tunera adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

 

Tunera sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

 

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop boleh diambil bersama-sama set hapus jeragat yang sedia ada seperti M3, M4, 5SMF, SMF, SMFF, BJC01 dan BJC02.

Mohon maaf buat masa ini, saya belum sempat untuk mengambil gambar untuk Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop belum. Insya Allah akan dimuat naik di dalam masa terdekat.

 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi melalui Whatsapp/SMS ke 019- 257 00 23.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s