Jeragat Berpunca Dari Pil Perancang

Posted on

Jeragat Naik Bila Berhenti Ambil Pil Perancang

Pil Perancang
Pil Perancang

Bila bersembang di kedai mamak terkeluar cerita mengenai pil perancang. Ada sorang kawan  menceritakan dia terpaksa ke klinik 24 jam untuk mendapatkan bekalan pil perancang, kalau tidak malam tu kena kensel segala aktiviti beramah mesra mereka. Akibat kos sara hidup yang tinggi pasangan suami isteri tersebut terpaksa merancang untuk tidak melahirkan anak, kerana pada masa itu mereka telah mempunyai 3 orang cahaya mata. Walaupun mengetahui kesan sampingan masa panjang mereka tetap mengamalkan pil perancang selama lebih 5 tahun sehingga mereka bercadang untuk mendapatkan seorang lagi baby.

Kesan sampingan akan terjadi apabila umur mula meningkat dan paling kerap terjadi ialah jeragat. Kenapa jeragat naik bila berhenti mengambil pil perancang?, saya cuba terangkan secara mudah di fahami;

  • sewaktu mengambil pil perancang tubuh wanita itu akan dikawal oleh pil perancang.
  • Sistem tubuh akan dikawal (seperti timer) menentukan tarikh kitaran haid dan juga mengawal kadar hormon estrogen dan progesterone pada kadar sepatutnya.
  • Selepas berhenti mengambil pil perancang, tubuh seseorang itu seolah-olah terlupa untuk bekerja (kerana sebelum ini pil perancang yang membuat kerja) , agak lambat menyesuaikan keadaan, maka terjadilah kecelaruan sistem hormon estrogen dan progesterone. Akibat dari kacau bilau ini, jeragat pun muncul sebagai petanda sistem tubuh tidak berada pada tahap memuaskan.
Hormone Estrogen
Hormone Estrogen

Pengambilan pil perancang (oral contraceptives) agak jelas diperkatakan sebagai punca terjadinya jeragat walaupun tidak ada sejarah di dalam keluarga yang mengalami jeragat. Kerap kali wanita yang mengambil pil perancang akan dinasihatkan untuk berhenti mengambil pil perancang jika terjadi jeragat secara tiba-tiba selepas mengambil pil perancang.

Hormon Progesterone
Hormon Progesterone

Pil perancang adalah satu cara klasik bagi wanita untuk mencegah kehamilan. Terdapat banyak kaedah yang berbeza kawalan kelahiran seperti kondom, suntikan dan pil perancang hormon. Secara umumnya di Malaysia disebut pil perancang yang boleh di dapati over the counter (otc) di pharmasi yang telah diamalkan sejak puluhan tahun yang lampau. Pil perancang mempunyai kesan sampingan yang boleh dikatakan agak panjang senarainya termasuklah terjadinya jeragat.

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat.

Anatomy Jeragat
Anatomy Jeragat

Hormon mempengaruhi wanita semasa dan selepas kehamilan. Sebagai contoh jika mereka berhenti mengambil pil perancang, untuk hamil, untuk penyusuan, dan selepas itu kembali kepada pil perancang untuk mengawal kelahiran semula. Proses pengambilan pil perancang akan mempengaruhi sistem hormon mereka sehingga ke peringkat perimenopause atau menopause. Proses mengambil hormon kawalan kelahiran akan mencetus jeragat atau melasma kerana wanita sangat sensitif terhadap perubahan hormon estrogen dan progesterone di dalam tubuh.

90% wanita yang berhenti mengambil pil perancang akan terjadi jeragat. Jeragat tejadi kerana sistem tubuh belum menyesuaikan diri untuk bertindak sendiri untuk mengawal hormon. Sepanjang tempoh wanita itu mengambil pil perancang sistem hormon dikawal oleh pil perancang. Sistem tubuh akan mengalami kecelaruan apabila pengendali hormon sudah tidak lagi berada di dalam sistem tubuh dan  seterusnya mengaktif melanocytes untuk mengeluarkan melanin (pigmen hitam) dengan kuantiti yang banyak dari biasa.

Punca-Punca Terjadi Jeragat
Punca-Punca Terjadi Jeragat

Jeragat tidak mengenal umur tetapi majoriti yang mengalami jeragat adalah wanita, dan sangat jarang terjadi kepada lelaki. Majoriti mendapat jeragat adalah wanita yang berumur lebih 35an. Walaubagaimana pun jeragat tidak memilih “mangsanya” , terdapat wanita yang berumur 20an yang mukanya ditumbuhi jeragat kerana pernah mengambil pil perancang.

Sepia 200 dan Fragaria
Sepia 200 dan Fragaria

Rawatan Homeopathy Untuk Jeragat Yang Berpunca Dari Masalah Hormon

Homeopathy mempunyai remedi yang hebat jika sesuatu penyakit itu berpunca dari hormon. Sepia 200, Damiana Q dan Ashwaganda Q adalah remedi yang sangat hebat. Sebagai contoh Sepia 200 di gelar “women’s wonder remedy” yang mampu merawat pelbagai masalah wanita seperti haid tidak teratur, senggugut dan lain-lain.

Fragaria dan Melasma Free
Fragaria dan Melasma Free

Damiana Q dan Ashwagandha Q (Indian ginseng) merupakan tonik hebat sistem tubuh yang terganggu. Kedua-dua remedi ini juga sering digunakan sebagai aphrodisiac atau untuk stamina seksual untuk wanita dan lelaki. Ekstrak tumbuhan ini kaya dengan pelbagai bahan-bahan hebat seperti antioxidant yang berfungsi menghalang unsur-unsur negatif untuk merosakkan sistem tubuh terutama sel-sel kulit yang sensitif seperti kulit muka, secara mudahnya antioxidant ini adalah untuk “awet muda”.

20160408_103416

Walaubagaimana hebat pun sesuatu ubat itu,  yang paling dititikberatkan ialah kesan sampingan yang akan ditinggalkan oleh ubat tersebut. Remedi homeopathy bukan ubat kerana tidak mempunyai kesan ubat seperti bahan kimia, dadah, untuk merencat (inhibitor) dan penggalak sintetik atau yang bertoksik. Remedi homeopathy diminati ramai kerana tidak mempunyai kesan sampingan dan selamat untuk dicuba.

Sekiranya ingin mendapat maklumat lanjut seperti konsultasi remedi yang sesuai dengan jeragat anda sila whatsapp ke 0192570023

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s