AADF Jeragat Hilang dan Tubuh Pun Semakin Gebu

Posted on

Set AADF

Wanita dicipta Allah sebagai makhluk sangat indah ciptaan-Nya dan tidak ada manusia yang mampu mencipta sistem tubuh wanita yang sangat komplek, terdiri dari sistem tubuh yang berbeza berbanding lelaki. Bermula dari awal akil baligh sehingga menopause, hormon adalah rakan baik dan juga musuh utama wanita. Jeragat walaupun ramai saintis mengatakan ia berpunca dari sinaran uv matahari tetapi hormon adalah penyebab jeragat mula timbul di muka.

Di Negara yang beriklim sejuk terdapat perkhidmatan “tanning booth” untuk mendapat kulit yang agak gelap atau bagi mereka yang berkemampuan akan datang melancong ke Negara beriklim tropika dan berjemur dibawah panas sinaran matahari. Kesemua aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kadar pigmentasi ditubuh mereka. Mereka akan berbangga sekiranya tubuh mereka kelihatan lebih kehitaman berbanding teman mereka yang kelihatan putih dan pucat.

Set Jeragat AADF untuk Diminum, 10 Titis Terus Ke Dalam Mulut, Kemam Sebentar dan Telan. (1 titis seperti di gambar)

Di Malaysia Negara tropika adalah sebaliknya, ramai di antara kita ingin kelihatan lebih cerah, lebih putih seperti artis K-POP. Krim kosmetik bertoksik yang mengandungi hydroquinone atau mercury untuk mencerahkan kulit sangat laris satu ketika dahulu sehingga terdapat kes di mana muka pembeli menjadi melecur dengan teruk baharulah di war-warkan mengenai betapa bahayanya produk-produk tersebut. Sehingga kini masih terdapat produk yang bertoksik kerana permintaan untuk kelihatan lebih putih tidak pernah ada penghujungnya. Produk pengelupasan kulit akan memusnahkan lapisan epidermis atau lapisan atas kulit yang bertindak sebagai ;

  • Lapisan kalis air
  • Penapis sinaran UV

Wanita Berkarier, Stress Dan Jeragat

Saban hari wanita-wanita moden yang berkarier akan mengalami depresi dan stress yang teruk. Bebanan tugasan di tempat kerja, karenah bos-bos dan masalah di rumah yang memeningkan kepala akan menjadikan wanita-wanita yang bekerja di organisasi awam atau swasta akan menjadi pemarah dan baran. Mereka akan menjadi lebih skeptikal terhadap pelbagai perkara dan menjadi lebih cerewet berbanding sebelumnya. Tanpa disedari hormon cortisol (hormon akibat stress) telah meningkat dan jeragat pun semakin menebal.

Jeragat yang terjadi dimuka tidak akan menjadikan seseorang itu merasa gatal, pedih atau bernanah seperti yang di alami oleh pesakit yang mempunyai jerawat. Jeragat dan jerawat adalah berbeza tetapi persamaan di antara kedua-dua penyakit ini ialah terjadi di muka, amat jarang jeragat dan jerawat terjadi di bahagian tubuh.

Pakar kulit perubatan moden mengklasifikasikan jeragat sebagai masalah kosmetik. Masalah kosmetik bermaksud masalah yang memerlukan rawatan membenam, membuang dan menghakis segala yang tumbuh di muka. Perubatan moden tidak mempunyai ubat-ubat untuk menghapus jeragat kecuali ubat-ubat yang mengandungi inhibitor yang akan supresi (menahan) proses semulajadi tubuh untuk menghalang lebihan melanin yang terhasil di melanocytes.

Stress atau tekanan perasaan sering melanda pesakit yang terjadi jeragat di wajahnya. Stress akan bertambah berlipat kali ganda sekiranya pesakit itu akan berhadapan dengan orang ramai setiap hari seperti pekerja di kaunter, pegawai pemasaran, cikgu, pensyarah dan lain-lain.

Jika tersilap pilih kosmetik akibatnya sangat teruk dan memudaratkan

Tanpa disedari tubuh kita akan mengalami “wear and tear“, seperti alat mekanikal yang akan mengalami masalah setelah digunakan secara rutin setiap hari. Sebagai contoh alat mekanikal seperti kereta yang berumur lebih 5 tahun yang akan mula merosot prestasinya. Perlu diserbis, ditukar alat ganti dan diberi penjagaan enjin yang lebih rapi berbanding kereta yang baru.

Begitu juga manusia apabila umurnya semakin meningkat, terutama kepada wanita yang berkahwin dan telah  melahirkan anak sehingga mengakibatkan banyak saraf-saraf mengalami kerosakkan, mengambil ubat-ubatan seperti pil-pil kawalan kehamilan, penggunaan bahan-bahan kosmetik dan bekerjaya serta sering mengalami stress secara rutin.

Puan Anne (bukan nama sebenar), sebagai contoh yang telah hampir berputus asa untuk merawat jeragat yang semakin menebal di wajahnya. Puan Anne telah “terjumpa” set AAD dan AADF apabila membuat carian di internet, merasa sedikit kenyakinan dengan artikel yang dibaca, Puan Anne telah menjawab seperti di bawah;

  1. Jeragat kelihatan sedikit demi sedikit dan semakin menebal selepas 1 tahun.
  2. Berumur 45 tahun
  3. Berkahwin, telah melahirkan anak seramai 5 orang
  4. Mengambil pil perancang dan telah berhenti sejak 1 tahun lepas.
  5. Pernah melahirkan anak pertama dengan kaedah cesarean.
  6. Mengguna produk pengelupasan
  7. Period tidak teratur dan mood selalu berubah (mood swing)
  8. Tidak menghadapi masalah sembelit

Sejak 1 tahun lepas jeragat sudah mula kelihatan di kedua-dua pipi, atas hidung dan bibir. Pada permulaannya jeragat agak pudar tetapi semakin jelas sehingga bedak “BB” pun sudah tidak mampu menutup jeragat dimuka.

Puan Anne tidak memerlukan krim atau sabun tetapi dia memerlukan suplemen yang boleh membantu kecelaruan hormon, tekanan di rumah dan di tempat kerja dan merawat saraf-saraf yang semakin merosot fungsinya.

Arnica 30, Ashwagandha Q, Damiana Q dan Fragaria adalah remedi yang sangat hebat untuk saraf-saraf, mengawal tekanan perasaan dan kecelaruan hormon yang terjadi apabila umur semakin meningkat.

AADF Menjadi Penyelamat

Setelah mencuba pelbagai krim, sabun dan pelbagai kolagen, sepatutnya  jeragat akan hilang atau pudar, tetapi sebalik jeragat semakin menjadi-jadi. Puas mencari solusi akhirnya Puan Anne (bukan nama sebenar) telah mencuba set AAD dan seterusnya set AADF.

Bulan pertama – kesan-kesan jeragat di muka, hidung dan pipi sudah berkurangan lebih 60%, sewaktu kitaran haid kesakitan senggugut berkelurangan dari sebelum ini.

Bulan kedua – Kesan-kesan jeragat sudah mula berkurangan lebih 80%. Terasa tubuh semakin ringan dan lebih bertenaga malah suami komen tubuh semakin gebu.

Bulan ketigaKesan-kesan jeragat berkurangan hampir 95%, tubuh merasa lebih bertenaga, emosi semakin tenang  dan kitaran haid mula teratur. Kulit muka semakin cerah dan gebu selepas mengambil Fragaria vesca 30.

Testimoni Puan Anne

Homeopathy Bukan Ubat Tetapi Suplemen 100% Dari Bahan Semulajadi

Homeopathy bukan ubat dan bukan bahan kosmetik, tetapi adalah bahan yang terdiri dari bahan-bahan yang amat selamat. terdapat sesetengah pihak mengatakan remedi homeopathy hanya air kosong atau tablet manis yang sedap tetapi tidak ada kesan ubat langsung. Mereka tidak dapat mengesan bahan-bahan yang mereka boleh buktikan sebagai ubat. Mereka telah mengkaji di dalam makmal walaubagaimana pun mereka hanya mendapat keputusan ND (not detected atau tidak dapat dikesan).

Admin tidak menyalahkan mereka 100% kerana mereka tidak mengkaji homeopathy secara ilmiah tetapi mereka hanya mengkaji untuk mencari keburukkan semata-mata. Sekiranya ingin merawat, setiap perawat sebaik-baiknya akan menerima sesuatu yang mampu memulihkan pesakit. Terdapat ramai doktor-doktor konvensional yang berfikiran terbuka dan positif telah mengabungkan remedi homeopathy bersama-sama ubat-ubat konvensional mereka dan hasilnya sangat menakjubkan. Remedi homeopathy adalah selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubat klinik dan hospital.

Begitu juga pengamal homeopathy tidak seharusnya hanya homeopathy semata-mata, pengamal homeopathy juga tidak seharusnya mengabaikan nasihat doktor bertauliah. Doktor bertauliah diberi lesen untuk mendiagnos pesakit dan dari nasihat doktor bertauliah para pengamal homeopathy boleh memberi tambahan suplemen remedi homeopathy untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Begitu juga artikel ini bukanlah bersifat mendiagnos pesakit, ia hanya suplemen yang telah berjaya memberi kesan yang sangat diharap pesakit jeragat iaitu jeragatnya hilang dan selamat tanpa kesan sampingan. Cadangan suplemen remedi homeopathy ialah hasil dari diagnos doktor bertauliah yang admin ambil dari pesakit dan cadangkan set-set jeragat yang sesuai, hasilnya amat menakjubkan.

Sekiranya berminat untuk membuat pesanan sila Whatsapp ke 019-257 0023 untuk mendapat harga promosi sempena nak puasa ni. Whatsapp dengan kod AADF dan insya Allah admin akan jawab dengan seberapa pantas yang boleh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s