homeopathy jeragat

Terbongkar, Eh Silap Terbaru!! Set Facial Untuk Jeragat Bio-T3

Posted on

Set Bio-SMF

RM190

Tanpa krim dan sabun, rawatan jeragat terasa tidak lengkap. Begitulah persepsi sesetengah wanita yang mengalami jeragat. Jeragat walaupun tidak pedih dan gatal seperti jerawat, tetapi ianya tetap menjadikan seseorang itu “down” dan tidak bersemangat.

Wanita amat mementingkan wajah yang bersih, licin dan cantik. “Untuk suami” kata sesetengah wanita. Memang benar kerana suami juga kadang-kadang menambah tension para isteri yang mengalami jeragat dengan komen yang tidak membina. Disebabkan cik abang dan komplen, maka si isteri terus mencari solusi yang kadang-kadang sangat merbahaya

Mujurlah ada kawan-kawan yang rajin “surfing di online”. Kawan-kawan sepejabat kerap berkongsi produk yang bagus bersama-sama rakan-rakan. Hanya yang pernah mengambil homeopathy yang tahu bagaimana homeopathy berkerja.

Pelik tapi benar, selain dari merawat jeragat di muka, Sepia 200 juga mampu mengempiskan perut. Sepia 200 bukan hanya berfungsi sebagai menghapus jeragat tetapi ianya juga mampu membantu mengawal berat badan dan mengempiskan perut.

Sepia 200 juga sangat terkenal di seluruh dunia dengan nama manjanya “women’s remedy”. Sepia dikatakan sangat berkesan untuk pelbagai masalah wanita termasuk hormon.

Fragaria vesca juga amat popular kepada yang pernah mengambilnya. Fragaria vesca adalah remedi yang mampu mencerahkan kulit. Ianya bertindak seolah-olah kolagen. Jangan terperanjat jika saya beritahu bukan muka sahaja yang akan cerah, gigi pun boleh cerah. Fragaria vesca juga mampu membuang tar-tar di gigi.

Lagi satu Fragaria vesca mempunyai kesan terapuetik sebagai pencegah dari terjadinya batu di hempedu, buah pinggang dan lain-lain organ.

Melasma Free adalah biochemic atau garam tisu dari mineral-mineral. Terdapat 12 jenis mineral utama didalam tubuh setiap manusia. Kekurangan salah satu atau lebih akan menjadikan tubuh “dis-ease” atau kini disebut disease. Melasma free mempunyai mineral-mineral yang akan “top-up” kekurangan atau kehabisan mineral tersebut di dalam tubuh.

Set Bio-SMRM170

Mari kita lihat apa itu Bio-T3 Facial Face White dan Bahan-Bahannya

Bio-T3 Facial Face White adalah 100% ekstrak herba, bunga-bungaan dan pati minyak bunga-bungaan yang sangat terkenal diseluruh dunia. Bahan-bahan ini telah digunakan oleh herbalist untuk mencerahkan kulit dan menghapuskan jeragat epidermal (yang berada dilapisan atas kulit).

Apakah Manfaat Bahan-Bahan Ini Untuk Kulit?

  • Vitamin C – Vitamin C yang terdapat di dalam pelbagai bentuk yang akan membekalkan antioxidant yang sangat berkuasa untuk perlindungan dan menjaga kulit dari kerosakan sel-sel kulit (akibat dari free radicals). Vitamin C akan menambah nutrisi ke kulit dan akan memperlahankan proses penuaan.

Kesan-kesan yang boleh merosakkan kulit (free radicals) sangat banyak dipersekitaran kita seperti keadaan persekitaran yang melibatkan sinaran UV, pencemaran alam dan kekurangan oksigen yang akan menyerang kulit pada saban masa dan hari, tetapi vitamin c mampu membantu (Dermatological Surgery, 2008 & Dermatology Research and Practice, 2012)

Vitamin C akan memberi pelbagai manfaat kepada kulit untuk kelihatan muda dan berpanjangan, mari lihat apa yang mampu dilakukan oleh vitamin c;

Gebu Selepas 2 Minggu
Gebu Selepas 2 Minggu
  • Lemon Extract dan Essential Oil- Lemon juga merupakan sumber vitamin c. ekstrak lemon telah dikaji mampu untuk
  • merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat
  • kanser kulit
  • melambatkan pertumbuhan microbial atau bakteria.
  • Oleh kerana ianya mempunyai sumber vitamin c maka ekstrak lemon adalah agent pencerahan dan mempu menghilangkan jeragat di kulit secara semulajadi.
  • Cucumber extract – terdapat 7 manfaat timun yang jarang diketahui ramai
  1. Memudarkan lingkaran hitam di mata (dark circles)
  2. Mengurangkan mata yang membengkak dan kelihatan kendur (puffy eyes)
  3. Mengurangkan kedut di muka
  4. Mencerahkan kulit muka
  5. Merawat sunburn
  6. Mengecilkan pori
  7. Menghilang selulit (jika krim untuk selulit)
Perubahan ketara selepas 20 hari mengamalkan set 5RH
Perubahan ketara selepas 20 hari mengamalkan set 5RH
  • Chamomile extract dan Essential Oil – Chamomile paling kerap digunakan sebagai teh chamomile untuk mengurangkan tekanan. Ekstrak chamomile dan pati minyaknya juga mempunyai aroma yang harum dan membantu
  • untuk mengurangkan stress dan digunakan untuk merawat masalah berkaitan saraf.
  • Manfaat bagi kulit pula chamomile juga sangat berkesan untuk menghalang bakteria dari merebak.
  • Aloe Vera Essential Oil
  • Aloe Vera adalah pelembab paling hebat untuk kulit,
  • anti keradangan seperti mengurangkan keradangan jika ada tanda-tanda tersebut
  • anti-bakteria
  • anti-viral,
  • anti-kulat,
  • anti-oxidant yang akan menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit, mempercepatkan proses penyembuhan, mengurangkan rasa tidak selesa seperti gatal-gatal, astringent yang akan bertindak mengawal kulit dari kendur dan pati minyak Aloe Vera berupaya menyekat sinaran UV pada kadar yang biasa.

Bagi pengguna yang telah biasa dengan produk-produk herba dan organic mereka tidak akan mengguna produk yang lain. Produk berasaskan bahan-bahan alam semulajadi adalah anugerah-Nya kepada kita.

Untuk maklumat lanjut dan harga (promosi jika ada) mengenai produk sila WhatsAPP ke nombor 0193570023

Advertisements

Bio-T3 Facial White Cream dan Soap Untuk Jeragat

Posted on

 

t3-white

Terbaru Bio-T3 Face White Moisturizer Cream dan Bio-T3 Face White Soap Bar

Sebagai pelengkap kepada set-set oral (hisab atau minum seperti Fragaria Vesca) produk natural Bio-T3 Face White yang terdiri dari moisturizer dan sabun diperkenalkan. Set Bio-T3 ini adalah persediaan 100% menggunakan herba dan minyak pati (essential oils) terpilih untuk mencerahkan kulit dan menghapus jeragat atau melasma.

Produk ini bukan KOSMETIK kerana ianya bebas dari Paraben, Benzoic peroxide dan Hydroquinone. Bio-T3 Face White sangat selamat untuk digunakan dalam jangkawaktu yang panjang.

Set ini sahaja berharga RM95 termasuk penghantaran ke seluruh Malaysia. Untuk mendapat harga promosi sila SMS/Whatsapp/Wechat ke 0193098980

 

Jeragat Sukar Untuk Dirawat?

Jeragat memang sukar dirawat kerana ianya terjadi oleh pelbagai sebab. Doktor pakar kulit sendiri pun pening kepala apabila merawat jeragat, dan sering gagal memberi keputusan yang diharapkan oleh pesakit walaupun kos rawatan seperti laser agak mahal.

Pelbagai kaedah yang dikatakan amat berkesan, tetapi sebaliknya menjadi mimpi ngeri kepada pesakit tersebut. Ramai yang mengadu selepas membuat rawatan laser, pengelupasan kulit (chemical peeling) dan lain-lain kaedah rawatan moden, hanya mampu bertahan 1-2 bulan atau lagi malang hanya selepas 2-3 hari sahaja, kulit muka mereka menjadi kehitaman lebih teruk dari sebelum membuat rawatan.

Mengapa rawatan moden hanya sementara?

Jeragat disebabkan melanocytes menjadi terlebih aktif. Melanocytes adalah sel yang menghasilkan melanin  yang akan mengeluarkan pigmentasi hitam yang dipanggil jeragat.

Walaubagaimana pun jeragat juga boleh berpunca dari wabak atau penyakit. Jeragat juga sering terjadi disebabkan oleh perubahan hormone terutama yang sering terjadi keada kaum wanita.

Jeragat berpunca dari dalam system tubuh selain dari factor luaran seperti kerap terdedah kepada sinaran matahari terik dan kulit muka dicemari lebihan sinaran UV. Oleh itu rawatan “menghapus” jeragat dari luar adalah tidak sesuai dan sering kali gagal untuk bertahan lama.

Seperti memadam api didalam sekam, jika air hanya disiram dibahagian atas sekam, tetapi bara api dibawah lapisan sekam masih menyala. Lama kelamaan api akan merebak ke atas permukaan sekam semula. Proses ini akan berulang-ulang jika tidak memilih kaedah pencegahan yang sesuai!.

Kaedah Perubatan Homeopathy Merawat Jeragat

Homeopathy percaya setiap masalah kesihatan berpunca dari system tubuh yang bermasalah. Oleh itu homeopathy akan merawat individu yang sakit secara keseluruhan. Homeopathy tidak merawat kesakitan tersebut secara terus.

Begitu juga konsepnya untuk merawat jeragat atau melasma. Perubatan homeopathy merawat pada akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri.

Sebagai contoh Sepia atau Sepia 200 adalah remedy yang sangat membantu untuk permasalahan wanita seperti hormone yang tidak stabil, kitaran haid yang tidak menentu, melegakan symptom menopause seperti hot flashes dan menstabil hormone estrogen yang berkurangan. Sepia dianggap sebagai “women’s remedy”, dan setiap permasalahan wanita kerap kali Sepia akan dirujuk sebagai salah satu remedy utama.

Sepia 200 sangat berjaya jika masalah jeragat itu berpunca dari akar umbinya adalah hormon. Malah Sepia 200 juga mampu menurunkan berat badan, melegakan masalah jerawat (jika ada) dan mengempiskan perut!.

Biochemic atau cell salt adalah mineral yang sangat penting didalam tubuh kita. Biochemic adalah menyerupai mineral yang ada didalam tubuh kita yang mengandungi phosphate, magnesium, ferrum dan lain-lain.

Melasma Free adalah persediaan biochemic untuk merawat jerawat dan hormone yang bercelaru akibat kekurangan zat-zat mineral. Biochemic juga mampu membina sel-sel kulit baru untuk mengganti sel-sel kulit yang rosak akibat lebihan pengeluaran melanin sehingga terjadinya jeragat.

Selain dari itu biochemic adalah remedy yang akan merawat keseluruhan tubuh seperti melancarkan perjalanan darah, menguatkan tulang, menyihatkan rambut, mengawal metabolism dan kesihatan minda.

Walaupun jeragat sering terjadi di wajah, ianya berpunca dari dalam system tubuh yang bermasalah seperti yang diterangkan di atas. Oleh sebab itu rawatan homeopathy lebih tertumpu kepada remedy oral (hisap atau minum) yang berbentuk tablet manis atau cecair.

Terdapat beberapa remedy oral yang sangat berjaya dan mendapat sambutan ramai seperti Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30. Malah set paling laris ialah set SMF atau SMFF. Set ini terdiri dari Sepia 200, Melasma Free iaitu didalam bentuk tablet manis dan Fragaria di dalam bentuk cecair untuk diminum. Set SMF mempunyai 1 botol Fragaria sementara SMFF mempunyai 2 botol Fragaria Vesca.

Homeopathy tidak menolak penggunaan krim atau sabun secara total. Homeopathy beranggapan produk luaran seperti krim atau sabun akan membantu dari luaran. Krim seperti Carmino complexion cream (CCC)  dan sabun Carmino complexion soap (CCS). Paling terbaru krim dan sabun 100% herba Bio-T3 Face White, Whitening Series .

 

Mengapa Homeopathy?

Homeopathy adalah perubatan yang sangat selamat. Remedi-remedi homeopathy adalah dari bahan alam semulajadi yang disediakan dengan kaedah homeopathy tanpa menggunakan bahan kimia, dadah atau penggalak hormone tetapi mampu merawat masalah hormone tanpa kesan sampingan.

Remedi homeopathy bertindak secara lembut, selamat dan boleh dipercayai.

Homeopathy telah berusia lebih 200 tahun bermula dari zaman sewaktu rawatan konvensional sendiri masih didalam proses mencari kaedah rawatan yang sesuai untuk pelbagai penyakit. Kaedah rawatan yang agak extreme seperti membedah pesakit secara sedar menjadikan pengasas homeopathy Dr Hahnemann yang juga seorang doctor pada masa itu tidak bersetuju dengan kaedah yang dikatakan agak keterlaluan. Maka beliau mula tercari-cari kaedah yang lebih selamat dan lembut.

Beliau mula mengkaji tumbuh-tumbuhan dan telah terjumpa kaedah “serupa akan menyembuhkan yang serupa”. Sebagai contoh mudah apabila kita memotong bawang, secara automatic mata dan hidung kita akan merembes cecair iaitu air mata dan hingus. Ini adalah menyerupai symptom selsema.

Hahnemann mengambil setitis air bawang ini dan mencampurkan dengan kuantiti air yang sangat banyak. 1 bawang : 100,000 air sebagai contoh dan memberi kepada pesakit yang mengalami selsema yang mana mata dan hidungnya berair. Kajian beliau telah Berjaya meredakan dan seterusnya menyembuhkan pesakit tersebut dari selsema. Hasil dari kejayaan tersebut beliau terus membuat ujikaji menggunakan konsep dos mikro atau dos yang sangat kecil ini untuk merawat pelbagai penyakit dengan jayanya.

Homeopathy tidak menolak perubatan moden, tetapi sebagai alternatif jika perubatan moden gagal untuk mendapat keserasian. Malah homeopathy amat menggalakkan para penderita penyakit mendapat nasihat awal dari doktor-doktor perubatan moden atau konvensional terlebih dahulu. Mereka ini dilatih dan mempunyai kepakaran dan peralatan untuk mendiagnos pelbagai penyakit,