punca terjadi jeragat

Apa Salah Saya Muka Penuh Jeragat?

Posted on

Apa Salah Saya, Jeragat Tumbuh di Muka?

Jeragat tidak bersalah dan anda juga tidak bersalah, semua tidak bersalah, so janganlah buat diri anda stress memikirkan sangat mengenai apa salah anda sehingga jeragat naik dimuka. Allah tidak kejam pada hamba-Nya so jika terjadi sesuatu ada hikmah disebaliknya. Berusaha dan terus berusaha untuk kembali cantik dan sihat juga. Anda akan diberi ganjaran oleh Allah swt. Mengapa perlu stress? Jika anda terbaca artikel sebelum ini, stress juga adalah di antara punca-punca jeragat naik ke muka?.

 

Jeragat memang sukar untuk dirawat, itu adalah fakta. Jika jeragat mudah dirawat sudah semestinya terdapat jaminan 100% berkesan dan wang akan dikembalikan jika tidak berhasil. Pakar-pakar kulit juga tidak berani untuk memberi jaminan jeragat akan sembuh 100% . Walaupun teknik laser, meluntur (bleaching) dan pengelupasan di katakan diantara teknik rawatan jeragat yang sangat berkesan, terbukti hanya selepas membuat rawatan, muka pesakit akan bersih, gebu dan cerah, walaubagaimana pun selepas 1-2 minggu jeragat akan tumbuh semula. Teknik-teknik ini walaupun dikatakan berkesan tetapi hanya untuk sementara sahaja.

Rawatan Laser

 

80 Peratus Jeragat Berpunca Dari Perubahan Hormon

 

Bagi setiap wanita hormon adalah segalanya, dan tidak hairanlah jika wanita merupakan insan ciptaan Allah yang sangat unik. Jeragat pada usia yang mula menginjak senja akan menambah tekanan perasaan yang boleh menjurus kepada gangguan sistem tubuh, emosi dan seterusnya akan menjadi tekanan perasaan seterusnya menjadi kemurungan. Kesihatan wanita bergantung kepada kesimbangan hormon di dalam tubuh seperti estrogen dan testosterone. Estrogen dan testosterone sangat mudah terjejas sekiranya emosi tertekan.

Lebih 80% wanita yang mengambil produk homeopati apabila ditemubual secara ringkas akan menunjukkan indikasi bahawa wanita tersebut mengalami gangguan hormon seperti kitaran haid yang tidak teratur, sengguggut yang teruk, mengambil pil hormon menghalang kehamilan atau pil hormon untuk kehamilan dan pil pengganti hormon selepas menopause.

Rawatan Pengelupasan

Wanita yang berumur 45 tahun ke atas yang mengalami jeragat,  kebiasaannya yang pernah melahirkan anak secara normal atau cesarean, mengambil pil hormon kawalan kelahiran (pil perancang), menghidap kencing manis dan darah tinggi, mengambil pil pengganti hormon sekiranya telah menopause, mengalami obesiti, kadar kolesterol yang tinggi dan mengambil pelbagai ubat-ubatan dari umur remaja sehingga kini.

Wanita yang berumur 45 tahun ke atas terutama yang berkarier, akan berbelanja besar untuk kelihatan cantik, dan akan mengguna pelbagai bahan kosmetik untuk memudar atau menghapus jeragat. Mereka tidak sedar bahawa jeragat adalah berpunca dari masalah yang tidak terfikir oleh mereka. Jika mengambil suplemen pun, mereka akan hanya bertumpu kepada kecantikkan kulit tetapi kesihatan dalaman akan diabaikan. Paling malang produk yang diharapkan untuk kembali cantik, tetapi produk tersebut hanyalah impian yang tidak menjadi kenyataan.

Anda tidak bersalah kerana jeragat tidak mengira anda siapa dan di mana, pangkat, darjat atau status kehidupan anda.

Tersilap Pilih Produk Muka Menjadi Semakin Teruk

Hairan hingga kini masih ramai yang mengguna krim walaupun terdapat banyak kes mengenai muka yang rosak akibat penggunaan krim yang memutihkan muka. Krim, Serum, minyak patitoner, sabun dan banyak lagi aplikasi facial luaran yang tidak menjadi. Mengapa aplikasi luaran tidak berjaya tetapi hanya memutihkan?

Remedi Homeopathy Adalah 100% Dari Bahan Natural

 

Ramai yang percaya jeragat boleh dihapuskan dengan hanya guna krim, serum atau minyak pati, anggapan itu salah kerana jeragat amat berbeza dari penyakit kulit lain seperti jerawat, eczema, ruam-ruam atau bisul. Promosi dan testimonial telah membuat ramai pengguna terus tertipu, bukan nak mengata tetapi ini adalah fakta. Jika 10 pembeli yang membeli produk rawat jeragat homeopathy – 9 orang dari pembeli tersebut telah mengguna produk-produk seperti krim, serum dan minyak pati. 90% dari mereka amat kesal kerana mengguna produk yang dijanjikan boleh memutihkan dan boleh menghilangkan jeragat.

 

Kenapa krim, serum dan applikasi luaran tidak berjaya menghapus jeragat? Jika hendak tahu kita perlu mengenali jeragat, seperti jika ingin mencari calon suami atau isteri kita perlu mengenal hati dan budi luar dalam calon pilihan kita, jika tidak kita akan menyesal seumur hidup. Begitu juga jerawat yang mempunyai beberapa kategori;

Jeragat dan jenis jeragat

 

  • Epidermal

Epidermis adalah lapisan atas kulit. Melanin yang dikeluarkan secara banyak akan terjadi di lapisan atas kulit

 

  • Dermal

Lapisan dalam kulit dipanggil Dermis, oleh itu melanin akan berada dilapisan bawah epidemis.

 

  • Mix atau campuran

Melanin akan terjadi di kawasan epidermis dan dermis

 

 

99% jeragat adalah jenis DERMAL, jeragat yang terjadi di bawah kulit. Sebagai contoh jika anda menyapu krim di muka, ini  bermakna anda seolah-olah menyapu kotoran di atas meja yang berpelapik, sebaliknya kotoran di bawah pelapik meja tersebut. Pelapik meja itu akan bersih tetapi di bawah pelapik masih terdapat kotoran. Ia adalah kerja sia-sia, buang masa dan buang duit!

 

Ada juga yang mempertikaikan fakta ini, sebagai contoh ada seorang pembeli yang tetap ingin mengguna krim dan serum, katanya kawan dia telah berjaya menghilangkan jeragatnya. Berjaya bagaimana? Adakah kawan sipembeli tersebut mengguna krim pengelupasan? Jawapannya adalah “ya”. Saya memberi masa 1 bulan kepada pembeli tersebut, jika lepas sebulan kawannya masih cerah, gebu, mulus bak telur dikupas, saya akan mengiktiraf produk tersebut dan saya sendiri akan menjadi agen. Kalau bagus apa salahkan kita share sesama untuk sesama cantik kann. Malangnya dia terus menyepi selepas itu.

Penulis tidak ingin menjatuhkan atau memburukkan mana-mana rawatan atau produk, tetapi penulis ingin memesan sebelum memilih untuk membeli sesuatu produk kalau boleh sila pastikan bahan-bahan terlebih dahulu. Sebaik-baiknya bebas dari bahan hydroquinone, merkuri dan lain-lain. Homeopathy adalah produk yang bebas dari bahan-bahan merbahaya, ia merawat dari punca masalah dan menjadikan sistem tubuh lebih kuat untuk melawan setiap serangan penyakit. Jika pembaca ingin mendapatkan nasihat jangan malu-malu untuk whatsapp penulis ke 0192570023, konsultasi adalah PERCUMA, produk aje yang kena beli hehehe…..

Advertisements