rawatan jeragat

Ubat Jeragat SMF with Beberis Aquifolium 3+1

Posted on

Remedi dan Produk Homeopathy Bebas Dari Merkuri Untuk Menghapus Jeragat

Pernah tak anda terdengar satu sekolah atau bangunan terpaksa dikosongkan akibat thermostat yang mengandungi merkuri terjatuh dan pecah di dalam makmal?. Pasukan HAZMAT terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan dan mencuci tumpahan merkuri tersebut. Sewaktu proses mencuci tumpahan merkuri pasukan HAZMAT terpaksa memakai pakaian keselamatan.

Bayangkan betapa bahayanya apabila merkuri disapu ke muka anda!!

Homeopathy dan biochemic, bebas dari bahan logam berat (heavy metal) seperti merkuri. Homeopathy dan biochemic berkonsep remedi nano atau kecil, di mana bahan asal di dalam remedi hampir tidak dapat dikesan oleh mikroskop tetapi mampu melegakan pelbagai simptom penyakit. Merkuri kerap “dicuri” campur di dalam produk kosmetik untuk hapuskan jeragat dan mencerahkan kulit. Kesannya memang pantas, merkuri yang menghakis kulit dan membuang kesan kotoran di dalam 2-3 hari sahaja. Seumpama membuang kotoran di kain atau baju mengguna klorox.

Tujuh produk kosmetik diharamkan dan dibatalkan pengedarannya serta-merta oleh Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) setelah dikesan mengandungi merkuri.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, produk-produk berkenaan tidak dibenarkan dijual di Malaysia kerana mengandungi bahan beracun tersebut yang boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan keracunan.

“Keracunan merkuri boleh menyebabkan kelemahan otot, koordinasi lemah, rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam kulit, rungsing, serta masalah deria.

“Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan yang dibuat di blognya di kpkesihatan.com.

Motif utama ialah untuk mendapatkan wajah yang putih glowing,merah kemerahan. Produk-produk yang diharamkan ini berbentuk krim yang mampu mencerahkan kulit di dalam masa 2-3 hari sahaja. Malangnya kesan toksik akan meresap ke dalam tubuh anda untuk selama-lamanya.

Mengapa ramai yang memilih homeopathy dan biochemic?

Homeopathy dan biochemic adalah sains perubatan yang sangat efektif, lembut dan sangat berkesan membantu memudarkan dan menghapuskan jeragat, malah kesan parut juga mampu diatasi dengan sangat berkesan dan kadang-kadang kesannnya sangat hebat.

Homeopathy dan biochemic merawat akar kepada masalah jeragat. Akar atau punca utama jeragat ialah penghasilan melanin yang tidak terkawal. Melanin adalah pigmen yang terkumpul akibat sinaran uv yang menyerap masuk ke dalam kulit. Boleh dikatakan sesiapa sahaja boleh mendapat jeragat, paling berisiko ialah kaum wanita kerana kekerapan mengguna kosmetik, pil perancang, masalah haid dan hormon.

SMF with Beberis Aquifolium mempunyai 2 remedi yang mampu mencerahkan, menjadikan kulit muka lebih berseri atau glowing. Remedi tersebut ialah Fragaria vesca dan semestinya Beberis Aquifolium. Fragaria adalah buah strawberry yang telah dikaji mempunyai agen pencerahan, bukan hanya muka boleh cerah Fragaria mampu menjadikan gigi lebih bersih dan glowing.

Beberis Aquifolium pula adalah sejenis tumbuhan berbunga yang kerap digunakan sebagai bahan utama di dalam krim bukan kosmetik terutama krim homeopathy untuk mencerahkan kulit, memudar atau menghapus parut dan jika diamalkan mengambil SMF with Beberis Aquifolium seluruh tubuh terutama muka akan menjadi lebih glowing.

Paling penting remedi homeopathy tidak merbahaya seperti produk berasaskan merkuri. SMF with Beberis Aquifolium selamat, lembut dan boleh dipercayai.

SMF with Beberis Aquifolium mempunyai 3 remedi asas set SMF dan di tambah lagi 1 Beberis Aquifolium di dalam satu botol. Untuk memudahkan pengambilan dan dibawa sewaktu anda travel.

Cara pengambilan

2 biji dikemam sehingga larut kedalam mulut 3-4 kali sehari sewaktu perut kosong dan pastikan lidah anda juga bersih sebelum mengambil remedi bagi mendapatkan kesan optimum.

Harga 

Harga RM80 tetapi buat masa ini sedang berlangsung harga promosi hanya RM60 termasuk pos.

Cara memesan

Whatsapp ke 019-2570023 sekiranya terdapat pertanyaan. Bayaran sebanyak RM60 bolehlah dideposit atau di transfer ke akaun MAYBANK 5142-2600-3428 nama Khairul Anwar Mustafa. Selepas itu sila sertakan gambar resit, nama penuh, alamat lengkap dan nombor telefon untuk tujuan pos. Biasanya POS LAJU akan mengambil masa 2-3 HARI BEKERJA untuk membuat penghantaran. Kami akan whatsapp no ID/TRACKING untuk anda membuat semakan di online.

Advertisements

Jeragat Akibat Sunburn

Posted on Updated on

a-sunburn

 

“Laa awat muka hang hanguih Cik Ton oii”, mulut tak ada insuran cik kak sorang ni hehe.. “syyy hang ni slow-slow la cakap tu, cheq pi mandi laut, sebab tu jadi lagu ni”. Walaupun Cik Ton berbisik nak cover line, saya dapat dengar juga. Busybody la pulak kan 🙂 .

Sinaran matahari mengandungi Vitamin D. Kulit manusia memerlukan Vitamin D untuk kelihatan sihat dan berseri tetapi jika dah berjemur berjam-jam lamanya sinaran matahari yang mengandungi UV juga boleh merosakkan kulit terutama kepada individu yang mempunyai kulit sensitif atau photodermatitis.

Siapakah yang berisiko terdedah kepada reaksi photodermatitis?

  • Mereka yang berkulit cerah dan memiliki kulit yang nipis
  • Terdedah kepada sinaran UV sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih
  • Terdedah kepada sinaran UV bermula dari pukul 11 pagi sehingga 2 petang. Pada waktu in sinaran UV menjadi sangat kuat.

Tanda-tanda dan gejala photodermatitis adalah lebam gatal dan lepuh.

Luka-luka yang menyerupai ekzema, hyperpigmentation, perubahan warna gelap berbanding dengan warna kulit seseorang yang biasa, akan terjadi serangan di kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari seperti  sakit, kemerahan dan bengkak.

Bagaimana Homeopathy Boleh Membantu ?

Simptom sunburn pada peringkat awal boleh  dirawat dengan mengambil remedi Belladonna 3-4 kali di dalam sehari sehingga simptom merah kemerahan, gatal dan lepuh beransur hilang sehingga meninggalkan kesan lebam, dos boleh dikurangkan kepada 1 kali sehari dan seterusnya berhenti.

Kesan lebam yang terjadi selepas itu bolehlah dirawat dengan remedi Cantharis . Dos bersamaan dengan Belladonna dan berhenti selepas simptom sudah tiada.

Tidak disyorkan untuk mengguna sebarang krim sewaktu peringkat awal sunburn terjadi. Penggunaan krim berkemungkinan akan menambah “kerentungan” muka anda 🙂 .

Kebiasaannya selepas proses penyembuhan akan terjadi jeragat…

kekeringan kulit, bertompok atau pigmentasi, gatal-gatal,  jerawat  di muka adalah perkara biasa yang akan terjadi selepas pendedahan kepada matahari.

Remedi Atau Set Susulan

Set susulan yang dicadangkan ialah Set SMF atau SMFF dan jika kondisi jeragat terjadi kepada peringkat kronik set Holistik 5RH sangat-sangat membantu. Set 5RH boleh dikatakan set yang mengandungi remedi-remedi yang merawat untuk pelbagai simptom jeragat dan kadar sukses pada kadar 90%

 

 

 

Rawatan Jeragat Homeopathy, Jeragat Hilang Tubuh Pun Sihat – Fragaria Vesca

Posted on

Fragaria Vesca atau Wild Berry
Fragaria Vesca atau Wild Berry

Fragaria Vesca Tumbuhan Anugerah Allah

Fragaria vesca adalah buah liar atau juga dipanggil wild berry  yang mempunyai rasa yang enak berasal dari Hemisfera Utara dan popular diseluruh dunia. American Journal of Clinical Nutrition telah mengklasifikasikan Fragaria vesca  mempunyai antioxidant yang tinggi dan diantara berries, Fragaria vesca ditempat ketiga mempunyai antioxidant tertinggi.

Fragaria vesca yang diproses secara homeopathy telah diamalkan secara meluas di Eropah sebagai suplemen untuk penjagaan gigi kerana kemampuan Fragaria vesca untuk memutihkan gigi dan membuang tar. Selain dari itu Fragaria vesca juga berkeupayaan untuk menghalang dari terjadinya calculi (batu karang) di organ-organ seperti buah pinggang, hempedu dan saluran kencing.

Fragaria mempunyai manfaat yang tidak terhingga untuk kulit kerana ia juga mempunyai fungsi antioxidant. Seperti yang diketahui antioxidant berfungsi menghalang sel-sel dari rosak dan melambatkan proses penuaan. maka ianya juga mampu menghalang atau membina sel kulit baru untuk menghalang jeragat dari terjadi atau menghilangkan jeragat yang sudah terjadi.

Secara mudahnya jika Fragaria vesca mampu memutihkan gigi, tidak hairanlah jika Fragaria vesca juga boleh mencerahkan kulit. Hasil dari pengalaman saya, para pengamal Fragaria vesca akan mendapat kulit yang lebih cerah, gebu dan menawan selepas 3-6 bulan mengamalnya.

  • Cissotanic
    • Malic and citric acids
    • Sugar
    • Pectin
    • Vitamin C
    • Potassium
    • Manganese
    • Fiber
    • Ellagitannins
    • Pelargonidin
    • Cyanidin
    • Anthocyanins (menjadikan buah berry merah, dan ini menjadikan Fragaria vesca sebagai antioxidant yang kuat menghalang sel dari rosak)
    • Ellagic Acid
    • Iodine
    • Folate
    • Riboflavin
    • Vitamin B5
    • Omega-3 fatty acids
    • Vitamin B6
    • Vitamin K
    • Magnesium
    • Copper

Daunnya mengandungi;

  • Tannins
    • Ellagitannins ( Agrimoniin, Pedunculagin, Proanthocyanins, Flavonoids)
    • Salicylic Acid
    • Caffeic Acid
    • Chlorogenic Acid

Fragaria vesca bertindak sebagai;

  • Antioxidant
    • Laxative
    • Diuretic
    • Astringent
    • Anti-inflammatory
    • Calmative
    • Anti-Carcinogenic
    • Tonic

Untuk mendapat info lanjut atau memesan bolehlah SMS/ Whatsapp ke 019-3098980 atau isi borang dan email

Sepia 200 Dan Melasma Free Remedi Utama Untuk Semua Set Jeragat

Posted on

Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi utama yang terdapat didalam semua set jeragat M3, M4, SMF, 5SMF, SMFF dan SMAFMAR. Ini ialah kerana keberkesanan Sepia sebagai “women remedy” dan Melasma Free berkonsep BIOCHEMIC atau Garam Tisu mineral yang sangat-sangat berkesan untuk memulihkan jeragat yang mencomotkan wajah anda.

Sepia Untuk  Masalah Hormon Wanita

Melasma (Choloasma)

Hormon dan wanita adalah 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan, seperti irama dan lagu. Boleh dikatakan masalah kesihatan yang terjadi kepada wanita adalah berkaitan hormon yang tidak stabil. Sama ada sakit kepala sewaktu kitaran haid, beremosi sehinggalah kepada perasan marah yang tidak terkawal seperti menjerit-jerit dan menangis. Perasaan rasa panas yang menyerbu muka (hot flashes) tatkala menopause, sakit sendi dan masalah berkaitan gastro dan beberapa masalah yang terlalu banyak untuk diberi contoh.

Salah satu masalah yang sering menganggu penampilan seseorang wanita ialah Melasma atau choloasma.

Apa itu Melasma?

Melasma ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat kebiruan atau kelihatan coklat yang pudar . Melasma sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Melasma sering terjadi dibahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu.

Punca Terjadi Melasma

Punca utama tidak dapat dikenalpasti, kebiasaannya ia akan terjadi kepada wanita yang mengambil pil perancang, sering terdedah kepada sinaran matahari dan perubahan hormon sewaktu mengandung, bila ia terjadi kepada wanita mengandung ia dipanggil Chloasma . Melasma sering terjadi kepada wanita berumur 20-50 tahun.

Begitulah secara ringkasnya bagaimana Melasma menganggu emosi dan penampilan seseorang wanita selain daripada jerawat.

Homeopathy dan Melasma.

Homeopathy merupakan kaedah yang kedua paling popular di Amerika Syarikat selain dari penggunaan krim untuk memudarkan kesan melasma. Homeopathy mendapat tempat di hati kerana kesan penyembuhannya bukan hanya sekadar memudarkan melasma tersebut. Manfaat remedi agak luas termasuk menstabilkan perubahan hormon  seseorang wanita, di mana perubahan hormon yang akan mengaitkan kepada lain-lain masalah kesihatan seperti dinyatakan di atas.

Salah satu remedi utama ialah Sepia 200. Biochemic atau garam tisu yang berasaskan bahan mineral juga mampu merawat Melasma. Berikut ialah remedi yang disediakan di dalam bentuk tablet manis atau cecair.

  • Sepia 200 – Melasma yang terjadi sewaktu mengandung berwarna coklat gelap seluruh muka, di pipi atau hidung. Kerap mengalami masalah haid seperti terlalu awal, haid tidak teratur dan haid yang sedikit (scanty). Wanita yang memerlukam Sepia juga sering alami rasa pedih, bengkak dan gatal di vagina.
  • Melasma Free – di ambil secara bergilir bersama-sama Sepia 200 . Melasma Free amat sesuai untuk jeragat yang berwarna coklat gelap, di pipi sewaktu atau selepas mengandung, wanita mengandung yang sering merasa lemah-lemah tubuh badan.  di hisap 2-4 biji 3 x sehari sebelum makan.

 Bagaimana cara mengambil ubat remedi atau ubat?

Disarankan untuk mengambil Sepia 200 dan Melasma Free secara berselang seli hari. Sebagai contoh jika Sepia 200 diambil pada hari Isnin, maka Melasma Free pula pada esoknya hari Selasa dan begitulah seterusnya.

  • Dos pengambilan : 4 biji dikemam/hisap (jangan digigit) 3x sehari sebelum makan

Jeragat Dan Rawatan Homeopathy

Posted on Updated on

Masalah Jeragat Dan Wanita 

Jeragat atau nama saintifiknya disebut Melasma sangat sinonim dikalangan wanita berbanding lelaki. Jika dilihat dari segi nisbah, masalah jeragat pada amnya adalah masalah wanita bukan bagi lelaki tetapi ini tidak bermakna lelaki bebas dari jeragat . Nisbah jeragat terjadi bagi kedua-dua gender adalah sangat memihak kepada kaum wanita iaitu ,12:1 (wanita:lelaki).

Kerap kali jeragat akan terjadi kepada wanita seawal umur 20 sehingga tiba umur menopause atau putus haid di sekitar 50 tahun keatas. Kerap kali jeragat terjadi di pipi, tetapi terdapat juga kes-kes dimana jeragat akan terjadi dihidung dan atas atau sekeliling bibir.

 

Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )

1) Terdedah kepada cahaya matahari terik

2) Penggunaan pil hormone. Contohnya Pil perancang atau pil mengganti hormone

3) Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai

4) Keturunan.

Rawatan Jeragat Secara Konvensional

Rawatan konvensional ialah rawatan yang melibatkan;

  1. Rawatan pengelupasan kulit mengguna bahan kimia – kos agak rendah
  2. Laser – kosnya boleh mencecah RM2000 atau lebih
  3. Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis – teknik pengelupasan kulit secara mekanikal
  4. Krim dan Sunblock

Secara amnya rawatan secara konvensional terbukti sangat pantas menghapus jeragat dengan teknik membuang lapisan kulit yang terjadinya jeragat, tetapi tidak kekal dan kerap kali jeragat akan kembali memenuhi muka jika terjadi perubahan hormone atau terdedah kepada cahaya matahari.

Jeragat dan Homeopathy

Perubatan homeopathy adalah hasil kajian seorang doktor di Jerman sekitar lebih 200 tahun lampau. Doktor Samuel Hahneman dilatih sebagai doktor alopathy yang tidak bersetuju dengan kaedah rawatan yang digunapakai untuk merawat penyakit. Di mana Hahneman melihat pesakit terseksa sewaktu menerima rawatan dengan kaedah pembedahan yang dirasa bukan merawat tetapi menyiksa pesakit itu.

Oleh itu homeopathy tidak mengguna kaedah pengelupasan kimia atau laser. Homeopathy akan merawat pesakit itu bukan merawat penyakit semata-mata. Homeopathy merawat akar umbi penyakit itu bukan hanya “membuang” masalah itu.

Jeragat Dan Rawatan Homeopathy

Rawatan homeopathy sangat unik, ianya berkonsep holistik kerana mampu menghilangkan jeragat dengan hanya kemam pil atau minum remedi atau ubat. Walaubagaimana pun homeopathy tidak menolak penggunaan krim atau sabun. Secara teorinya krim dan sabun mampu membantu mempercepatkan proses menghilangkan jeragat.

Sepia diantara remedi utama untuk mengatasi masalah jeragat. Sepia dianggap sebagai remedi khusus untuk wanita yang kerap kali mengalami masalah ketidakseimbangan hormone, masalah menstrual (haid) dan pengambilan pil hormone.

Selain dari Sepia, terdapat lebih dari 10 remedi yang mampu mengatasi masalah jeragat mengikut simptom dan keadaan jeragat itu. Diantara remedi-remedi utama itu ialah Fragaria, Caullophylum, Sulphur dan beberapa remedi garam tisu atau biochemic seperti Kali sulph, Silicea dan Cal Phos.

Kenapa Homeopathy?

Ubat homeopathy dipanggil penawar atau remedi, tidak dipanggil ubat. Ubat bermaksud sesuatu yang mempunyai bahan kimia dan dadah seperti ubat-ubat hospital.

a_fragaria-drop_girl-horz

Ubat homeopathy tidak mempunyai bahan-bahan ubat. Ubat-ubat homeopathy adalah dari bahan semulajadi yang disediakan dengan kaedah dos yang sangat nano (nanno – extremely small) dosnya. Sebagai contoh Sepia adalah dari dakwat sotong, setitis dakwat tersebut akan dicampur dengan 1 juta titis air, sehingga kesan dakwat sotong tersebut sudah tidak dapat dikesan oleh mikroskop.

Oleh itu secara amnya ubat atau remedi homeopathy tidak akan ada kesan sampingan (side effects), tidak akan menganggu organ-organ penting seperti buah pinggang dan tidak akan menjadikan seseorang itu ketagih kepada ubat homeeopathy.

Jika anda mempunyai pertanyaan sila isi borang dibawah atau SMS/Whatsapp ke 0192570023 atau 0193098980