sepia 200

Krim Ajaib Buat Muka Kejab Lawa Kejab Huduh

Posted on

SMF Pellet Boleh Digabungkan Dengan SSQ-3 Pencuci Usus.

Krim  Jeragat Ajaib

 

Seorang pembeli yang mukanya berjeragat hitam kecoklatan paling ketara di pipi, dahi dan dibawah dagunya. Sebelum ini flawless aje kulitnya, sejak teruja dengan iklan satu produk krim yang dikatakan sangat pantas kesannya. Lagi teruja kawan kita tu bila gambar before and after pengguna yang dah try sebelum ni. Muka testimoni tu semuanya ala-ala artis Siam yang putih kemerahan membuatkan kawan kita terus whatsapp dan order.

 

Memang ajaib, terkesima semua kawan opisnya selepas 2 hari dia guna. Mana tidak terkesima muka kawan kita tu dah 2 kali ganda flawlessnya. Sekali iras dah macam Che ta. Maka dia pun menggelarkan krim ajaib, seterusnya berlumba-lumba kawan seopis membuat order. Dalam masa beberapa hari timbullah Che Ta, Nora Danish, Neelofa dan Mira Filzah di opis tersebut.

 

Cerita terus tersebarlah ke opis sebelah, dan seterusnya ke seluruh opis di seluruh negara. Tidak ketinggalan kakak-kakak, makcik-makcik termasuklah makcik bawang pun mencubanya. Penjual produk krim tersebut dalam beberapa bulan dah jadi jutawan, dan mula buat live di fb menayang duit di depan kamera melantik agen dan dropship. Keajaiban produk ini menjadi bualan hangat dikalangan pengemar kulit putih ala-ala KPOP.

 

Beberapa bulan berikutnya, banyak pula whatsapp masuk bertanya mengenai produk set jeragat Biochemic. Ramai yang share tunjuk muka mereka yang comot bertompok-tompok. Macam biasala kena interview dulu, umur berapa?, pernah guna produk pengelupasan tak?, kerap berjemur tak?, ambil pil perancang tak?. Jawapan paling popular PERNAH GUNA KRIM PENGELUPASAN dan sangat menyesal kerana telah mengguna produk tersebut. Memang ajaib sekejab lawa sekejab huduh.

 

Hampir lebih setahun selepas krim ajaib terjual, maka Kementerian Kesihatan (KKM) mengistiharkan 5 produk krim telah diharamkan kerana mengguna bahan terlarang seperti mercury dan hydroquinone. Masya Allah patutlah ajaib mereka mengguna formula ajaib yang mampu mencairkan kulit dan menghakis kulit. Bukan setakat jeragat yang hilang dengan kulit-kulit lapisan atas untuk tapis sinaran UV pun hilang!.

 

Maka berharaplah mereka Set Jeragat Biochemic dapat melakukan keajaiaban seperti krim tadi dalam masa 2 hari mereka akan kembali pulih. Mohon ampun maaf beribu ampun Set Jeragat Biochemic memang ajaib tetapi ajaibnya tidaklah sepantas produk yang mengguna bahan bertoksik.

 

Dalam kes seperti ini set SMF Pellet paling kerap membantu mereka, paling cepat jeragat boleh pudar di dalam 10 hari.. dan mereka yang telah mengguna set SMF Pellet menggelar “obat jeragat ajaib”. Mereka pun berlumba-lumba memesan dan kesan yang ditunjukkan tidak sama di antara satu sama lain  ada yang ok selepas 10 hari, ada yang selepas 30 hari dan ada yang mengambil masa yang lama. Macam kereta yang rosaklah bukan semua rosak yang sama kan , ada yang rosak sikit, ada yang rosak banyak dan ada yang perlu dioverhaul…

 

Ramai di antara wanita yang berjeragat mengalami sembelit, susah nak buang air. Dalam masa 1 minggu hanya 1-2 kali sahaja dapat membuang, terpaksa minum ubat pelembut najis dan macam-macam suplemen. Usus menjadi tidak sihat, usus kotor dengan kesan-kesan makanan yang terlekat didinding usus. Bila Usus kotor toksin akan bertambah dan akan bertumpu ke hati (liver), ini akan mengakibatkan hati bekerja keras untuk membuang toksin. Mana laratkan kerja sorang diri dah tu bertimbun toksin, jadi ada yang tak dapat dibuang oleh hati dan timbul ke muka menjadi jeragat.

 

Sangat-sangat disarankan untuk mengambil SSQ-3 Natural Detox & Fat Burner untuk mencuci usus, selain dari mencuci usus SSQ-3 boleh membantu membakar lemak, mengempiskan perut dan menurunkan berat badan.

Advertisements

Air Atau Tablet Lebih Bagus? Untuk Rawat Jeragat

Posted on

SET HAPUS JERAGAT SMF DROP
SET HAPUS JERAGAT SMF DROP

Merawat Jeragat Dengan Remedi Cecair Atau Tablet Manis, Yang Mana Satu Lebih Berkesan?

Keberkesanan remedi homeopathy sangat subjektif dan kerap kali agak sukar untuk menentukan yang mana satu lebih berkesan sama ada “liquid form” atau “dry pallets” (tablet manis atau tanpa pemanis). Remedi homeopathy terdapat di dalam bentuk cecair, tablet dan serbuk.

Paling jarang diamalkan adalah di dalam bentuk serbuk dan boleh dikatakan tidak ada pengilang yang mengeluarkan remedi di dalam bentuk serbuk kerana prosesnya agak rumit dan memerlukan mesin yang canggih dan mahal.

Paling mudah untuk menyediakan remedi homeopathy ialah di dalam bentuk tablet atau cecair. Persoalannya yang mana satu lebih berkesan?. Jika para peminat homeopathy pernah membaca sejarah perubatan homeopathy, pengasasnya Dr. Hahnemann pada awal penemuan remedi homeopathy dan mencuba keberkesannya adalah melalui remedi yang dicampur di dalam air.

Banyak remedi yang rekod dan dijournalkan di dalam Materia Medica iaitu buku rujukan perubatan homeopathy yang mencatitikan lebih lapan ribu remedi (8000 ribu) dan kes yang telah “proven” (yang dibuktikan berkesan terhadap sesuatu penyakit) seperti malaria yang telah dicuba oleh Hahnemann adalah dari remedi cecair.

Hasil dari kajian sejarah dan pengalaman serta maklum balas pengguna produk homeopathy juga mendapati remedi cecair lebih pantas bertindak terhadap sesuatu penyakit. Ini bukanlah kajian klinikal tetapi hanya dari maklum balas pengguna sahaja.

Set Jeragat SMF Di Dalam Bentuk Cecair

Set Jeragat SMF Drop

Set SMF yang terdiri dari Sepia 200 dan Melasma Free jika set asalnya (masih ada di pasaran) adalah dari pil putih manis untuk dikeman dan Fragaria Vesca 30 di dalam bentuk cecair untuk diminum. Kini set SMF telah disediakan di dalam cecair atau drop. Ini bermakna kesemua remedi adalah cecair untuk diminum.

Siapa Yang Sesuai Untuk Mengambil Set SMF Drop?

Set SMF Drop sesuai untuk semua peringkat umur, tetapi maklum balas;

  • Adalah 90% dari wanita yang berumur 35 tahun dan ke atas.
  • Kerap kali wanita-wanita ini mengalami masalah kitaran haid, berkaitan hormon, aktif bersukan, mengguna bahan kosmetik yang merbahaya seperti bahan kosmetik pengelupasan yang mengandungi hydroquinone dan merkuri.

 

 

Jeragat Terjadi Akibat Stress?

Posted on

44-mariah-idrissi

Jeragat Dan Stres

Adakah Jeragat Terjadi Akibat Stres?

Jawapannya YA, kaitannya apabila tubuh mengalami stress akan terjadi respon yang menghantar isyarat ke otak yang akan mengaktif kelenjar pituari yang akan mengeluarkan adreno-corticotropic hormone (ACTH). ACTH akan mengaktif kelenjar adrenal cortisol, iaitu hormon yang berkaitan stress di dalam tubuh.
Proses ini akan menganggu keseimbangan hormon-hormon testosterone dan progesterone. Bagi wanita kacau ganggu terhadap hormon testosterone akan mengurangkan kehendak seksual . Progesterone juga akan berkurangan, ini akan mengakibatkan hormon estrogen menjadi dominan. Ini adalah kaitan stress dan terjadinya jeragat.
Jeragat yang terjadi dimuka tidak akan menjadikan seseorang itu merasa gatal, pedih atau bernanah seperti yang di alami oleh pesakit yang mempunyai jerawat. Jeragat dan jerawat adalah berbeza tetapi persamaan di antara kedua-dua penyakit ini ialah terjadi di muka, amat jarang jeragat dan jerawat terjadi di bahagian tubuh.
Pakar kulit perubatan moden mengklasifikasikan jeragat sebagai masalah kosmetik. Masalah kosmetik bermaksud masalah yang memerlukan rawatan membenam, membuang dan menghakis segala yang tumbuh di muka. Perubatan moden tidak mempunyai ubat-ubat untuk menghapus jeragat kecuali ubat-ubat yang mengandungi inhibitor yang akan supresi (menahan) proses semulajadi tubuh untuk menghalang lebihan melanin yang terhasil di melanocytes.
Stres atau tekanan perasaan sering melanda pesakit yang terjadi jeragat di wajahnya. Stres akan bertambah berlipat kali ganda sekiranya pesakit itu akan berhadapan dengan orang ramai setiap hari seperti pekerja di kaunter, pegawai pemasaran, cikgu, pensyarah dan lain-lain.
Kerap kali saya menerima Whatsapp di tengah malam bertanyakan solusi terbaik, solusi terpantas dan paling berkesan untuk merawat jeragat. Secara jujur saya mampu memberi solusi terbaik dan yang paling berkesan mengikut maklum balas pembeli sebelum ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa terdapat banyak set-set untuk menghapus jeragat sedangkan produk yang diiklan hanya 1 set dan mampu menghapus jeragat dengan pantas?
Maaf sekiranya saya katakan bahawa 97% pembeli tertipu dengan gimik jualan, tetapi hasilnya tidak seperti dijajakan. Homeopathy biochemic tidak mengamalkan konsep pemasaran yang suka berjanji sesuatu yang indah tetapi pada hakikatnya tidak seindah mana pun.
Serasi Dan Homeopathy Biochemic
Keserasian adalah satu faktor yang amat penting, paling mujarab untuk merawat pelbagai penyakit. Sekiranya serasi air jampi (air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran terutamanya) pun akan menyembuhkan penyakit di dalam tempoh yang amat pantas, sekiranya ada keserasian. Set-set homeopathy biochemic juga mempunyai beberapa maklum balas menunjukkan beberapa orang pembeli yang telah hilang jeragatnya selepas 1-2 minggu.

Solusi Untuk Hapus Jeragat Mengikut Kaedah Homeopathy Biochemic.

esther-honig-morocco-800x619
Homeopathy biochemic mempunyai senarai remedy yang panjang untuk menghapus jeragat. Paling banyak maklumbalas mengatakan set-set jeragat homeopathy biochemic sangat “power” ialah mengguna remedy tunggal (single remedy). Tidak hairanlah jika set-set homeopathy biochemic mempunyai remedy kemam atau minum dan di dalam 1 set akan terdapat 2 atau 3 remedi untuk dikemam dan diminum.
Sepia 200 adalah remedi “core” untuk wanita yang mengalami masalah hormon seperti mengambil pil perancang dan pil HRT (hormone replacement therapy). Sepia 200 digelar sebagai “women’s remedy”, oleh pakar-pakar homeopathy. Gandingan mantap Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria vesca, sering mendapat maklumbalas dari pembeli dengan hasilnya yang pantas.
Terbaru set BJC01, yang berkonsepkan “single remedi” iaitu Cal Sulph, Kali Sulph dan Fragaria vesca juga mendapat sambutan yang sangat hangat.
Secaranya ringkasnya fungsi ke semua remedi ini mempunyai fungsi seperti dibawah;

 

SET BJC-01
SET BJC-01

• Sepia 200 – Women’s remedy, yang sangat “power” untuk mengatasi masalah jeragat akibat perubahan atau tidak seimbang hormon. Sangat hebat untuk wanita yang mengalami masalah menstrual (datang haid) yang tertangguh dan kerap mengalami kekejangan sewaktu menstrual
• Melasma Free Caulophyllum- Remedi yang sangat hebat untuk memberi nutirisi kepada pesakit. Melasma Free Caulophyllum sangat “power” untuk wanita yang stress dan alami masalah sakit-sakit saraf, atau orang panggil “sakit urat”.
• Cal Sulph – Mineral yang sangat “power” untuk membekal nutirisi ke kulit, membina sel-sel kulit baru dan membawa oksigen secukupnya ke dalam darah.
• Kali Sulph adalah mineral yang sangat hebat untuk membantu hati membuang toksin.
• Fragaria vesca 30, atau wild berry yang di gelar “tumbuhan anugerah Allah” yang mempunyai kesan yang sangat baik untuk system tubuh yang lebih kuat. Fragaria vesca sangat “powerful” jika mengikut satu komen web yang menceritakan kebaikkan Fragaria vesca untuk mencerahkan kulit. Selain kulit Fragaria vesca juga mampu mencerahkan gigi dan membantu buah pinggang bekerja dengan lebih cekap dan menghalang dari terjadinya batu di buah pinggang.
Walaupun terdapat banyak set-set untuk hapus jeragat, saya suka menceritakan maklumbalas dari pembeli yang mengambil set Premium SMF (SMFF) untuk set Ekonomi (EC) SMF-EC dan SMFF-EC atau BJC-01. (BJC-02). Set-set ini harganya sangat mampu beli dan kesannya sangat hebat.

 

Set SMF hanya 1 Botol Fragaria
Set SMF hanya 1 Botol Fragaria

Set Premium Dan Set Ekonomi

Kini terdapat 2 jenis set untuk jeragat, iaitu set Premium dan Set Ekonomi (EC). Kedua-dua set ini tidak banyak perbezaannya dari kesan dan bahan yang digunakan. Cuma kuantiti sahaja berbeza. Dimana set Premium akan tahan lebih kurang untuk 2 bulan, sementara set EC dijangka akan tahan untuk lebih kurang untuk 1 bulan.
Untuk membezakan 2 set ini, botol juga adalah berbeza kecuali Fragaria vesca. Set Premium masih mengguna botol berwarna biru sementara set EC botol berwarna putih.
Set-set EC harganya sangat berpatutan, harganya bermula serendah RM95 sahaja.

Sekiranya berminat untuk membuat pesanan sila klik

e-commerce-sell2u-logo

Hilangkan Jeragat Dengan Kentang

Posted on

Hilangkan Jeragat Dengan Kentang?
Hilangkan Jeragat Dengan Kentang?

Jeragat bukanlah masalah serius sehingga boleh meragut nyawa seseorang tetapi tompok atau bintik yang berwarna seakan coklat atau hitam dimuka, akan menjadikan anda seorang yang rendah diri.

Tekanan perasaan yang berpanjangan dan kadang-kadang teman bertanya, menjadikan jeragat lebih bahaya dari penyakit kronik yang mampu meragut nyawa..

Selain rawatan homeopathy yang berkonsepkan merawat dari dalam atau merawat akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri terdapat bahan yang boleh digunakan  didapur anda sendiri.

KENTANG!!

Kuasa Rawatan Kentang Yang Anda Tidak Tahu

Kentang bukan sekadar kaya dengan sumber kanji, tetapi mampu menghalang dari terjadinya pigmentasi seperti melasma, bulatan hitam (dark circles), hyper dan hypo pigmentasi.

Kentang berupaya mencerahkan kulit dengan cara seperti berikut;

  • Potong sebiji kentang yang bersaiz sederhana kepada dua bahagian. Titiskan sedikit air dipermukaan kentang tersebut.
  • Sapukan kentang tersebut ke kawasan jeragat dan biarkan jus dari kentang tersebut meresap ke dalam kulit.
  • Jika anda mempunyai masa yang terluang, ramas-ramas kentang tersebut sehingga jusnya keluar. Sapkan jus kentang tersebut di spot jeragat dan biarkan selama 30 min dan bilas mengguna air suam. Lakukan 2-3 kali didalam satu minggu selama sebulan. Selepas itu akan akan nampak kesannya.

Selamat Mencuba….

Sepia 200 Dan Melasma Free Remedi Utama Untuk Semua Set Jeragat

Posted on

Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi utama yang terdapat didalam semua set jeragat M3, M4, SMF, 5SMF, SMFF dan SMAFMAR. Ini ialah kerana keberkesanan Sepia sebagai “women remedy” dan Melasma Free berkonsep BIOCHEMIC atau Garam Tisu mineral yang sangat-sangat berkesan untuk memulihkan jeragat yang mencomotkan wajah anda.

Sepia Untuk  Masalah Hormon Wanita

Melasma (Choloasma)

Hormon dan wanita adalah 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan, seperti irama dan lagu. Boleh dikatakan masalah kesihatan yang terjadi kepada wanita adalah berkaitan hormon yang tidak stabil. Sama ada sakit kepala sewaktu kitaran haid, beremosi sehinggalah kepada perasan marah yang tidak terkawal seperti menjerit-jerit dan menangis. Perasaan rasa panas yang menyerbu muka (hot flashes) tatkala menopause, sakit sendi dan masalah berkaitan gastro dan beberapa masalah yang terlalu banyak untuk diberi contoh.

Salah satu masalah yang sering menganggu penampilan seseorang wanita ialah Melasma atau choloasma.

Apa itu Melasma?

Melasma ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat kebiruan atau kelihatan coklat yang pudar . Melasma sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Melasma sering terjadi dibahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu.

Punca Terjadi Melasma

Punca utama tidak dapat dikenalpasti, kebiasaannya ia akan terjadi kepada wanita yang mengambil pil perancang, sering terdedah kepada sinaran matahari dan perubahan hormon sewaktu mengandung, bila ia terjadi kepada wanita mengandung ia dipanggil Chloasma . Melasma sering terjadi kepada wanita berumur 20-50 tahun.

Begitulah secara ringkasnya bagaimana Melasma menganggu emosi dan penampilan seseorang wanita selain daripada jerawat.

Homeopathy dan Melasma.

Homeopathy merupakan kaedah yang kedua paling popular di Amerika Syarikat selain dari penggunaan krim untuk memudarkan kesan melasma. Homeopathy mendapat tempat di hati kerana kesan penyembuhannya bukan hanya sekadar memudarkan melasma tersebut. Manfaat remedi agak luas termasuk menstabilkan perubahan hormon  seseorang wanita, di mana perubahan hormon yang akan mengaitkan kepada lain-lain masalah kesihatan seperti dinyatakan di atas.

Salah satu remedi utama ialah Sepia 200. Biochemic atau garam tisu yang berasaskan bahan mineral juga mampu merawat Melasma. Berikut ialah remedi yang disediakan di dalam bentuk tablet manis atau cecair.

  • Sepia 200 – Melasma yang terjadi sewaktu mengandung berwarna coklat gelap seluruh muka, di pipi atau hidung. Kerap mengalami masalah haid seperti terlalu awal, haid tidak teratur dan haid yang sedikit (scanty). Wanita yang memerlukam Sepia juga sering alami rasa pedih, bengkak dan gatal di vagina.
  • Melasma Free – di ambil secara bergilir bersama-sama Sepia 200 . Melasma Free amat sesuai untuk jeragat yang berwarna coklat gelap, di pipi sewaktu atau selepas mengandung, wanita mengandung yang sering merasa lemah-lemah tubuh badan.  di hisap 2-4 biji 3 x sehari sebelum makan.

 Bagaimana cara mengambil ubat remedi atau ubat?

Disarankan untuk mengambil Sepia 200 dan Melasma Free secara berselang seli hari. Sebagai contoh jika Sepia 200 diambil pada hari Isnin, maka Melasma Free pula pada esoknya hari Selasa dan begitulah seterusnya.

  • Dos pengambilan : 4 biji dikemam/hisap (jangan digigit) 3x sehari sebelum makan

Rawatan Jeragat Sepia 200 dan Melasma Free

Posted on Updated on

Sepia 200 & Melasma Free Terbukti Berkesan Mengatasi Masalah Jeragat

Homeopathy adalah sistem perubatan yang berusia lebih 200 tahun yang mengguna kajian saintifik yang akan bertindak merawat keseluruhan tubuh. Homeopathy merawat punca kepada penyakit itu. Ini bermakna selain merawat jeragat, pelbagai permasalahan wanita seperti masalah hormon yang melibatkan kitaran haid, kesuburan dan emosi juga akan diatasi dengan lembut, selamat dan hampir tiada kesan buruk kepada organ-organ seperti buah pinggang, hempedu, hati atau jantung.

Perubatan homeopathy tidak menggalakkan pesakit mengabaikan nasihat doktor yang bertauliah untuk mendiagnos penyakit anda. Anda seharusnya mengikut nasihat, meneruskan mengambil medikasi yang disarankan doktor sambil mengambil remedi homeopathy sebagai pilihan alternatif untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Remedi homeopathy amat selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubatan kerana remedi homeopathy tidak akan menganggu ubat-ubatan kerana remedi homeopathy bukanlah ubat yang mengandungi bahan-bahan kimia atau drugs yang memungkin komplikasi kepada ubat-ubat perubatan moden.

Set jeragat Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi yang berasaskan 100% bahan semulajadi. Homeopathy sangat-sangat membantu untuk mengurangkan atau menghilangkan terus jeragat di muka. Kebiasaan perubahan akan dapat dikesan selepas 30-40 di mana jeragat akan mula berkurangan. Bagi kes-kes jeragat yang ringan akan hilang sepenuhnya di dalam tempoh 90-120 hari. Walaubagaimana pun terdapat banyak maklum balas pembeli yang menyertakan gambar dengan sukarela mengatakan jeragat mereka semakin pudar selepas 9-15 hari.

Testimoni 3
Testimoni 3

Sepia 200 dan Melasma Free akan membantu menstabilkan hormone  yang sedang bercelaru selain membantu sistem tubuh menjadi lebih kuat untuk menyembuhkan penyakit dengan sendirinya.