set hapus jeragat

Rawat Jeragat Guna Homeopathy Lambat Nampak Kesannya?

Posted on

Gebu Selepas 2 Minggu
Gebu Selepas 2 Minggu (Testimoni SMF)

Kawan-kawan tidak percaya remedi homeopathy boleh memberi kesan yang pantas, tetapi yang penting muka saya dah kembali berseri-seri

Memang benar homeopathy akan memberi kesan yang agak perlahan berbanding ubat-ubat hospital. Mengapa begitu? Homeopathy bukanlah ubat tetapi suplemen yang akan bekerja secara menyeluruh, akan membantu sistem tubuh dan sistem antibodi kembali bekerja dengan cekap. Namun terdapat maklumbalas mengenai pesakit yang memaklumkan bahawa kesan penyembuhan sangat cepat. Kesan sepantas 1-2 hari atau 1-2 minggu akan ternampak pada wajah jika berjeragat atau berjerawat dan pelbagai penyakit lagi.

Sebenarnya kesan yang pantas adalah berkait rapat dengan keserasian tubuh, tubuh lebih cepat menerima remedi homeopathy untuk bekerja, beberapa faktor yang memungkinkan kesan pantas boleh dilihat ialah;

  • Mengambil remedi yang sesuai dengan penyakit
  • Kerap mengambil detox untuk menyahtoksik ubat-ubat yang telah diamalkan sebelum ini
  • Mengamal remedi dengan tekun dan disiplin
  • Dengan Izin Allah swt … jangan lupa jika beragama Islam hehe…

Saya ada menerima whatsapp dan email, menceritakan kesan yang pantas dan betapa bersyukurnya mereka kerana set jeragat yang dicadangkan sangat-sangat berkesan dan memberi kesan yang pantas. Di bawah ini diceritakan oleh pembeli yang merasa sangat takjub dengan set SMF Drop dan Arnica 30.

Kawan-kawan semuanya tidak percaya jeragat di pipi dan di bibir saya telah mula pudar 80% selepas 10 hari mengambil set jeragat SMF yang harganya tidak mahal mana pun. Jeragat di muka saya mula-mula naik sedikit di pipi dan di atas bibir selepas melahirkan anak kelima saya, sejak dari itu saya terus mencuba pelbagai produk kerana suami pun mula agak dingin atau pun perasaan saya sendiri. Hubungan saya suami isteri seakan-akan hambar dan tidak ada seri “malam Jumaat” seperti sebelum jeragat naik di muka.

Sudah jenuh saya mencuba pelbagai produk yang harganya mahal-mahal belaka. Krim, sabun, kolagen dan hampir-hampir nak mencuba laser. Mujurlah suami menghalang kerana dia pernah terbaca kesan buruk selepas membuat laser. Lagipun kos untuk membuat laser sangat mahal.

Saya sudah tidak berminat untuk melihat cermin lagi, serius bukan main-main. Jika ingin mengguna cermin saya hanya guna cermin untuk melihat sama ada tudung saya ok atau tak sahaja. Saya akan menyapu bedak tebal-tebal untuk menutup jeragat saya yang semakin hari semakin menebal. Saya mula mengguna mekap tebal berbanding sebelum ini demi untuk menutup jeragat. Serius penat, kecewa dan rasa rendah diri, saya menjadi cepat marah dan cepat merajuk.

Kalau dulu saya cukup yakin dengan penampilan saya, saya seorang yang ceria dan kerap bertemu pelanggan kerana saya bekerja di bidang pemasaran. Tidak kekok untuk berada di atas pentas atau berjumpa sesiapa sahaja. Kini kenyakinan diri mula jatuh ke tahap paling rendah, saya akan berjumpa pelanggan di tempat yang tidak terang atau sebelah malam. Saya stress dengan keadaan muka saya, sudah rasa seolah-olah dah dah  give up sangat.

Entah macam mana satu hari saya search di internet, ubat jeragat berkesan dan selamat, dalam carian tersebut terdapat set jeragat homeopathy berkesan, selamat dan tanpa kesan sampingan. Pada mulanya saya andaikan semua itu hanyalah gimik pemasaran penjual tersebut sahaja. Saya terus membaca dan tertarik dengan satu komen dan gambar seorang pembeli yang mukanya menjadi hitam dan kusan tetapi telah ok selepas 2 minggu mengguna set jeragat homeopathy. Selepas dah khatam membaca dan berfikir apa salahnya mencuba, harga set jeragat homeopathy pun sangat murah dan tidak ada bahan-bahan bahaya, saya pun memesan set SMF Drop dan Arnica 30.

Selepas 2 hari pesanan pun tiba, tak sabar nak mencubanya. Muka saya tidaklah seteruk seperti testimoni yang saya baca tu dan harapan saya kembali cantik semakin cerah. Selepas 2 hari saya mengamalkan set SMF dan Arnica 30, terasa tubuh agak ringan dan bertenaga. Bila saya sentuh kulit muka terasa lebih lembut dan moist, jelling-jeling cermin terasa jeragat agak pudar… ahh hanya perasaan saya je ni, mana boleh remedi homeopathy beri kesan cepat macam ni.

Selepas 10 hari suami saya menegur mengenai muka saya, suami kata muka saya semakin berseri, jeragat dah kurang. Eh biar betul atau suami saya sengaja nak jaga hati saya jer?. Bila sampai di pejabat kawan saya pun tegur, jeragat dah pudar dan produk apa yang saya guna. Bila saya beritahu guna set jeragat homeopathy mereka seolah-olah tidak percaya. Mereka kata ubat homeopathy lambat dan mustahil dalam 10 hari guna dan pudar 80% jeragat saya.

Mereka agak saya buat rawatan kosmetik atau laser tapi tidak ada kesan-kesan seperti kulit mengelupas dan merah kemerahan seperti kebiasaannya bila membuat rawatan kosmetik atau laser. Malas nak menerangkan lebih lanjut, lagi pun saya bukanlah faham sangat nak terang lebih-lebih, saya pun keluarkan set SMF Drop dan Arnica 30 dan tunjuk kepada kawan-kawan. Mereka agak skeptical melihat botol-botol hanya air dan kesannya sangat cepat memudarkan jeragat saya. Saya hanya tersenyum dan berkata jika ragu-ragu order dan cubalah, baru tahu berkesan atau tidak!.

 

Nota : Artikel ini bukanlah berdasarkan kajian tetapi penceritaan semula oleh pembeli yang sangat berpuas hati, setiap individu tidak sama dari semua segi seperti simptom dan karakter. Artikel ini juga bukanlah sebagai nasihat perubatan, dan jangan sesekali mengabaikan nasihat doktor yang bertauliah.

Advertisements

Ubat Jeragat Paling Berkesan

Posted on

Perubahan ketara selepas 20 hari mengamalkan set 5RH
Perubahan ketara selepas 20 hari mengamalkan set 5RH

Ubat hapus jeragat homeopathy paling berkesan – Set 5RH

Puan Zu sudah penat mencuba, tetapi demi suami tercinta Puan Zu tetap mencuba untuk membersihkan mukanya yang kelihatan comot akibat jeragat. Laser sudah berkali-kali dibuat kerana yang memberi nasihat ialah doktor bertauliah tetapi selepas cun untuk sebulan dua, muka Puan Zu kembali comot.

“Penat mencuba dik, dah beribu duit habis” Luahan Puan Zu dengan harapan “harap-harap kali ini berjayalah..doakan akak ye dik” .. saya pun mengaminkan doa Puan Zu dan sangat-sangat berharap usaha Puan Zu untuk kali ini berjaya membuahkan hasil…. aminnnn.

Set 5RH terdiri dari 5 jenis remedi tunggal (single remedy).  HANYA SATU REMEDI didalam satu-satu masa. Setiap remedi mempunyai jangkawaktu yang tersendiri. Konsep ini dipanggil HOLISTIK. Konsep holistik sebenarnya sangat berkesan kerana set 5RH mempunyai 5 remedi yang akan menangani 5 jenis jeragat didalam satu rawatan.

Set Hapus Jeragat Holistik
Set Hapus Jeragat Holistik

Remedi dibawah ialah mengikut case-analysis di India yang melibatkan beberapa individu dengan kadar penyembuhan mengatasi masalah jeragat atau pigmentasi sebanyak 90% .

HANYA SATU REMEDI didalam satu-satu masa. Setiap remedi mempunyai jangkawaktu yang tersendiri. Contohnya remedi TO200 4 biji dihisap 2 kali sehari  untuk HANYA SATU ( 1 ) hari, esoknya ambil remedi CS200 4 biji dihisap 2 kali sehari  untuk SELAMA SATU (1) MINGGU. Di dalam tempoh 1 minggu ini hanya ambil remedi CS200 sahaja. Selepas 1 minggu iaitu hari ke 8 ambil remedi ke 3 dan seterusnya.

(1)  Remedi 1 – TO200

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari  untuk hanya 1 hari)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi  kesemua;

Dry skin with brown spot. Hydrogenoid constitution. skin looks dirty. Face, pale, waxy, shiny; dark under eyes; spiderlets on.

(2)  Remedi – CS200

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari setiap hari selama 1 minggu)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi  kesemua;

Chloasma, yellowish stains on nose and cheeks; worse from exposure to sun and wind.

(3)   Remedi 3 – CT30 (Melasma Free)

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari setiap hari selama 2 minggu)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi  kesemua;

Discoloration of skin in women with menstrual and uterine disorders.

(4)   Remedi 4 – S200

(Ambil 4 biji dihisap 2 kali sehari setiap hari selama 3 hari)

Berikut ialah symptom, karakter dan bentuk jeragat yang berkaitan, tetapi tidak semestinya meliputi  kesemua;

Chloasma; yellow spots [moth spots] the on the face, and a yellow saddle across the upper part of cheeks and nose. Suited to patient with having dark hair, rigid fibre. Ailments during pregnancy.

(5)  Remedi 5 – Sr200

(Ambil 4 biji dihisap kali sehari setiap hari selama 1 minggu)

Skin affection after local medication. Old looking. Spotted face. Skin dry, rough, wrinkled, scaly; Itching, violently at night. Scrofulous diathesis. Liver spots.  Unbreakable itching, especially from warmth. Dirty, filthy people, prone to skin affection.

Selepas tamat langkah ke 5, sila kembali ke langkah 1,2,3,4 & 5 dengan dos (kekerapan) dan tempoh masa yang sama.

Cara mengambil remedy :

Boleh guna penutup botol atau tangan yang bersih. Tablet ini berperisa manis hendaklah dihisap sehingga larut ke dalam mulut sebelum makan. Jika boleh pastikan lidah anda bersih.

Sepia 200 Dan Melasma Free Remedi Utama Untuk Semua Set Jeragat

Posted on

Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi utama yang terdapat didalam semua set jeragat M3, M4, SMF, 5SMF, SMFF dan SMAFMAR. Ini ialah kerana keberkesanan Sepia sebagai “women remedy” dan Melasma Free berkonsep BIOCHEMIC atau Garam Tisu mineral yang sangat-sangat berkesan untuk memulihkan jeragat yang mencomotkan wajah anda.

Sepia Untuk  Masalah Hormon Wanita

Melasma (Choloasma)

Hormon dan wanita adalah 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan, seperti irama dan lagu. Boleh dikatakan masalah kesihatan yang terjadi kepada wanita adalah berkaitan hormon yang tidak stabil. Sama ada sakit kepala sewaktu kitaran haid, beremosi sehinggalah kepada perasan marah yang tidak terkawal seperti menjerit-jerit dan menangis. Perasaan rasa panas yang menyerbu muka (hot flashes) tatkala menopause, sakit sendi dan masalah berkaitan gastro dan beberapa masalah yang terlalu banyak untuk diberi contoh.

Salah satu masalah yang sering menganggu penampilan seseorang wanita ialah Melasma atau choloasma.

Apa itu Melasma?

Melasma ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat kebiruan atau kelihatan coklat yang pudar . Melasma sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Melasma sering terjadi dibahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu.

Punca Terjadi Melasma

Punca utama tidak dapat dikenalpasti, kebiasaannya ia akan terjadi kepada wanita yang mengambil pil perancang, sering terdedah kepada sinaran matahari dan perubahan hormon sewaktu mengandung, bila ia terjadi kepada wanita mengandung ia dipanggil Chloasma . Melasma sering terjadi kepada wanita berumur 20-50 tahun.

Begitulah secara ringkasnya bagaimana Melasma menganggu emosi dan penampilan seseorang wanita selain daripada jerawat.

Homeopathy dan Melasma.

Homeopathy merupakan kaedah yang kedua paling popular di Amerika Syarikat selain dari penggunaan krim untuk memudarkan kesan melasma. Homeopathy mendapat tempat di hati kerana kesan penyembuhannya bukan hanya sekadar memudarkan melasma tersebut. Manfaat remedi agak luas termasuk menstabilkan perubahan hormon  seseorang wanita, di mana perubahan hormon yang akan mengaitkan kepada lain-lain masalah kesihatan seperti dinyatakan di atas.

Salah satu remedi utama ialah Sepia 200. Biochemic atau garam tisu yang berasaskan bahan mineral juga mampu merawat Melasma. Berikut ialah remedi yang disediakan di dalam bentuk tablet manis atau cecair.

  • Sepia 200 – Melasma yang terjadi sewaktu mengandung berwarna coklat gelap seluruh muka, di pipi atau hidung. Kerap mengalami masalah haid seperti terlalu awal, haid tidak teratur dan haid yang sedikit (scanty). Wanita yang memerlukam Sepia juga sering alami rasa pedih, bengkak dan gatal di vagina.
  • Melasma Free – di ambil secara bergilir bersama-sama Sepia 200 . Melasma Free amat sesuai untuk jeragat yang berwarna coklat gelap, di pipi sewaktu atau selepas mengandung, wanita mengandung yang sering merasa lemah-lemah tubuh badan.  di hisap 2-4 biji 3 x sehari sebelum makan.

 Bagaimana cara mengambil ubat remedi atau ubat?

Disarankan untuk mengambil Sepia 200 dan Melasma Free secara berselang seli hari. Sebagai contoh jika Sepia 200 diambil pada hari Isnin, maka Melasma Free pula pada esoknya hari Selasa dan begitulah seterusnya.

  • Dos pengambilan : 4 biji dikemam/hisap (jangan digigit) 3x sehari sebelum makan