set hapus melasma

Rawat Jeragat Guna Homeopathy Lambat Nampak Kesannya?

Posted on

Gebu Selepas 2 Minggu
Gebu Selepas 2 Minggu (Testimoni SMF)

Kawan-kawan tidak percaya remedi homeopathy boleh memberi kesan yang pantas, tetapi yang penting muka saya dah kembali berseri-seri

Memang benar homeopathy akan memberi kesan yang agak perlahan berbanding ubat-ubat hospital. Mengapa begitu? Homeopathy bukanlah ubat tetapi suplemen yang akan bekerja secara menyeluruh, akan membantu sistem tubuh dan sistem antibodi kembali bekerja dengan cekap. Namun terdapat maklumbalas mengenai pesakit yang memaklumkan bahawa kesan penyembuhan sangat cepat. Kesan sepantas 1-2 hari atau 1-2 minggu akan ternampak pada wajah jika berjeragat atau berjerawat dan pelbagai penyakit lagi.

Sebenarnya kesan yang pantas adalah berkait rapat dengan keserasian tubuh, tubuh lebih cepat menerima remedi homeopathy untuk bekerja, beberapa faktor yang memungkinkan kesan pantas boleh dilihat ialah;

  • Mengambil remedi yang sesuai dengan penyakit
  • Kerap mengambil detox untuk menyahtoksik ubat-ubat yang telah diamalkan sebelum ini
  • Mengamal remedi dengan tekun dan disiplin
  • Dengan Izin Allah swt … jangan lupa jika beragama Islam hehe…

Saya ada menerima whatsapp dan email, menceritakan kesan yang pantas dan betapa bersyukurnya mereka kerana set jeragat yang dicadangkan sangat-sangat berkesan dan memberi kesan yang pantas. Di bawah ini diceritakan oleh pembeli yang merasa sangat takjub dengan set SMF Drop dan Arnica 30.

Kawan-kawan semuanya tidak percaya jeragat di pipi dan di bibir saya telah mula pudar 80% selepas 10 hari mengambil set jeragat SMF yang harganya tidak mahal mana pun. Jeragat di muka saya mula-mula naik sedikit di pipi dan di atas bibir selepas melahirkan anak kelima saya, sejak dari itu saya terus mencuba pelbagai produk kerana suami pun mula agak dingin atau pun perasaan saya sendiri. Hubungan saya suami isteri seakan-akan hambar dan tidak ada seri “malam Jumaat” seperti sebelum jeragat naik di muka.

Sudah jenuh saya mencuba pelbagai produk yang harganya mahal-mahal belaka. Krim, sabun, kolagen dan hampir-hampir nak mencuba laser. Mujurlah suami menghalang kerana dia pernah terbaca kesan buruk selepas membuat laser. Lagipun kos untuk membuat laser sangat mahal.

Saya sudah tidak berminat untuk melihat cermin lagi, serius bukan main-main. Jika ingin mengguna cermin saya hanya guna cermin untuk melihat sama ada tudung saya ok atau tak sahaja. Saya akan menyapu bedak tebal-tebal untuk menutup jeragat saya yang semakin hari semakin menebal. Saya mula mengguna mekap tebal berbanding sebelum ini demi untuk menutup jeragat. Serius penat, kecewa dan rasa rendah diri, saya menjadi cepat marah dan cepat merajuk.

Kalau dulu saya cukup yakin dengan penampilan saya, saya seorang yang ceria dan kerap bertemu pelanggan kerana saya bekerja di bidang pemasaran. Tidak kekok untuk berada di atas pentas atau berjumpa sesiapa sahaja. Kini kenyakinan diri mula jatuh ke tahap paling rendah, saya akan berjumpa pelanggan di tempat yang tidak terang atau sebelah malam. Saya stress dengan keadaan muka saya, sudah rasa seolah-olah dah dah  give up sangat.

Entah macam mana satu hari saya search di internet, ubat jeragat berkesan dan selamat, dalam carian tersebut terdapat set jeragat homeopathy berkesan, selamat dan tanpa kesan sampingan. Pada mulanya saya andaikan semua itu hanyalah gimik pemasaran penjual tersebut sahaja. Saya terus membaca dan tertarik dengan satu komen dan gambar seorang pembeli yang mukanya menjadi hitam dan kusan tetapi telah ok selepas 2 minggu mengguna set jeragat homeopathy. Selepas dah khatam membaca dan berfikir apa salahnya mencuba, harga set jeragat homeopathy pun sangat murah dan tidak ada bahan-bahan bahaya, saya pun memesan set SMF Drop dan Arnica 30.

Selepas 2 hari pesanan pun tiba, tak sabar nak mencubanya. Muka saya tidaklah seteruk seperti testimoni yang saya baca tu dan harapan saya kembali cantik semakin cerah. Selepas 2 hari saya mengamalkan set SMF dan Arnica 30, terasa tubuh agak ringan dan bertenaga. Bila saya sentuh kulit muka terasa lebih lembut dan moist, jelling-jeling cermin terasa jeragat agak pudar… ahh hanya perasaan saya je ni, mana boleh remedi homeopathy beri kesan cepat macam ni.

Selepas 10 hari suami saya menegur mengenai muka saya, suami kata muka saya semakin berseri, jeragat dah kurang. Eh biar betul atau suami saya sengaja nak jaga hati saya jer?. Bila sampai di pejabat kawan saya pun tegur, jeragat dah pudar dan produk apa yang saya guna. Bila saya beritahu guna set jeragat homeopathy mereka seolah-olah tidak percaya. Mereka kata ubat homeopathy lambat dan mustahil dalam 10 hari guna dan pudar 80% jeragat saya.

Mereka agak saya buat rawatan kosmetik atau laser tapi tidak ada kesan-kesan seperti kulit mengelupas dan merah kemerahan seperti kebiasaannya bila membuat rawatan kosmetik atau laser. Malas nak menerangkan lebih lanjut, lagi pun saya bukanlah faham sangat nak terang lebih-lebih, saya pun keluarkan set SMF Drop dan Arnica 30 dan tunjuk kepada kawan-kawan. Mereka agak skeptical melihat botol-botol hanya air dan kesannya sangat cepat memudarkan jeragat saya. Saya hanya tersenyum dan berkata jika ragu-ragu order dan cubalah, baru tahu berkesan atau tidak!.

 

Nota : Artikel ini bukanlah berdasarkan kajian tetapi penceritaan semula oleh pembeli yang sangat berpuas hati, setiap individu tidak sama dari semua segi seperti simptom dan karakter. Artikel ini juga bukanlah sebagai nasihat perubatan, dan jangan sesekali mengabaikan nasihat doktor yang bertauliah.

Advertisements

Set Jeragat Paling Berkesan Terbaru

Posted on

set-bcj-01

 

Biochemic dan Fragaria Vesca Untuk Jeragat

Kombinasi Untuk Mengatasi Pelbagai Masalah Punca Jeragat

Ramai yang berpendapat remedi kombinasi  lebih bagus dan ada yang berpendapat remedi tunggal (single remedy) diambil secara kombo adalah lebih baik. Terpulang kepada pengalaman masing-masing yang pernah mengamalkan remedi homeopathy. Fakta sebenarnya kedua-dua kaedah terdapat kelebihan masing-masing dan amat selamat dari kesan yang memudaratkan. Remedi homeopathy biochemic bukan ubat tetapi suplemen yang sangat lembut, mengguna dos yang sangat-sangat kecil serta hamper sifar kesan sampingan.

Remedi Kombinasi  boleh di dapati di dalam bentuk satu botol (dua atau lebih remedi dicampurkan di dalam satu botol) seperti Melasma Free atau secara berasingan iaitu satu remedi di dalam satu botol, jika ada tiga remedi ini bermakna akan terdapat tiga botol yang berasingan.

Walaubagaimana pun kombinasi yang di ambil secara berasingan (di panggil “single remedy”)  akan  lebih memberi impak, terutama kepada penyakit kronik (penyakit yang lama). Jeragat dianggap kronik kerana biasanya penderita jeragat akan mengalaminya selama bertahun-tahun.

Secara teorinya, jika diambil secara berasingan, dos yang diambil akan terdapat 100% khasiat remedi yang dikehendaki berbanding kombinasi di dalam satu botol yang berkemungkinan tidak akan mendapat khasiat salah satu remedi tersebut dengan dos yang secukupnya.

Sebagai contoh kombinasi tiga (3) remedi untuk mengatasi masalah jeragat akan diambil cara begini;

  1. Calc Sulph (#3) – 1 biji
  2. Kali Sulph (#7) – 1 biji
  3. Nat Sulph (#11) – 1 biji

Ini bermakna 3 biji sekali kemam/hisap 2-3 kali sehari sebelum makan. Ini bermakna setiap 1 biji yang dikemam itu mengandungi 100% Kali Sulph, Ferrum Phos dan Kali Phos.

Itu hanya teori, jika secara amalinya kedua-dua kaedah telah terbukti sangat berkesan, hanya jika anda seorang yang mementingkan ketepatan dos sesuatu remedi, maka anda mesti memilih konsep kombinasi “single remedy”.

Kedua-dua kaedah mampu untuk memberi kesan yang sangat hebat, sebagai contoh Melasma Free adalah remedi kombinasi biochemic yang sangat hebat. Sekian lama Melasma Free mendapat testimoni dan maklum balas mengatakan kesannya agak pantas. Begitu juga Sepia 200 yang berkonsepkan “single remedy”.

Kelebihan Biochemic

Biochemic sangat berkesan untuk jeragat kerana ia adalah garam tisu yang sudah terdapat di dalam tubuh kita, tetapi mengalami kekurangan akibat dari pelbagai sebab seperti pengambilan makanan yang tidak seimbang, seperti tidak mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, makanan yang mengandungi kalsium, zat besi, phosphate dan magnesium.

Setiap permulaan sesuatu penyakit, kesan awal akan kelihatan di muka, seperti jeragat, atau kelihatan kering, atau terlalu berminyak, berjerawat dan lain-lain lagi.  Secara amnya terdapat 12 jenis remedi utama dan 15 remedi pecahan kepada 12 remedi utama. Setiap satu remedi ini sebenarnya ada fungsi untuk setiap masalah di kulit terutama di muka.

Untuk masalah jeragat yang melibatkan hormon, sistem tubuh yang melemah antibodinya dan kecelaruan sistem reproduktif akibat kehamilan, permulaan & selepas menopause terdapat beberapa remedi yang sangat-sangat membantu seperti;

  1. Calc Sulph (#3)
  2. Kali Sulph (#7)
  3. Nat Sulph (#11)
  4. Kali Phos (#6)
  5. Calc Flour (#1)

Kombinasi Terbaik Biochemic Bersama-Sama Fragaria Vesca

 

Dicadangkan dua atau tiga remedi diambil bersama-sama dengan Fragaria Vesca. Berikut ialah remedi-remedi yang dicadangkan;

  1. Calc Sulph (#3) – Untuk penghadaman dan sokongan kepada hati (membantu hati untuk lebih cekap membuang toksin) Calc Sulph mewakili tisu-tisu penyambung, mucous membrans dan kulit. Ia membantu membersih pengumpulan bahan-bahan tidak berguna, yang akan berada si sekeliling tisu secara diam (dormant) atau secara perlahan-lahan akan mereput atau merosakkan tisu-tisu.
  2. Kali Sulph (#7)Spesifik untuk tanda jeragat kecoklatan di wajah (jeragat) dan sokongan kepada hati
  3. Fragaria Vesca – Spesifik untuk memberi sokongan kepada hati dan buah pinggang.

Terdapat di dalam 2 set;

  • Set BJC-01 – Berharga RM95

set-bcj-01

  • Set BJC-02 – Termasuk Krim Carmino Complexion (CCC) dan sabun Carmino Complexion (CCS) – Berharga RM150

set BJC-02-400

Cara mengambil;

Kombinasi tiga (3) remedi untuk mengatasi masalah jeragat akan diambil cara begini;

  1. Calc Sulph (#3) – 1 biji
  2. Kali Sulph (#7) – 1 biji

2 biji sekali ambil dikemam sewaktu perut kosong 3-4 kali sehari.

  1. Fragaria Vesca 30 – 10-15 titis

Campur 10-15 titis bersama-sama 1 sudu besar air mineral, dikemam selama 1 minit dan kemudian ditelan 3 kali sehari sewaktu perut kosong.

Atau gabungan;

  1. Melasma Free
  2. Fragaria Vesca

Kali Phos dan Calc Flour dua remedi tambahan yang boleh diambil untuk menambah baik sistem tubuh kerana kedua-dua remedi ini mempunyai khasiat yang tidak kurang hebatnya;

  1. Calc Flour (#1) – Digelar sebagai remedi “awet muda” kerana mampu menghalang proses kedutan di wajah dan otot-otot. Calc Flour sangat penting untuk tisu-tisu penyambung (connective tissues), di mana Calc Flour membantu di dalam semua kes tisu yang semakin lemah, atau akibat latihan sukan yang berat. Membantu urat yang meyambung ke tulang (tendon), ligament dan sendi-sendi ditubuh. Sangat berkesan untuk menghilangkan kesan lingkaran mata hitam.
  2. Kali Phos (#6) – untuk otak, saraf-saraf dan saluran darah.
  3. Nat Sulph (#11) – Spesifik memberi sokongan kepada hati

 

Hati dan buah pinggang merupakan organ yang penting, kegagalan hati dan buah pinggang untuk membuang toksin akan mengakibatkan toksin yang tertinggal akan mencari jalan keluar. Kulit muka adalah kawasan yang paling mudah untuk ditembusi oleh toksin dan hasilnya jeragat akan terjadi. Selain hormon yang sering menjadi punca jeragat, toksin memainkan peranan terbesar di dalam proses terjadinya jeragat dan toksin merupakan penyebab utama kepada pelbagai masalah penyakit.