set jeragat berkesan

Rawat Jeragat Guna Homeopathy Lambat Nampak Kesannya?

Posted on

Gebu Selepas 2 Minggu
Gebu Selepas 2 Minggu (Testimoni SMF)

Kawan-kawan tidak percaya remedi homeopathy boleh memberi kesan yang pantas, tetapi yang penting muka saya dah kembali berseri-seri

Memang benar homeopathy akan memberi kesan yang agak perlahan berbanding ubat-ubat hospital. Mengapa begitu? Homeopathy bukanlah ubat tetapi suplemen yang akan bekerja secara menyeluruh, akan membantu sistem tubuh dan sistem antibodi kembali bekerja dengan cekap. Namun terdapat maklumbalas mengenai pesakit yang memaklumkan bahawa kesan penyembuhan sangat cepat. Kesan sepantas 1-2 hari atau 1-2 minggu akan ternampak pada wajah jika berjeragat atau berjerawat dan pelbagai penyakit lagi.

Sebenarnya kesan yang pantas adalah berkait rapat dengan keserasian tubuh, tubuh lebih cepat menerima remedi homeopathy untuk bekerja, beberapa faktor yang memungkinkan kesan pantas boleh dilihat ialah;

  • Mengambil remedi yang sesuai dengan penyakit
  • Kerap mengambil detox untuk menyahtoksik ubat-ubat yang telah diamalkan sebelum ini
  • Mengamal remedi dengan tekun dan disiplin
  • Dengan Izin Allah swt … jangan lupa jika beragama Islam hehe…

Saya ada menerima whatsapp dan email, menceritakan kesan yang pantas dan betapa bersyukurnya mereka kerana set jeragat yang dicadangkan sangat-sangat berkesan dan memberi kesan yang pantas. Di bawah ini diceritakan oleh pembeli yang merasa sangat takjub dengan set SMF Drop dan Arnica 30.

Kawan-kawan semuanya tidak percaya jeragat di pipi dan di bibir saya telah mula pudar 80% selepas 10 hari mengambil set jeragat SMF yang harganya tidak mahal mana pun. Jeragat di muka saya mula-mula naik sedikit di pipi dan di atas bibir selepas melahirkan anak kelima saya, sejak dari itu saya terus mencuba pelbagai produk kerana suami pun mula agak dingin atau pun perasaan saya sendiri. Hubungan saya suami isteri seakan-akan hambar dan tidak ada seri “malam Jumaat” seperti sebelum jeragat naik di muka.

Sudah jenuh saya mencuba pelbagai produk yang harganya mahal-mahal belaka. Krim, sabun, kolagen dan hampir-hampir nak mencuba laser. Mujurlah suami menghalang kerana dia pernah terbaca kesan buruk selepas membuat laser. Lagipun kos untuk membuat laser sangat mahal.

Saya sudah tidak berminat untuk melihat cermin lagi, serius bukan main-main. Jika ingin mengguna cermin saya hanya guna cermin untuk melihat sama ada tudung saya ok atau tak sahaja. Saya akan menyapu bedak tebal-tebal untuk menutup jeragat saya yang semakin hari semakin menebal. Saya mula mengguna mekap tebal berbanding sebelum ini demi untuk menutup jeragat. Serius penat, kecewa dan rasa rendah diri, saya menjadi cepat marah dan cepat merajuk.

Kalau dulu saya cukup yakin dengan penampilan saya, saya seorang yang ceria dan kerap bertemu pelanggan kerana saya bekerja di bidang pemasaran. Tidak kekok untuk berada di atas pentas atau berjumpa sesiapa sahaja. Kini kenyakinan diri mula jatuh ke tahap paling rendah, saya akan berjumpa pelanggan di tempat yang tidak terang atau sebelah malam. Saya stress dengan keadaan muka saya, sudah rasa seolah-olah dah dah  give up sangat.

Entah macam mana satu hari saya search di internet, ubat jeragat berkesan dan selamat, dalam carian tersebut terdapat set jeragat homeopathy berkesan, selamat dan tanpa kesan sampingan. Pada mulanya saya andaikan semua itu hanyalah gimik pemasaran penjual tersebut sahaja. Saya terus membaca dan tertarik dengan satu komen dan gambar seorang pembeli yang mukanya menjadi hitam dan kusan tetapi telah ok selepas 2 minggu mengguna set jeragat homeopathy. Selepas dah khatam membaca dan berfikir apa salahnya mencuba, harga set jeragat homeopathy pun sangat murah dan tidak ada bahan-bahan bahaya, saya pun memesan set SMF Drop dan Arnica 30.

Selepas 2 hari pesanan pun tiba, tak sabar nak mencubanya. Muka saya tidaklah seteruk seperti testimoni yang saya baca tu dan harapan saya kembali cantik semakin cerah. Selepas 2 hari saya mengamalkan set SMF dan Arnica 30, terasa tubuh agak ringan dan bertenaga. Bila saya sentuh kulit muka terasa lebih lembut dan moist, jelling-jeling cermin terasa jeragat agak pudar… ahh hanya perasaan saya je ni, mana boleh remedi homeopathy beri kesan cepat macam ni.

Selepas 10 hari suami saya menegur mengenai muka saya, suami kata muka saya semakin berseri, jeragat dah kurang. Eh biar betul atau suami saya sengaja nak jaga hati saya jer?. Bila sampai di pejabat kawan saya pun tegur, jeragat dah pudar dan produk apa yang saya guna. Bila saya beritahu guna set jeragat homeopathy mereka seolah-olah tidak percaya. Mereka kata ubat homeopathy lambat dan mustahil dalam 10 hari guna dan pudar 80% jeragat saya.

Mereka agak saya buat rawatan kosmetik atau laser tapi tidak ada kesan-kesan seperti kulit mengelupas dan merah kemerahan seperti kebiasaannya bila membuat rawatan kosmetik atau laser. Malas nak menerangkan lebih lanjut, lagi pun saya bukanlah faham sangat nak terang lebih-lebih, saya pun keluarkan set SMF Drop dan Arnica 30 dan tunjuk kepada kawan-kawan. Mereka agak skeptical melihat botol-botol hanya air dan kesannya sangat cepat memudarkan jeragat saya. Saya hanya tersenyum dan berkata jika ragu-ragu order dan cubalah, baru tahu berkesan atau tidak!.

 

Nota : Artikel ini bukanlah berdasarkan kajian tetapi penceritaan semula oleh pembeli yang sangat berpuas hati, setiap individu tidak sama dari semua segi seperti simptom dan karakter. Artikel ini juga bukanlah sebagai nasihat perubatan, dan jangan sesekali mengabaikan nasihat doktor yang bertauliah.

Advertisements

Salahkan Hormon Anda Kerana Berjeragat?

Posted on

Wanita Dan Hormon Ibarat Irama Dan Lagu

Hormon mempunyai kesan yang amat penting untuk kesihatan setiap wanita. Hormon seksual wanita, estrogen dan progesterone sangat penting untuk kesuburan sistem reproduksi wanita, ianya melibatkan kitaran haid sehingga ke proses wanita itu mengandung sehingga menopause. Hormon juga mempengaruhi emosi, paras tenaga, berat badan, mood dan sehingga kepada masalah kulit pun akan terjadi akibat dari masalah hormon seperti terjadinya jeragat dan jerawat. Walaupun hanya terjadi hanya sedikit perubahan hormon di dalam tubuh, sesuatu akan terjadi kepada seorang wanita tersebut dan paling cepat terjejas ialah kulit muka yang paling ditembusi oleh pelbagai penyakit termasuk jeragat.

Fakta utama di sini ialah hormon, walaupun puncanya tidak dikatakan berpunca dari hormon tetapi selepas dikaji secara mendalam, hormon juga yang akan dipersalahkan. Oleh itu amatlah penting untuk mengambil suplemen yang mampu mengatasi masalah kelam kabut mengenai hormon ini. Walaupun banyak kaedah rawatan untuk menghapus jeragat tetapi homeopathy dan biochemic adalah perubatan yang akan memberi penekanan kepada masalah hormon dan akan dicadangkan dengan remedi oral yang mungkin dianggap remeh untuk dihisap atau diminum.

Salah satu masalah hormon yang sangat biasa terjadi kepada wanita moden pada zaman sekarang ialah ketidaktentuan kitaran haid (menstrual disorder). Masalah haid yang biasa terjadi adalah seperti berikut;

  • Senggugut (dysmenorrhea) sewaktu haid. Secara khusus dysmenorrhea disebabkan oleh haid itu sendiri, dan yang keduanya dicetuskan oleh sebab-sebab lain seperti endometriosis atau fibroids.
  • Pendarahan yang banyak (menorrhagia) termasuk haid yang lebih panjang masanya atau pendarahan yang sangat banyak.
  • Tidak datang haid (amenorrhea) Secara khusus apabila seorang gadis itu tidak datang haid sehingga berumur 16 tahun, dan keduanya biasanya haid datang secara tetap tetapi berhenti sekurang-kurangnya tiga bulan.
  • Haid yang sedikit atau kekerapan tidak menentu (oligomenorrhea)
Jeragat Mungkin Terjadi Jika Kerap Berjemur DIbawah Panas Matahari
Jeragat Mungkin Terjadi Jika Kerap Berjemur DIbawah Panas Matahari

Masalah kitaran haid yang tidak normal akan mempengaruhi emosi seseorang wanita, sehingga menimbulkan perasaan yang tertekan, merasa diri tidak berharga di mata suami, masalah tekanan di tempat kerja, bebanan kerja rumah dan pelabagai masalah yang boleh mencetuskan perasaan tidak selesa sehingga menimbulkan perasaan stress dan hormon stress (cortisol) akan mempengaruhi tubuh wanita tersebut.

Kekurangan hormon testosterone akan menjadikan hormon estrogen sebagai hormon dominasi, apabila hormon stress iaitu cortisol mula dikeluarkan. Hormon cortisol akan mengaktif pelbagai hormon lain yang akan menjadikan kesihatan wanita itu mula merosot,  dan ini ialah punca terjadinya jeragat akibat stress. Peningkatan hormon estrogen akan menambah kuantiti MSH yang akan mengakibatkan terjadinya jeragat atau melasma. MSH atau melanocyte-stimulating hormones, MSH adalah punca terjadinya jeragat apabila hormon ini  (hormon MSH) akan merangsang pengeluaran melanin. Pengeluaran melanin dengan begitu banyak akan menyebabkan kulit menjadi lebih gelap atau dipanggil jeragat atau melasma.

 

Paras progesterone yang rendah adalah akibat dari hormon estrogen yang terjadi begitu banyak sehingga menjadikan hormon progesterone akan berkurangan. Kebiasaannya bagi wanita yang mengambil pil perancang di dalam tempoh yang panjang. Simptom seperti stress dan sukar untuk tidur (insomnia) yang kronik adalah petanda paras progesterone berada pada paras yang rendah.

Tunera Diffusa
Tunera Diffusa

Simptom Progesterone yang rendah bagi wanita yang berumur sekitar 45 tahun dan ke atas adalah tanda-tanda awal simptom menopause. Doktor perubatan moden akan memberi pil pengganti hormon , hormone replacement therapy (HRT), tetapi sekiranya wanita tersebut belum mengalami menopause pil progesterone akan diberi dengan dos 50-200 mg untuk menjadikan kitaran haid kembali normal, Walaubagaimana pun terdapat wanita yang pendarahan yang teruk sehingga disarankan untuk mengambil pelbagai suplemen selain pil progesterone.

Jeragat juga dikatakan berpunca dari genetik atau keturunan, tetapi ianya sangat jarang dan kerap kali akan terjadi selepas bersalin dan apabila umur meningkat. Kerap kali apabila ditanya tentang sejarah kehidupan wanita yang mengatakan jeragat berpunca dari keturunan akan mengatakan mereka kerap berjemur dibawah panas matahari kerana bersukan atau kerjaya, penggunaan alat kosmetik yang pelbagai fungsi seperti kosmetik yang menjadikan kulit mengelupas untuk mencerahkan kulit, mengambil pil perancang atau pil pengganti hormon (HRT) selepas menopause. Fakta-fakta ini juga akan berkait rapat dengan hormon wanita kerana melanin yang berlebihan akan terjadi selepas wanita itu mengalami ketidakseimbangan hormon.

Jeragat yang berpunca dari genetik sangat sukar untuk dirawat jika hanya mengguna sabun dan krim. Set jeragat yang sangat berkesan untuk jeragat genetik ialah set jeragat M3, SMF atau SMFF.

Melanin iaitu pigmentasi akan terjadi dengan berlebihan akibat dari sunburn yang melalui proses yang lama iaitu 10-20 tahun sebelum terjadinya jeragat. Sebagaimana saintis mengatakan sun burn sebagai punca utama jeragat yang berpnca dari melanin yang berlebihan. Melanin ini akan terkumpul secara beransur-ansur di lapisan bawah kulit akibat dari radiasi sinaran UV dan melanin yang berlebihan ini akan “dilepas”  menjadi jeragat sewaktu hormon mengalami masalah.

Walaubagaimana pun homeopathy telah berjaya mendapat tempat dihati pesakit kerana perubatan homeopathy tidak mengandungi bahan-bahan kimia atau dadah. Remedi yang sangat-sangat membantu dan sangat berkesan untuk mengawal “kegilaan” hormon ialah Tunera diffusa (Damiana) dan Ashwagandha Q yang diesktrak mengguna kaedah homeobotanical yang sangat terkenal di seluruh duinia.

Ashwagandha atau Indian Ginseng
Ashwagandha atau Indian Ginseng

Tunera diffusa (Damiana) dan Ashwagandha Q adalah remedi berbentuk cecair yang perlu diminum dan sangat-sangat berkesan untuk mengurangkan tekanan emosi yang berkaitan masalah hormon.

Kebanyakkan pesakit-pesakit yang mencari alternatif, seperti remedi  suplemen jeragat alternatif homeopathy biochemic ialah mereka yang telah kecewa dan gagal dengan rawatan kosmetik moden, malah pernah mengguna rawatan laser yang sangat mahal kosnya. Menyesal sudah tidak berguna tetapi perlu mencari solusi yang lembut, boleh diharap dan berkesan. Jeragat tidak semudah jerawat sapu dan hilang tetapi jeragat boleh terjadi akibat pelbagai sebab dan salah satunya ialah berkaitan hormon tidak stabil.

Remedi Untuk Masalah Hormon Dan Jeragat

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop sejenis remedi di dalam bentuk cecair, di dalam kategori homeobotanical iaitu herba berasaskan konsep homeopathy. Kedua-dua remedi ini juga sangat-sangat membantu sebagai suplemen kepada  gadis , wanita muda dan wanita yang dewasa di mana  kerap mengalami masalah hormon seperti diserang senggugut dan kitaran haid yang tidak teratur. Jika remedi itu bertanda Q ini bermakna ia adalah remedi yang diesktrak terus dari tumbuhan tersebut, dan mempunyai rasa agak pahit.

Mohon maaf saya belum berkesempatan untuk mengambil gambar remedi Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop. Saya akan paparkan pada pos seterusnya nanti, Insya Allah.

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop, sangat-sangat berkesan membantu wanita dan hormon sejak ratusan tahun lalu (malah ada mengatakan sejak ribuan tahun) seperti keterangan dibawah;

Ashwagandha dan Tunera (atau disebut Damiana) adalah herba purba dan Di Eropah menyifatkan Ashwagandha sebagai “Testosterone Booster”. Fakta ini bukan cerita dari lagenda tetapi ia adalah fakta yang dikaji oleh saintis. Mari kita lihat fakta bukan hanya auta semata-mata;

Ashwagandha adalah adoptogen, yang akan mengurangkan stress, ketakutan tanpa sebab, kenyakinan diri dan mengawal hormon stress (hormon stress cortisol). Beberapa kajian lain juga menunjukkan Ashwagandha telah berjaya menambah baik paras testosterone yang menjadikan seorang wanita atau lelaki itu lebih subur.

Ashwagandha juga sangat bermanfaat kepada kesihatan jantung, dengan mengurangkan keradangan serum triglycerides, dan meningkat paras HDL-cholesterol “baik”. Kajian terbaru juga menunjukkan Ashwagandha juga mampu menguatkan otot-otot.

Fakta kajian menunjukkan Ashwagandha dan Tunera adalah adoptogen yang “solid”, mempunyai pelbagai kebaikkan terhadap manusia terutama berkaitan hormon testosterone. Ini ialah kerana Ashwagandha akan membantu seseorang itu tidur dengan lebih berkualiti, mengurangkan hormon stress iaitu cortisol, meningkat paras HDL-cholesterol “baik” dan mengurangkan kekejangngan atau keradangan, kesemua ini akan membantu mempertingaktkan paras hormon testosterone ke paras yang sangat baik.

Tunera sangat berkesan untuk menstabilkan sistem hormon sewaktu menopause, mengurangkan rasa panas ke muka (hot flashes), dan membantu menjadikan kitaran haid yang normal bagi gadis-gadis muda.

Cara mengambil Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop;

10-15 titis dicampur di dalam 1/4 cawan air (lebih kurang 2 sudu besar air), air mineral atau air suam. Diminum 3-4x sehari. Dos boleh dikurangkan setelah simptom semakin baik. Dos boleh dikurangkan dari 3-4 kali sehari ke 2 kali sehari dan 1 kali sehari setelah simptom semakin pulih.

Ashwagandha Q Drop dan Tunera Q Drop boleh diambil bersama-sama set hapus jeragat yang sedia ada seperti M3, M4, 5SMF, SMF, SMFF, BJC01 dan BJC02.