set jeragat murah

AADF Jeragat Hilang dan Tubuh Pun Semakin Gebu

Posted on

Set AADF

Wanita dicipta Allah sebagai makhluk sangat indah ciptaan-Nya dan tidak ada manusia yang mampu mencipta sistem tubuh wanita yang sangat komplek, terdiri dari sistem tubuh yang berbeza berbanding lelaki. Bermula dari awal akil baligh sehingga menopause, hormon adalah rakan baik dan juga musuh utama wanita. Jeragat walaupun ramai saintis mengatakan ia berpunca dari sinaran uv matahari tetapi hormon adalah penyebab jeragat mula timbul di muka.

Di Negara yang beriklim sejuk terdapat perkhidmatan “tanning booth” untuk mendapat kulit yang agak gelap atau bagi mereka yang berkemampuan akan datang melancong ke Negara beriklim tropika dan berjemur dibawah panas sinaran matahari. Kesemua aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kadar pigmentasi ditubuh mereka. Mereka akan berbangga sekiranya tubuh mereka kelihatan lebih kehitaman berbanding teman mereka yang kelihatan putih dan pucat.

Set Jeragat AADF untuk Diminum, 10 Titis Terus Ke Dalam Mulut, Kemam Sebentar dan Telan. (1 titis seperti di gambar)

Di Malaysia Negara tropika adalah sebaliknya, ramai di antara kita ingin kelihatan lebih cerah, lebih putih seperti artis K-POP. Krim kosmetik bertoksik yang mengandungi hydroquinone atau mercury untuk mencerahkan kulit sangat laris satu ketika dahulu sehingga terdapat kes di mana muka pembeli menjadi melecur dengan teruk baharulah di war-warkan mengenai betapa bahayanya produk-produk tersebut. Sehingga kini masih terdapat produk yang bertoksik kerana permintaan untuk kelihatan lebih putih tidak pernah ada penghujungnya. Produk pengelupasan kulit akan memusnahkan lapisan epidermis atau lapisan atas kulit yang bertindak sebagai ;

  • Lapisan kalis air
  • Penapis sinaran UV

Wanita Berkarier, Stress Dan Jeragat

Saban hari wanita-wanita moden yang berkarier akan mengalami depresi dan stress yang teruk. Bebanan tugasan di tempat kerja, karenah bos-bos dan masalah di rumah yang memeningkan kepala akan menjadikan wanita-wanita yang bekerja di organisasi awam atau swasta akan menjadi pemarah dan baran. Mereka akan menjadi lebih skeptikal terhadap pelbagai perkara dan menjadi lebih cerewet berbanding sebelumnya. Tanpa disedari hormon cortisol (hormon akibat stress) telah meningkat dan jeragat pun semakin menebal.

Jeragat yang terjadi dimuka tidak akan menjadikan seseorang itu merasa gatal, pedih atau bernanah seperti yang di alami oleh pesakit yang mempunyai jerawat. Jeragat dan jerawat adalah berbeza tetapi persamaan di antara kedua-dua penyakit ini ialah terjadi di muka, amat jarang jeragat dan jerawat terjadi di bahagian tubuh.

Pakar kulit perubatan moden mengklasifikasikan jeragat sebagai masalah kosmetik. Masalah kosmetik bermaksud masalah yang memerlukan rawatan membenam, membuang dan menghakis segala yang tumbuh di muka. Perubatan moden tidak mempunyai ubat-ubat untuk menghapus jeragat kecuali ubat-ubat yang mengandungi inhibitor yang akan supresi (menahan) proses semulajadi tubuh untuk menghalang lebihan melanin yang terhasil di melanocytes.

Stress atau tekanan perasaan sering melanda pesakit yang terjadi jeragat di wajahnya. Stress akan bertambah berlipat kali ganda sekiranya pesakit itu akan berhadapan dengan orang ramai setiap hari seperti pekerja di kaunter, pegawai pemasaran, cikgu, pensyarah dan lain-lain.

Jika tersilap pilih kosmetik akibatnya sangat teruk dan memudaratkan

Tanpa disedari tubuh kita akan mengalami “wear and tear“, seperti alat mekanikal yang akan mengalami masalah setelah digunakan secara rutin setiap hari. Sebagai contoh alat mekanikal seperti kereta yang berumur lebih 5 tahun yang akan mula merosot prestasinya. Perlu diserbis, ditukar alat ganti dan diberi penjagaan enjin yang lebih rapi berbanding kereta yang baru.

Begitu juga manusia apabila umurnya semakin meningkat, terutama kepada wanita yang berkahwin dan telah  melahirkan anak sehingga mengakibatkan banyak saraf-saraf mengalami kerosakkan, mengambil ubat-ubatan seperti pil-pil kawalan kehamilan, penggunaan bahan-bahan kosmetik dan bekerjaya serta sering mengalami stress secara rutin.

Puan Anne (bukan nama sebenar), sebagai contoh yang telah hampir berputus asa untuk merawat jeragat yang semakin menebal di wajahnya. Puan Anne telah “terjumpa” set AAD dan AADF apabila membuat carian di internet, merasa sedikit kenyakinan dengan artikel yang dibaca, Puan Anne telah menjawab seperti di bawah;

  1. Jeragat kelihatan sedikit demi sedikit dan semakin menebal selepas 1 tahun.
  2. Berumur 45 tahun
  3. Berkahwin, telah melahirkan anak seramai 5 orang
  4. Mengambil pil perancang dan telah berhenti sejak 1 tahun lepas.
  5. Pernah melahirkan anak pertama dengan kaedah cesarean.
  6. Mengguna produk pengelupasan
  7. Period tidak teratur dan mood selalu berubah (mood swing)
  8. Tidak menghadapi masalah sembelit

Sejak 1 tahun lepas jeragat sudah mula kelihatan di kedua-dua pipi, atas hidung dan bibir. Pada permulaannya jeragat agak pudar tetapi semakin jelas sehingga bedak “BB” pun sudah tidak mampu menutup jeragat dimuka.

Puan Anne tidak memerlukan krim atau sabun tetapi dia memerlukan suplemen yang boleh membantu kecelaruan hormon, tekanan di rumah dan di tempat kerja dan merawat saraf-saraf yang semakin merosot fungsinya.

Arnica 30, Ashwagandha Q, Damiana Q dan Fragaria adalah remedi yang sangat hebat untuk saraf-saraf, mengawal tekanan perasaan dan kecelaruan hormon yang terjadi apabila umur semakin meningkat.

AADF Menjadi Penyelamat

Setelah mencuba pelbagai krim, sabun dan pelbagai kolagen, sepatutnya  jeragat akan hilang atau pudar, tetapi sebalik jeragat semakin menjadi-jadi. Puas mencari solusi akhirnya Puan Anne (bukan nama sebenar) telah mencuba set AAD dan seterusnya set AADF.

Bulan pertama – kesan-kesan jeragat di muka, hidung dan pipi sudah berkurangan lebih 60%, sewaktu kitaran haid kesakitan senggugut berkelurangan dari sebelum ini.

Bulan kedua – Kesan-kesan jeragat sudah mula berkurangan lebih 80%. Terasa tubuh semakin ringan dan lebih bertenaga malah suami komen tubuh semakin gebu.

Bulan ketigaKesan-kesan jeragat berkurangan hampir 95%, tubuh merasa lebih bertenaga, emosi semakin tenang  dan kitaran haid mula teratur. Kulit muka semakin cerah dan gebu selepas mengambil Fragaria vesca 30.

Testimoni Puan Anne

Homeopathy Bukan Ubat Tetapi Suplemen 100% Dari Bahan Semulajadi

Homeopathy bukan ubat dan bukan bahan kosmetik, tetapi adalah bahan yang terdiri dari bahan-bahan yang amat selamat. terdapat sesetengah pihak mengatakan remedi homeopathy hanya air kosong atau tablet manis yang sedap tetapi tidak ada kesan ubat langsung. Mereka tidak dapat mengesan bahan-bahan yang mereka boleh buktikan sebagai ubat. Mereka telah mengkaji di dalam makmal walaubagaimana pun mereka hanya mendapat keputusan ND (not detected atau tidak dapat dikesan).

Admin tidak menyalahkan mereka 100% kerana mereka tidak mengkaji homeopathy secara ilmiah tetapi mereka hanya mengkaji untuk mencari keburukkan semata-mata. Sekiranya ingin merawat, setiap perawat sebaik-baiknya akan menerima sesuatu yang mampu memulihkan pesakit. Terdapat ramai doktor-doktor konvensional yang berfikiran terbuka dan positif telah mengabungkan remedi homeopathy bersama-sama ubat-ubat konvensional mereka dan hasilnya sangat menakjubkan. Remedi homeopathy adalah selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubat klinik dan hospital.

Begitu juga pengamal homeopathy tidak seharusnya hanya homeopathy semata-mata, pengamal homeopathy juga tidak seharusnya mengabaikan nasihat doktor bertauliah. Doktor bertauliah diberi lesen untuk mendiagnos pesakit dan dari nasihat doktor bertauliah para pengamal homeopathy boleh memberi tambahan suplemen remedi homeopathy untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Begitu juga artikel ini bukanlah bersifat mendiagnos pesakit, ia hanya suplemen yang telah berjaya memberi kesan yang sangat diharap pesakit jeragat iaitu jeragatnya hilang dan selamat tanpa kesan sampingan. Cadangan suplemen remedi homeopathy ialah hasil dari diagnos doktor bertauliah yang admin ambil dari pesakit dan cadangkan set-set jeragat yang sesuai, hasilnya amat menakjubkan.

Sekiranya berminat untuk membuat pesanan sila Whatsapp ke 019-257 0023 untuk mendapat harga promosi sempena nak puasa ni. Whatsapp dengan kod AADF dan insya Allah admin akan jawab dengan seberapa pantas yang boleh.

Advertisements

Set Jeragat Homeopathy Mahal Ke?

Posted on

Set SMF hanya 1 Botol Fragaria
Set SMF hanya 1 Botol Fragaria

Set SMF Selamatkan Ribuan Ringgit

Jika dilihat kepada harga set SMF, SMFF dan lain-lain set jeragat, ada yang mengatakan sangat mahal tetapi ada yang sebaliknya mengatakan ianya sangat murah berbanding harga dan tempoh penggunaannya. Sebagai contoh set SMF boleh digunakan hampir 1 bulan 1/2 dan set SMFF untuk kegunaan lebih 2 bulan. Jika dicongak-congak hanya sekitar RM70-80 sebulan kos untuk satu set.

Berbanding kos rawatan seperti laser, pengelupasan kulit dan lain-lain. Paling penting selain dari kos yang “mampu beli”, set jeragat homeopathy adalah sangat selamat dan bebas dari bahan-bahan kimia yang merbahaya.

Bagaimana Remedi Homeopathy Dapat Menceriakan Anda?

Jeragat walaupun kadang-kadang  tidak gatal (ada yang gatal-gatal) dan sakit, tetapi mampu menjadikan seorang individu itu menjadi “down” tidak bersemangat dan hilang kenyakinan diri.

Satu ketika dulu Puan Z (minta di rahsiakan namanya) seorang yang cantik, kulit flawless dan “hot” di kalangan kawan-kawannya. Pemilik saloon kecantikkan yang setiap hari akan berjumpa dengan orang ramai untuk kecantikkan.

Kini umurnya sudah meningkat ke 45 tahun, secara beransur-ansur kesan-kesan seakan-akan coklat kehitaman mula timbul di pipi kiri dan kanan, sedikit di atas bibir dan hidung. Semakin lama kesan-kesan pigmentasi tersebut mula terang dan jelas.

Menambahkan lagi tekanan yang sedia ada si  suami dan kawan-kawan pun mula menegur mengenai kesan coklat kehitaman yang semakin menjadi-jadi. Paling memeningkan kepala Puan Z ialah nasihat “para pakar” tidak bertauliah untuk mengguna produk itu dan dan ini , sehinggalah ada yang mencadangkan rawatan laser atau chemical bleaching untuk menghapus jeragat dimuka.

Puan Z yang mempunyai saloon kecantikkan telah mencuba pelbagai krim, serum dan malah mengguna mesin-mesin yang seringkali digunakan untuk pelanggannya di saloon beliau. Malangnya kulit luaran terasa gebu tetapi kesan jeragat masih ada.

Wayan_testi_jeragat5

Keharmonian Rumah Tangga Pun Goyah Akibat Jeragat

Kecewa, rasa rendah diri dan hilang minat untuk berkerja telah menguasai diri Puan Z. Kini Puan Z tidak lagi berurusan dengan para pelanggannya , hanya kakitangan Puan Z sahaja yang menguruskan saloon tersebut.

Semuanya kelihatan sangat tidak memihak kepada Puan Z. Suami Puan Z pun mula risau melihat perubahan Puan Z yang agak murung, hilang mood dan asyik termenung sahaja.

Kerana risaukan  Puan Z, suaminya berikhtiar dan mula google di internet mengenai pilihan rawatan jeragat.

Di internet ada menawarkan rawatan laser, produk pengelupasan kulit, sabun kolagen dan juga rawatan homeopathy. Suami Puan Z lebih berminat dengan rawatan laser dan pengelupasan kulit yang menjanjikan kesan sepantas 7 hari.

Apabila terpandang kosnya bermula dari RM500-800 setiap kali rawatan dan perlu untuk sekurang-kuranga 5-10 sessi rawatan. Rawatan susulan dan produk-produk rawatan seperti krim selepas rawatan juga agak mahal dan terpaksa dipakai boleh dikatakan untuk sepanjang hayat. Suami Puan Z menarik nafas panjang dan mula mencongak-congak duit simpanannya.

Suami Puan Z google lagi dan terjumpa rawatan pengelupasan yang agak murah kosnya tetapi suami Puan Z terbaca pula kesan sampingan yang menakutkan selepas rawatan laser atau pengelupasan. Serba salah dan risau suami Puan Z.

Hubungan suami isteri pun semakin dingin kerana masalah jeragat kerana Puan Z seolah-olah mengalami kemurungan. Suami Puan Z sendiri pun rasa tertekan dengan keadaan Puan Z. Mana tidak jika dulu Puan Z ceria dan suka berjenaka tetapi kini sudah tidak seperti dulu. Jika dulu Puan Z amat gemar memasak tetapi kini dia lebih rela memesan makanan segera sahaja. Akibat jeragat hubungan suami isteri mula renggang tetapi suami Puan Z tidak putus asa..

Suami Puan Z terus klik rawatan homeopathy di internet untuk jeragat. Beliau tertarik dengan set jeragat yang mendapat komen yang agak memberangsangkan di kolum komen laman tersebut.

Mana Satu Pilihan Hati?

Suami Puan Z was-was juga kerana sebelum ini tidak ada ubat untuk dimakan atau diminum untuk merawat jeragat. Bagaimana ubat makan atau minum boleh merawat jeragat sedangkan isterinya mengambil kolagen yang diminumnya setiap hari pun tidak mampu menghapus jeragatnya.

Setelah membaca dan mendapat info, suami Puan Z berminat untuk mencuba set SMF dan SMFF. Walaupun agak was-was tetapi memandangkan remedy homeopathy adalah suplemen dan tidak ada bahan ubat seperti bahan kimia terkawal atau dadah maka suami Puan Z pun membuat pesanan di online.

Set SMF dan SMFF hanya berbeza pada kuantiti dan harga. Set ini mengandungi Sepia 200, Melasma Free dan remedy minum Fragaria vesca 30. ( set SMF mempunyai 1 botol Fragaria sementara SMFF 2 botol Fragaria).

Satu set SMF Sepia 200 dan Melasma Free adalah didalam bentuk tablet manis untuk dihisap. Sepia 200 dan Melasma Free akan diambil secara berselang seli hari dan boleh bertahan lebih kurang untuk 2 bulan. Sementara Fragaria vesca di minum setiap hari 2-3 kali sehari. 15 titis dicampur dengan 1-2 sudu besar air mineral dikemam selama 30 saat dan ditelan. Sebotol Fragaria dianggarkan boleh bertahan untuk sebulan.

Testimoni 4
Testimoni 4

Bagi set SMFF kesemua remedy dianggarkan boleh bertahan untuk lebih kurang 2 bulan. Oleh itu set SMFF sangat digemari ramai kerana lebih jimat.

Set ini juga mempunyai pilihan untuk mengguna sabun Merrygold atau Carmino Complexion Soap (CCS) dan Krim Carmino Complexion Cream (CCS).

Suami Puan Z memilih sabun Merrygold untuk diguna oleh Puan Z.

Selepas 2 hari pesanan pun tiba, suami Puan Z buat surprise pada Puan Z. Puan Z agak terkejut kerana dia juga terbaca di internet tetapi was-was risau hanya gimik semata-mata tetapi disebabkan suami bersusah payah membeli Puan Z pun mencuba.

Walaupun penjual itu kata kesannya akan ternampak selepas 30-90 hari, tetapi terdapat juga testimony yang mengatakan mereka mendapat kesan seawal 7-14 hari.

Bagaimana Kesannya Yang Puan Z Alami?

Homeopathy adalah berbeza dengan kaedah rawatan yang berkonsepkan konventional (moden) atau tradisional. Walaupun 95% remedy homeopathy adalah dari tumbuhan, bunga-bungaan, dedaun dan akar tetapi konsepnya amat berbeza dengan kaedah perubatan tradisional yang mengguna bahan natural.

Homeopathy disediakan dengan dos yang amat kecil atau mikro atau kadang dalam bentuk nano iaitu lebih kecil dari mikro. Jika diuji di makmal tidak mungkin akan dapat mengesan bahan asal remedy tersebut. Disebabkan konsep ini terdapat komen yang mengatakan homeopathy hanya temberang semata-mata.

Jika temberang kenapa Puan Z mendapat kesan pemudaran kesan jeragatnya selepas 15 hari?. Begitu juga ratusan pembeli yang membuat pesanan semula (repeat order) set-set homeopathy untuk jeragat.

Alangkah gembiranya suami Puan Z apabila kesan comot dimuka isterinya mula pudar selepas 15 hari. Terasa amat berbaloi dengan harga yang dibeli berbanding dengan rawatan laser dan pengelupasan.

Puan Z sendiri sudah mula kembali ceria dan mula kembali ke saloon untuk bertemu pelanggannya. Puan Z amat berterima kasih kepada suaminya kerana membeli set jeragat homeopathy yang selamat, lembut dan boleh dipercayai.

Terasa sangat bersyukur kerana kosnya tidak sampai beribu sedangkan salah seorang pelangganya yang mendapat rawatan laser merasa sangat kesal selepas itu.

Pelanggan Puan Z datang bertemu Puan Z untuk melakukan rawatan muka kerana mukanya menjadi semakin teruk selepas membuat rawatan laser. Mukanya hanya bertahan lebih kurang 2-3 hari sahaja kelihatan bersih dan gebu, tetapi selepas itu mukanya menjadi semakin teruk berbanding sebelumnya, malah pelanggannya mengatakan sewaktu rawatan laser ianya agak menyakitkan.

Puan Z terus mencadangkan untuk pelanggan beliau menghubungi penjual produk set jeragat homeopathy tadi untuk mencadangkan set yang sesuai untuk pelanggannya. Walaupun agak sukar untuk merawat kesan yang diakibatkan laser, remedy homeopathy mampu membina semula sel-sel kulit yang telah mati dan kesan melanin yang berlebihan akibat kesan UVA yang mula menembusi lapisan kulit yang terhakis akibat sinaran laser.

Puan Z terus bersyukur kerana selain menjimatkan kos yang mungkin ribuan ringgit, beliau juga amat bersyukur kerana tidak mengalami kesan yang agak teruk seperti pelanggannya. Seterusnya nanti akan dibincangkan mengenai set yang sesuai jika sudah melakukan rawatan laser.

e-commerce-sell2u-logo

Sekiranya ingin memesan produk dengan harga promosi sila ke SELL2U.MY. Anda boleh juga whatsapp ke 0192570023