set jeragat paling berkesan

Tips Hapuskan Jeragat Guna Lemon dan Madu

Posted on

Tips Hilangkan Jeragat Mengguna Lemon dan Madu

Anda perlukan

  • 1 biji lemon
  • 2 sudu madu asli

Persediaan

Potong lemon nipis-nipis dan campur dengan madu

Waktu Rawatan

15 minit

Kaedah

  • Perah lemon dan kumpul jusnya
  • Campurkan jus lemon bersama-sama madu dan sebatikan
  • Sapu campuran ini ke kawasan yang terjadi jeragat
  • Tunggu selama 15 minit
  • Cuci muka dengan air suam

Kekerapan

2 kali sehari sehingga ternampak kesannya

Mengapa Lemon Boleh Membantu

Jus lemon adalah agen pengelupasan semulajadi dan madu akan bertindak sebagai pelembab. Bahan-bahan ini akan bertindak memudarkan jeragat. Lemon amat kaya dengan sumber vitamin C, dan juga mengandungi bahan antioxidant yang sangat hebat untuk menjadi pelindung kulit dari sinaran UV yang akan merosakkan kulit.

sekiranya ingin mendapat kesan yang lebih bagus pengambilan SET JERAGAT HOMEOPATHY seperti #SetJeragatSMFtablet SMF Tablet ( Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria)  atau #SetJeragatSMFdrop SMF Drop akan mempercepatkan proses menghilangkan kesemua jeragat. Sekiranya anda berumur lebih 45 tahun #SetJeragatADF ADF (Ashwagandha, Damiana dan Fragaria) atau #SetJeragatAADF AADF (Aswagandha, Arnica, Damiana dan Fragaria)  sangat-sangat membantu kerana ia mempunyai remedi untuk menstabilkan H0RM0N.

Sekiranya anda mengalami SEMBELIT yang kronik, untuk mempercepatkan proses menghapus jeragat anda perlu DETOX dan CUCI USUS. SSQ-3 Natural Detox Formula adalah pilihan yang terbaik untuk detox dan cuci usus.

Usus Tidak Sihat Penyebab Utama Masalah Kulit

Sering kali masalah kulit seperti;

  • Jeragat
  • Jerawat
  • Bisul
  • Ruam
  • Kulit kelihatan kusam
  • Eczema
  • Psoriasis
  • Kulit bersisik

Adalah berkaitan kesihatan usus yang tidak sihat. Simptom seperti;

  • Sembelit
  • Kembung perut
  • Kerap sendawa
  • Panas ulu hati
  • Sakit kepala atau migraine
  • Resdung
  • Cepat letih
  • Susah tidur malam (insomnia)

Inginkan dapat harga promosi diskaun sebanyak 15%?  Whatsapp ke 019-257 00 23 atau klik link ini untuk laman web kami SELL2u.MY

Advertisements

Jeragat dan Wet Dose, Adakah Berkesan?

Posted on Updated on

Wet Dose Rawat Pelbagai Penyakit, Termasuk Demam Denggi dan Jeragat

SET HAPUS JERAGAT SMF DROP
SET HAPUS JERAGAT SMF DROP

Berpuluh tahun sudah tertanam di dalam otak pengguna, sekiranya ubat homeopathy mesti pil manis yang bulat-bulat berwarna putih. Semenjak diperkenal wet dose ramai yang was-was, ok ke teknik ni? Berkesan ke? dan macam-macam soalan yang kerap keluar di mesej whatsapp sampai penat menjawab.

Saya sendiri pun was-was pada permulaan diperkenalkan oleh pensyarah saya Encik Zainul Azmi B Ahmad, kini adalah Presiden, Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia. Beliau memperkenalkan teknik wet dose untuk merawat demam denggi mengguna remedi bernama Eupatorium 200. Kebetulan selepas pulang dari kelas CPD Homeopathy di Segamat, Johor. Jiran sebelah rumah saya disyaki demam denggi dengan simptom pening kepala yang melampau, sakit-sakit sendi, demam panas yang tinggi dan muntah-muntah.

Jiran saya telah ke hospital kerajaan dan menunggu lebih kurang 4 jam sebelum diperiksa oleh doktor dan disuruh pulang kerumah. Doktor berpesan jika mengalami pendarahan barulah dikehendaki datang segera ke hospital. Pihak hospital tidak dapat memberi katil di wad kerana wad telah penuh dengan pesakit. Malangnya sewaktu menunggu di hospital yang ramai adalah muka-muka seperti pendatang bukannya rakyat tempatan memenuhi ruang menunggu di hospital kerajaan. Jiran saya dengan marah menuduh hospital kerajaan lebih utamakan pendatang dari rakyatnya sendiri… itu saya tak berani nak campur…

Teruja dengan ilmu yang baharu sahaja dipelajari, saya pun menyediakan wet dose Eupatorium 200 di dalam 1 botol air mineral 500ml. Saya menyerahkan remedi wet dose tersebut pada sebelah pagi pada pukul 8 pagi. Esoknya pada jam 11 pagi saya terlihat jiran saya di depan pintu rumahnya, duduk termenung dan mungkin masih demam.

benefits-of-papaya-leaf

Tips : Selain remedi Eupatorium 200 di dalam wet dose, jus daun betik adalah remedi yang sangat-sangat membantu untuk mempercepatkan proses menstabilkan semula platelet darah sewaktu serangan demam denggi. Cara penyediaannya ambil daun betik yang tidak tua dan tidak muda, iaitu daun yang berada di tengah-tengah pokok tersebut. Raup daun sahaja dan buang urat-urat daun, lepas tu blender dengan sedikit air dan perah jusnya dengan penapis. Lagi pekat lagi bagus. Boleh dicampurkan dengan madu untuk menghilangkan rasa pahit daun tersebut. Dose ambil 1 sudu besar 1-2x dan sekiranya demam telah reda berhenti dari mengambilnya.

Rupanya dia telah rasa agak sihat, sakit atau pening kepala semakin berkurangan walaupun masih terasa sakitnya. Beliau “lepak” depan pintu disebabkan ingin ambil angin kerana tak larat nak berbaring dari semalam katanya. Saya pun korek-korek rahsia sama ada dia mengambil lain-lain ubat, dan agak terkejut apabila dia maklumkan dia hanya meminum wet dose tu sikit demi sikit sehingga habis dari pagi sehingga tengah malam dan terus tertidur.

Cara-cara menyediakan wet dose
Cara-cara menyediakan wet dose

Bila terbangun pada sebelah paginya beliau terasa agak sihat dan dia sendiri tidak sedar bahawa wet dose Eupatorium tersebut adalah penawar yang meredakan simptom dengginya. Adakah kebetulan sahaja? Saya pun menghubungi pensyarah saya untuk menceritakan pengalaman yang baru saya lalui dan beliau juga memaklumkan bahawa beliau sendiri pun telah berjaya merawat agak ramai pesakit yang disyaki denggi di kawasan rumah beliau. Kesimpulannya wet dose berjaya merawat walaupun nampak mustahil (sekiranya anda disyaki mengalami demam denggi jangan abaikan nasihat doktor bertauliah).

Terbaru remedi untuk merawat jeragat, seperti Sepia 200, Melasma Free, Fragaria dan Arnica juga dicadangkan untuk mengguna kaedah wet dose. Hasilnya ramai yang memberi maklum balas hasilnya agak mengujakan dengan kesan yang agak pantas untuk memudarkan jeragat. Walaupun kesannya berbeza di antara setiap individu, kesan paling pantas pernah diberi oleh pembeli ialah selepas 2 minggu mengguna set jeragat dengan kaedah wet dose.

Perubahan yang terjadi selepas 2-4 minggu. Setiap individu adalah berbeza untuk mendapat perubahan seperti testimoni ini hanya mengambil masa 2 minggu
Perubahan yang terjadi selepas 2-4 minggu. Setiap individu adalah berbeza untuk mendapat perubahan seperti testimoni ini hanya mengambil masa 9 hari.

Sebagai contoh sekiranya Arnica 30 atau Fragaria Vesca 30, hanya 5-10 titis dicampur kedalam air mineral yang saiznya 500ml dan dibuang sedikit lebih kurang 1 inci untuk memberi ruang sewaktu campuran dibuat. Selepas itu di “succuss” atau dihentak ke tapak tangan sebanyak 5-6 kali dengan kuat sehingga ternampak buih-buih terjadi. Bayangkan hanya 5-10 titis remedi di dalam air sebanyak  480ml, secara amnya sudah semesti kesan remedi tersebut sudah hilang sama sekali tetapi sebaliknya ini adalah kehebatan konsep wet dose homeopathy yang akan bertindak dengan lebih efisien sekiranya dosnya menjadi lebih kecil.

Wet dose di dalam botol air mineral
Wet dose di dalam botol air mineral

Set jeragat yang paling efisien dan telah mendapat feedback yang sangat-sangat positif ialah Set SMF sama ada yang tablet manis atau cecair. Set SMF atau SMF Drop (semua cecair) telah berjaya membantu wanita-wanita berjeragat kembali tersenyum riang.

 

Set Jeragat Paling Berkesan Terbaru

Posted on

set-bcj-01

 

Biochemic dan Fragaria Vesca Untuk Jeragat

Kombinasi Untuk Mengatasi Pelbagai Masalah Punca Jeragat

Ramai yang berpendapat remedi kombinasi  lebih bagus dan ada yang berpendapat remedi tunggal (single remedy) diambil secara kombo adalah lebih baik. Terpulang kepada pengalaman masing-masing yang pernah mengamalkan remedi homeopathy. Fakta sebenarnya kedua-dua kaedah terdapat kelebihan masing-masing dan amat selamat dari kesan yang memudaratkan. Remedi homeopathy biochemic bukan ubat tetapi suplemen yang sangat lembut, mengguna dos yang sangat-sangat kecil serta hamper sifar kesan sampingan.

Remedi Kombinasi  boleh di dapati di dalam bentuk satu botol (dua atau lebih remedi dicampurkan di dalam satu botol) seperti Melasma Free atau secara berasingan iaitu satu remedi di dalam satu botol, jika ada tiga remedi ini bermakna akan terdapat tiga botol yang berasingan.

Walaubagaimana pun kombinasi yang di ambil secara berasingan (di panggil “single remedy”)  akan  lebih memberi impak, terutama kepada penyakit kronik (penyakit yang lama). Jeragat dianggap kronik kerana biasanya penderita jeragat akan mengalaminya selama bertahun-tahun.

Secara teorinya, jika diambil secara berasingan, dos yang diambil akan terdapat 100% khasiat remedi yang dikehendaki berbanding kombinasi di dalam satu botol yang berkemungkinan tidak akan mendapat khasiat salah satu remedi tersebut dengan dos yang secukupnya.

Sebagai contoh kombinasi tiga (3) remedi untuk mengatasi masalah jeragat akan diambil cara begini;

  1. Calc Sulph (#3) – 1 biji
  2. Kali Sulph (#7) – 1 biji
  3. Nat Sulph (#11) – 1 biji

Ini bermakna 3 biji sekali kemam/hisap 2-3 kali sehari sebelum makan. Ini bermakna setiap 1 biji yang dikemam itu mengandungi 100% Kali Sulph, Ferrum Phos dan Kali Phos.

Itu hanya teori, jika secara amalinya kedua-dua kaedah telah terbukti sangat berkesan, hanya jika anda seorang yang mementingkan ketepatan dos sesuatu remedi, maka anda mesti memilih konsep kombinasi “single remedy”.

Kedua-dua kaedah mampu untuk memberi kesan yang sangat hebat, sebagai contoh Melasma Free adalah remedi kombinasi biochemic yang sangat hebat. Sekian lama Melasma Free mendapat testimoni dan maklum balas mengatakan kesannya agak pantas. Begitu juga Sepia 200 yang berkonsepkan “single remedy”.

Kelebihan Biochemic

Biochemic sangat berkesan untuk jeragat kerana ia adalah garam tisu yang sudah terdapat di dalam tubuh kita, tetapi mengalami kekurangan akibat dari pelbagai sebab seperti pengambilan makanan yang tidak seimbang, seperti tidak mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, makanan yang mengandungi kalsium, zat besi, phosphate dan magnesium.

Setiap permulaan sesuatu penyakit, kesan awal akan kelihatan di muka, seperti jeragat, atau kelihatan kering, atau terlalu berminyak, berjerawat dan lain-lain lagi.  Secara amnya terdapat 12 jenis remedi utama dan 15 remedi pecahan kepada 12 remedi utama. Setiap satu remedi ini sebenarnya ada fungsi untuk setiap masalah di kulit terutama di muka.

Untuk masalah jeragat yang melibatkan hormon, sistem tubuh yang melemah antibodinya dan kecelaruan sistem reproduktif akibat kehamilan, permulaan & selepas menopause terdapat beberapa remedi yang sangat-sangat membantu seperti;

  1. Calc Sulph (#3)
  2. Kali Sulph (#7)
  3. Nat Sulph (#11)
  4. Kali Phos (#6)
  5. Calc Flour (#1)

Kombinasi Terbaik Biochemic Bersama-Sama Fragaria Vesca

 

Dicadangkan dua atau tiga remedi diambil bersama-sama dengan Fragaria Vesca. Berikut ialah remedi-remedi yang dicadangkan;

  1. Calc Sulph (#3) – Untuk penghadaman dan sokongan kepada hati (membantu hati untuk lebih cekap membuang toksin) Calc Sulph mewakili tisu-tisu penyambung, mucous membrans dan kulit. Ia membantu membersih pengumpulan bahan-bahan tidak berguna, yang akan berada si sekeliling tisu secara diam (dormant) atau secara perlahan-lahan akan mereput atau merosakkan tisu-tisu.
  2. Kali Sulph (#7)Spesifik untuk tanda jeragat kecoklatan di wajah (jeragat) dan sokongan kepada hati
  3. Fragaria Vesca – Spesifik untuk memberi sokongan kepada hati dan buah pinggang.

Terdapat di dalam 2 set;

  • Set BJC-01 – Berharga RM95

set-bcj-01

  • Set BJC-02 – Termasuk Krim Carmino Complexion (CCC) dan sabun Carmino Complexion (CCS) – Berharga RM150

set BJC-02-400

Cara mengambil;

Kombinasi tiga (3) remedi untuk mengatasi masalah jeragat akan diambil cara begini;

  1. Calc Sulph (#3) – 1 biji
  2. Kali Sulph (#7) – 1 biji

2 biji sekali ambil dikemam sewaktu perut kosong 3-4 kali sehari.

  1. Fragaria Vesca 30 – 10-15 titis

Campur 10-15 titis bersama-sama 1 sudu besar air mineral, dikemam selama 1 minit dan kemudian ditelan 3 kali sehari sewaktu perut kosong.

Atau gabungan;

  1. Melasma Free
  2. Fragaria Vesca

Kali Phos dan Calc Flour dua remedi tambahan yang boleh diambil untuk menambah baik sistem tubuh kerana kedua-dua remedi ini mempunyai khasiat yang tidak kurang hebatnya;

  1. Calc Flour (#1) – Digelar sebagai remedi “awet muda” kerana mampu menghalang proses kedutan di wajah dan otot-otot. Calc Flour sangat penting untuk tisu-tisu penyambung (connective tissues), di mana Calc Flour membantu di dalam semua kes tisu yang semakin lemah, atau akibat latihan sukan yang berat. Membantu urat yang meyambung ke tulang (tendon), ligament dan sendi-sendi ditubuh. Sangat berkesan untuk menghilangkan kesan lingkaran mata hitam.
  2. Kali Phos (#6) – untuk otak, saraf-saraf dan saluran darah.
  3. Nat Sulph (#11) – Spesifik memberi sokongan kepada hati

 

Hati dan buah pinggang merupakan organ yang penting, kegagalan hati dan buah pinggang untuk membuang toksin akan mengakibatkan toksin yang tertinggal akan mencari jalan keluar. Kulit muka adalah kawasan yang paling mudah untuk ditembusi oleh toksin dan hasilnya jeragat akan terjadi. Selain hormon yang sering menjadi punca jeragat, toksin memainkan peranan terbesar di dalam proses terjadinya jeragat dan toksin merupakan penyebab utama kepada pelbagai masalah penyakit.