set smf

Krim Ajaib Buat Muka Kejab Lawa Kejab Huduh

Posted on

SMF Pellet Boleh Digabungkan Dengan SSQ-3 Pencuci Usus.

Krim  Jeragat Ajaib

 

Seorang pembeli yang mukanya berjeragat hitam kecoklatan paling ketara di pipi, dahi dan dibawah dagunya. Sebelum ini flawless aje kulitnya, sejak teruja dengan iklan satu produk krim yang dikatakan sangat pantas kesannya. Lagi teruja kawan kita tu bila gambar before and after pengguna yang dah try sebelum ni. Muka testimoni tu semuanya ala-ala artis Siam yang putih kemerahan membuatkan kawan kita terus whatsapp dan order.

 

Memang ajaib, terkesima semua kawan opisnya selepas 2 hari dia guna. Mana tidak terkesima muka kawan kita tu dah 2 kali ganda flawlessnya. Sekali iras dah macam Che ta. Maka dia pun menggelarkan krim ajaib, seterusnya berlumba-lumba kawan seopis membuat order. Dalam masa beberapa hari timbullah Che Ta, Nora Danish, Neelofa dan Mira Filzah di opis tersebut.

 

Cerita terus tersebarlah ke opis sebelah, dan seterusnya ke seluruh opis di seluruh negara. Tidak ketinggalan kakak-kakak, makcik-makcik termasuklah makcik bawang pun mencubanya. Penjual produk krim tersebut dalam beberapa bulan dah jadi jutawan, dan mula buat live di fb menayang duit di depan kamera melantik agen dan dropship. Keajaiban produk ini menjadi bualan hangat dikalangan pengemar kulit putih ala-ala KPOP.

 

Beberapa bulan berikutnya, banyak pula whatsapp masuk bertanya mengenai produk set jeragat Biochemic. Ramai yang share tunjuk muka mereka yang comot bertompok-tompok. Macam biasala kena interview dulu, umur berapa?, pernah guna produk pengelupasan tak?, kerap berjemur tak?, ambil pil perancang tak?. Jawapan paling popular PERNAH GUNA KRIM PENGELUPASAN dan sangat menyesal kerana telah mengguna produk tersebut. Memang ajaib sekejab lawa sekejab huduh.

 

Hampir lebih setahun selepas krim ajaib terjual, maka Kementerian Kesihatan (KKM) mengistiharkan 5 produk krim telah diharamkan kerana mengguna bahan terlarang seperti mercury dan hydroquinone. Masya Allah patutlah ajaib mereka mengguna formula ajaib yang mampu mencairkan kulit dan menghakis kulit. Bukan setakat jeragat yang hilang dengan kulit-kulit lapisan atas untuk tapis sinaran UV pun hilang!.

 

Maka berharaplah mereka Set Jeragat Biochemic dapat melakukan keajaiaban seperti krim tadi dalam masa 2 hari mereka akan kembali pulih. Mohon ampun maaf beribu ampun Set Jeragat Biochemic memang ajaib tetapi ajaibnya tidaklah sepantas produk yang mengguna bahan bertoksik.

 

Dalam kes seperti ini set SMF Pellet paling kerap membantu mereka, paling cepat jeragat boleh pudar di dalam 10 hari.. dan mereka yang telah mengguna set SMF Pellet menggelar “obat jeragat ajaib”. Mereka pun berlumba-lumba memesan dan kesan yang ditunjukkan tidak sama di antara satu sama lain  ada yang ok selepas 10 hari, ada yang selepas 30 hari dan ada yang mengambil masa yang lama. Macam kereta yang rosaklah bukan semua rosak yang sama kan , ada yang rosak sikit, ada yang rosak banyak dan ada yang perlu dioverhaul…

 

Ramai di antara wanita yang berjeragat mengalami sembelit, susah nak buang air. Dalam masa 1 minggu hanya 1-2 kali sahaja dapat membuang, terpaksa minum ubat pelembut najis dan macam-macam suplemen. Usus menjadi tidak sihat, usus kotor dengan kesan-kesan makanan yang terlekat didinding usus. Bila Usus kotor toksin akan bertambah dan akan bertumpu ke hati (liver), ini akan mengakibatkan hati bekerja keras untuk membuang toksin. Mana laratkan kerja sorang diri dah tu bertimbun toksin, jadi ada yang tak dapat dibuang oleh hati dan timbul ke muka menjadi jeragat.

 

Sangat-sangat disarankan untuk mengambil SSQ-3 Natural Detox & Fat Burner untuk mencuci usus, selain dari mencuci usus SSQ-3 boleh membantu membakar lemak, mengempiskan perut dan menurunkan berat badan.

Advertisements

Sepia 200 Dan Melasma Free Remedi Utama Untuk Semua Set Jeragat

Posted on

Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi utama yang terdapat didalam semua set jeragat M3, M4, SMF, 5SMF, SMFF dan SMAFMAR. Ini ialah kerana keberkesanan Sepia sebagai “women remedy” dan Melasma Free berkonsep BIOCHEMIC atau Garam Tisu mineral yang sangat-sangat berkesan untuk memulihkan jeragat yang mencomotkan wajah anda.

Sepia Untuk  Masalah Hormon Wanita

Melasma (Choloasma)

Hormon dan wanita adalah 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan, seperti irama dan lagu. Boleh dikatakan masalah kesihatan yang terjadi kepada wanita adalah berkaitan hormon yang tidak stabil. Sama ada sakit kepala sewaktu kitaran haid, beremosi sehinggalah kepada perasan marah yang tidak terkawal seperti menjerit-jerit dan menangis. Perasaan rasa panas yang menyerbu muka (hot flashes) tatkala menopause, sakit sendi dan masalah berkaitan gastro dan beberapa masalah yang terlalu banyak untuk diberi contoh.

Salah satu masalah yang sering menganggu penampilan seseorang wanita ialah Melasma atau choloasma.

Apa itu Melasma?

Melasma ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat kebiruan atau kelihatan coklat yang pudar . Melasma sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Melasma sering terjadi dibahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu.

Punca Terjadi Melasma

Punca utama tidak dapat dikenalpasti, kebiasaannya ia akan terjadi kepada wanita yang mengambil pil perancang, sering terdedah kepada sinaran matahari dan perubahan hormon sewaktu mengandung, bila ia terjadi kepada wanita mengandung ia dipanggil Chloasma . Melasma sering terjadi kepada wanita berumur 20-50 tahun.

Begitulah secara ringkasnya bagaimana Melasma menganggu emosi dan penampilan seseorang wanita selain daripada jerawat.

Homeopathy dan Melasma.

Homeopathy merupakan kaedah yang kedua paling popular di Amerika Syarikat selain dari penggunaan krim untuk memudarkan kesan melasma. Homeopathy mendapat tempat di hati kerana kesan penyembuhannya bukan hanya sekadar memudarkan melasma tersebut. Manfaat remedi agak luas termasuk menstabilkan perubahan hormon  seseorang wanita, di mana perubahan hormon yang akan mengaitkan kepada lain-lain masalah kesihatan seperti dinyatakan di atas.

Salah satu remedi utama ialah Sepia 200. Biochemic atau garam tisu yang berasaskan bahan mineral juga mampu merawat Melasma. Berikut ialah remedi yang disediakan di dalam bentuk tablet manis atau cecair.

  • Sepia 200 – Melasma yang terjadi sewaktu mengandung berwarna coklat gelap seluruh muka, di pipi atau hidung. Kerap mengalami masalah haid seperti terlalu awal, haid tidak teratur dan haid yang sedikit (scanty). Wanita yang memerlukam Sepia juga sering alami rasa pedih, bengkak dan gatal di vagina.
  • Melasma Free – di ambil secara bergilir bersama-sama Sepia 200 . Melasma Free amat sesuai untuk jeragat yang berwarna coklat gelap, di pipi sewaktu atau selepas mengandung, wanita mengandung yang sering merasa lemah-lemah tubuh badan.  di hisap 2-4 biji 3 x sehari sebelum makan.

 Bagaimana cara mengambil ubat remedi atau ubat?

Disarankan untuk mengambil Sepia 200 dan Melasma Free secara berselang seli hari. Sebagai contoh jika Sepia 200 diambil pada hari Isnin, maka Melasma Free pula pada esoknya hari Selasa dan begitulah seterusnya.

  • Dos pengambilan : 4 biji dikemam/hisap (jangan digigit) 3x sehari sebelum makan