set smff

Rawatan Jeragat Homeopathy, Jeragat Hilang Tubuh Pun Sihat – Fragaria Vesca

Posted on

Fragaria Vesca atau Wild Berry
Fragaria Vesca atau Wild Berry

Fragaria Vesca Tumbuhan Anugerah Allah

Fragaria vesca adalah buah liar atau juga dipanggil wild berry  yang mempunyai rasa yang enak berasal dari Hemisfera Utara dan popular diseluruh dunia. American Journal of Clinical Nutrition telah mengklasifikasikan Fragaria vesca  mempunyai antioxidant yang tinggi dan diantara berries, Fragaria vesca ditempat ketiga mempunyai antioxidant tertinggi.

Fragaria vesca yang diproses secara homeopathy telah diamalkan secara meluas di Eropah sebagai suplemen untuk penjagaan gigi kerana kemampuan Fragaria vesca untuk memutihkan gigi dan membuang tar. Selain dari itu Fragaria vesca juga berkeupayaan untuk menghalang dari terjadinya calculi (batu karang) di organ-organ seperti buah pinggang, hempedu dan saluran kencing.

Fragaria mempunyai manfaat yang tidak terhingga untuk kulit kerana ia juga mempunyai fungsi antioxidant. Seperti yang diketahui antioxidant berfungsi menghalang sel-sel dari rosak dan melambatkan proses penuaan. maka ianya juga mampu menghalang atau membina sel kulit baru untuk menghalang jeragat dari terjadi atau menghilangkan jeragat yang sudah terjadi.

Secara mudahnya jika Fragaria vesca mampu memutihkan gigi, tidak hairanlah jika Fragaria vesca juga boleh mencerahkan kulit. Hasil dari pengalaman saya, para pengamal Fragaria vesca akan mendapat kulit yang lebih cerah, gebu dan menawan selepas 3-6 bulan mengamalnya.

  • Cissotanic
    • Malic and citric acids
    • Sugar
    • Pectin
    • Vitamin C
    • Potassium
    • Manganese
    • Fiber
    • Ellagitannins
    • Pelargonidin
    • Cyanidin
    • Anthocyanins (menjadikan buah berry merah, dan ini menjadikan Fragaria vesca sebagai antioxidant yang kuat menghalang sel dari rosak)
    • Ellagic Acid
    • Iodine
    • Folate
    • Riboflavin
    • Vitamin B5
    • Omega-3 fatty acids
    • Vitamin B6
    • Vitamin K
    • Magnesium
    • Copper

Daunnya mengandungi;

  • Tannins
    • Ellagitannins ( Agrimoniin, Pedunculagin, Proanthocyanins, Flavonoids)
    • Salicylic Acid
    • Caffeic Acid
    • Chlorogenic Acid

Fragaria vesca bertindak sebagai;

  • Antioxidant
    • Laxative
    • Diuretic
    • Astringent
    • Anti-inflammatory
    • Calmative
    • Anti-Carcinogenic
    • Tonic

Untuk mendapat info lanjut atau memesan bolehlah SMS/ Whatsapp ke 019-3098980 atau isi borang dan email

Advertisements

Sepia 200 Dan Melasma Free Remedi Utama Untuk Semua Set Jeragat

Posted on

Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi utama yang terdapat didalam semua set jeragat M3, M4, SMF, 5SMF, SMFF dan SMAFMAR. Ini ialah kerana keberkesanan Sepia sebagai “women remedy” dan Melasma Free berkonsep BIOCHEMIC atau Garam Tisu mineral yang sangat-sangat berkesan untuk memulihkan jeragat yang mencomotkan wajah anda.

Sepia Untuk  Masalah Hormon Wanita

Melasma (Choloasma)

Hormon dan wanita adalah 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan, seperti irama dan lagu. Boleh dikatakan masalah kesihatan yang terjadi kepada wanita adalah berkaitan hormon yang tidak stabil. Sama ada sakit kepala sewaktu kitaran haid, beremosi sehinggalah kepada perasan marah yang tidak terkawal seperti menjerit-jerit dan menangis. Perasaan rasa panas yang menyerbu muka (hot flashes) tatkala menopause, sakit sendi dan masalah berkaitan gastro dan beberapa masalah yang terlalu banyak untuk diberi contoh.

Salah satu masalah yang sering menganggu penampilan seseorang wanita ialah Melasma atau choloasma.

Apa itu Melasma?

Melasma ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat kebiruan atau kelihatan coklat yang pudar . Melasma sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Melasma sering terjadi dibahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu.

Punca Terjadi Melasma

Punca utama tidak dapat dikenalpasti, kebiasaannya ia akan terjadi kepada wanita yang mengambil pil perancang, sering terdedah kepada sinaran matahari dan perubahan hormon sewaktu mengandung, bila ia terjadi kepada wanita mengandung ia dipanggil Chloasma . Melasma sering terjadi kepada wanita berumur 20-50 tahun.

Begitulah secara ringkasnya bagaimana Melasma menganggu emosi dan penampilan seseorang wanita selain daripada jerawat.

Homeopathy dan Melasma.

Homeopathy merupakan kaedah yang kedua paling popular di Amerika Syarikat selain dari penggunaan krim untuk memudarkan kesan melasma. Homeopathy mendapat tempat di hati kerana kesan penyembuhannya bukan hanya sekadar memudarkan melasma tersebut. Manfaat remedi agak luas termasuk menstabilkan perubahan hormon  seseorang wanita, di mana perubahan hormon yang akan mengaitkan kepada lain-lain masalah kesihatan seperti dinyatakan di atas.

Salah satu remedi utama ialah Sepia 200. Biochemic atau garam tisu yang berasaskan bahan mineral juga mampu merawat Melasma. Berikut ialah remedi yang disediakan di dalam bentuk tablet manis atau cecair.

  • Sepia 200 – Melasma yang terjadi sewaktu mengandung berwarna coklat gelap seluruh muka, di pipi atau hidung. Kerap mengalami masalah haid seperti terlalu awal, haid tidak teratur dan haid yang sedikit (scanty). Wanita yang memerlukam Sepia juga sering alami rasa pedih, bengkak dan gatal di vagina.
  • Melasma Free – di ambil secara bergilir bersama-sama Sepia 200 . Melasma Free amat sesuai untuk jeragat yang berwarna coklat gelap, di pipi sewaktu atau selepas mengandung, wanita mengandung yang sering merasa lemah-lemah tubuh badan.  di hisap 2-4 biji 3 x sehari sebelum makan.

 Bagaimana cara mengambil ubat remedi atau ubat?

Disarankan untuk mengambil Sepia 200 dan Melasma Free secara berselang seli hari. Sebagai contoh jika Sepia 200 diambil pada hari Isnin, maka Melasma Free pula pada esoknya hari Selasa dan begitulah seterusnya.

  • Dos pengambilan : 4 biji dikemam/hisap (jangan digigit) 3x sehari sebelum makan