smf drop

Rawat Jeragat Guna Homeopathy Lambat Nampak Kesannya?

Posted on

Gebu Selepas 2 Minggu
Gebu Selepas 2 Minggu (Testimoni SMF)

Kawan-kawan tidak percaya remedi homeopathy boleh memberi kesan yang pantas, tetapi yang penting muka saya dah kembali berseri-seri

Memang benar homeopathy akan memberi kesan yang agak perlahan berbanding ubat-ubat hospital. Mengapa begitu? Homeopathy bukanlah ubat tetapi suplemen yang akan bekerja secara menyeluruh, akan membantu sistem tubuh dan sistem antibodi kembali bekerja dengan cekap. Namun terdapat maklumbalas mengenai pesakit yang memaklumkan bahawa kesan penyembuhan sangat cepat. Kesan sepantas 1-2 hari atau 1-2 minggu akan ternampak pada wajah jika berjeragat atau berjerawat dan pelbagai penyakit lagi.

Sebenarnya kesan yang pantas adalah berkait rapat dengan keserasian tubuh, tubuh lebih cepat menerima remedi homeopathy untuk bekerja, beberapa faktor yang memungkinkan kesan pantas boleh dilihat ialah;

  • Mengambil remedi yang sesuai dengan penyakit
  • Kerap mengambil detox untuk menyahtoksik ubat-ubat yang telah diamalkan sebelum ini
  • Mengamal remedi dengan tekun dan disiplin
  • Dengan Izin Allah swt … jangan lupa jika beragama Islam hehe…

Saya ada menerima whatsapp dan email, menceritakan kesan yang pantas dan betapa bersyukurnya mereka kerana set jeragat yang dicadangkan sangat-sangat berkesan dan memberi kesan yang pantas. Di bawah ini diceritakan oleh pembeli yang merasa sangat takjub dengan set SMF Drop dan Arnica 30.

Kawan-kawan semuanya tidak percaya jeragat di pipi dan di bibir saya telah mula pudar 80% selepas 10 hari mengambil set jeragat SMF yang harganya tidak mahal mana pun. Jeragat di muka saya mula-mula naik sedikit di pipi dan di atas bibir selepas melahirkan anak kelima saya, sejak dari itu saya terus mencuba pelbagai produk kerana suami pun mula agak dingin atau pun perasaan saya sendiri. Hubungan saya suami isteri seakan-akan hambar dan tidak ada seri “malam Jumaat” seperti sebelum jeragat naik di muka.

Sudah jenuh saya mencuba pelbagai produk yang harganya mahal-mahal belaka. Krim, sabun, kolagen dan hampir-hampir nak mencuba laser. Mujurlah suami menghalang kerana dia pernah terbaca kesan buruk selepas membuat laser. Lagipun kos untuk membuat laser sangat mahal.

Saya sudah tidak berminat untuk melihat cermin lagi, serius bukan main-main. Jika ingin mengguna cermin saya hanya guna cermin untuk melihat sama ada tudung saya ok atau tak sahaja. Saya akan menyapu bedak tebal-tebal untuk menutup jeragat saya yang semakin hari semakin menebal. Saya mula mengguna mekap tebal berbanding sebelum ini demi untuk menutup jeragat. Serius penat, kecewa dan rasa rendah diri, saya menjadi cepat marah dan cepat merajuk.

Kalau dulu saya cukup yakin dengan penampilan saya, saya seorang yang ceria dan kerap bertemu pelanggan kerana saya bekerja di bidang pemasaran. Tidak kekok untuk berada di atas pentas atau berjumpa sesiapa sahaja. Kini kenyakinan diri mula jatuh ke tahap paling rendah, saya akan berjumpa pelanggan di tempat yang tidak terang atau sebelah malam. Saya stress dengan keadaan muka saya, sudah rasa seolah-olah dah dah  give up sangat.

Entah macam mana satu hari saya search di internet, ubat jeragat berkesan dan selamat, dalam carian tersebut terdapat set jeragat homeopathy berkesan, selamat dan tanpa kesan sampingan. Pada mulanya saya andaikan semua itu hanyalah gimik pemasaran penjual tersebut sahaja. Saya terus membaca dan tertarik dengan satu komen dan gambar seorang pembeli yang mukanya menjadi hitam dan kusan tetapi telah ok selepas 2 minggu mengguna set jeragat homeopathy. Selepas dah khatam membaca dan berfikir apa salahnya mencuba, harga set jeragat homeopathy pun sangat murah dan tidak ada bahan-bahan bahaya, saya pun memesan set SMF Drop dan Arnica 30.

Selepas 2 hari pesanan pun tiba, tak sabar nak mencubanya. Muka saya tidaklah seteruk seperti testimoni yang saya baca tu dan harapan saya kembali cantik semakin cerah. Selepas 2 hari saya mengamalkan set SMF dan Arnica 30, terasa tubuh agak ringan dan bertenaga. Bila saya sentuh kulit muka terasa lebih lembut dan moist, jelling-jeling cermin terasa jeragat agak pudar… ahh hanya perasaan saya je ni, mana boleh remedi homeopathy beri kesan cepat macam ni.

Selepas 10 hari suami saya menegur mengenai muka saya, suami kata muka saya semakin berseri, jeragat dah kurang. Eh biar betul atau suami saya sengaja nak jaga hati saya jer?. Bila sampai di pejabat kawan saya pun tegur, jeragat dah pudar dan produk apa yang saya guna. Bila saya beritahu guna set jeragat homeopathy mereka seolah-olah tidak percaya. Mereka kata ubat homeopathy lambat dan mustahil dalam 10 hari guna dan pudar 80% jeragat saya.

Mereka agak saya buat rawatan kosmetik atau laser tapi tidak ada kesan-kesan seperti kulit mengelupas dan merah kemerahan seperti kebiasaannya bila membuat rawatan kosmetik atau laser. Malas nak menerangkan lebih lanjut, lagi pun saya bukanlah faham sangat nak terang lebih-lebih, saya pun keluarkan set SMF Drop dan Arnica 30 dan tunjuk kepada kawan-kawan. Mereka agak skeptical melihat botol-botol hanya air dan kesannya sangat cepat memudarkan jeragat saya. Saya hanya tersenyum dan berkata jika ragu-ragu order dan cubalah, baru tahu berkesan atau tidak!.

 

Nota : Artikel ini bukanlah berdasarkan kajian tetapi penceritaan semula oleh pembeli yang sangat berpuas hati, setiap individu tidak sama dari semua segi seperti simptom dan karakter. Artikel ini juga bukanlah sebagai nasihat perubatan, dan jangan sesekali mengabaikan nasihat doktor yang bertauliah.

Advertisements

Merawat Jeragat vs Jerawat Sama Tapi Tidak Serupa

Posted on

Jeragat vs Jerawat

Satu titis dikira mengikut seperti digambar tetapi ramai pengguna yang tersilap
Remedi untuk diminum atau cecair lebih cepat menyerap ke dalam tubuh

Homeopathy memahami jeragat secara mendalam bukan hanya sekadar mengenali secara luaran. Hasil dari soal jawab setiap kali pembeli yang berminat untuk membeli set-set jeragat adalah corak jawapan yang hampir sama bagi kebanyakkan wanita iaitu berkaitan hormon. Sebagaimana yang diketahui umum hormon adalah sahabat dan juga musuh bagi setiap wanita.

Walaupun jerawat juga dikaitkan dengan perubahan atau ketidakstabilan hormon, tetapi secara fakta jerawat dan jeragat adalah dua penyakit yang berbeza, walaupun kedua-duanya tumbuh dimuka dan tubuh. Persepi membuang jeragat dengan krim seperti merawat jerawat adalah tidak tepat, walaubagaimana pun sabun atau krim mampu membantu dari luar.

Walaubagaimana pun untuk mengatasi jerawat, remedi-remedi seperti Sepia 200 boleh membantu jika jerawat akibat berkaitan hormon. Selain dari itu remedi pencuci darah (blood corrector) seperti Echi-A, Dandelion, Cal Sulph dan Kali Sulph (blood detox) adalah di antara remedi utama untuk jerawat dan juga jeragat.

Set Jerawat
Set Jerawat

Hanya perubatan homeopathy yang menawarkan remedi oral untuk jeragat berbanding rawatan-rawatan konvesional yang lebih bertumpu untuk menghapus jeragat dengan kaedah yang pantas seperti mengguna laser dan bahan-bahan krim bertoksik .

Sebagai contoh Sepia 200 dan Melasma Free adalah remedi yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah hormon wanita. Sepia di anggap sebagai remedi khusus untuk pelbagai masalah wanita terutama masalah berkaitan hormon. Fragaria vesca pula membantu membuang toksik yang gagal dibuang oleh hati dan buah pinggang untuk menjadikan kulit lebih bermaya, “flawless” dan cerah.

SET HAPUS JERAGAT SMF DROP
SET HAPUS JERAGAT SMF DROP

Set ini dikenali sebagai  set SMF Drop. Set SMF atau SMFEC adalah sama dari isi kandungan remedinya (ingredient yang sama) . Perbezaannya hanya;

Set SMFEC
Set SMFEC
  • Kuantiti
  • Botol (Botol Fragaria adalah sama untuk semua set)
  • Jenis tablet atau air
Remedi tablet sukrosa yang manis
Remedi tablet sukrosa yang manis

Kesemua remedi ini adalah 100% bahan natural homeopathy tanpa tambahan bahan-bahan lain. Oleh itu remedi-remedi ini perlulah disimpan ditempat yang jauh dari kanak-kanak dan sinaran matahari. Walaupun remedi homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan atau boleh membawa maut tetapi remedi-remedi ini perlu disimpan ditempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak sebagai langkah berjaga-jaga.

Jeragat memang sukar untuk dirawat, itu adalah fakta. Jika jeragat mudah dirawat sudah semestinya terdapat jaminan 100% berkesan dan wang akan dikembalikan jika tidak berhasil. Pakar-pakar kulit juga tidak berani untuk memberi jaminan jeragat akan sembuh 100% kecuali teknik laser, meluntur (bleaching) dan pengelupasan. Teknik-teknik ini walaupun dikatakan berkesan tetapi hanya untuk sementara sahaja.

dermal_melasma

Homeopathy dan lain-lain kaedah perubatan dianggap sebagai alternatif kepada alopathy. Rata-rata kes penyakit yang gagal dan biasanya pada peringkat yang sangat kritikal barulah pesakit tersebut mencari perubatan alternatif . Perubatan alternatif dianggap tidak berkesan kerana seringkali merawat kes-kes yang terlalu kronik.

Sebagai contoh kes jeragat atau pigmentasi, kerap kali pesakit yang mengambil set jeragat homeopathy setelah mengguna pelbagai kaedah rawatan perubatan konvensional dan gagal untuk mendapat kesan seperti yang diharapkan. Peratusan pesakit yang mengalami perubahan positif selepas 1-3 bulan mengamal set homeopathy adalah agak tinggi. Walaupun pengamal perubatan moden menggelar homeopathy sebagai pseudoscience (hanya sekadar kepercayaan sahaja dan bukan sains sebenar) tetapi ternyata homeopathy semakin mendapat tempat dihati pengguna kerana kesannya lembut, berkesan, boleh dipercayai dan tidak mempunyai kesan sampingan.

Sekiranya ingin mendapat maklum balas mengenai PROMOSI terkini, sila ke FACEBOOK kami. Selain dari itu boleh mesej di FB ataupun WHATSAPP ke 0192570023;