ubat jeragat degil

Rawat Jeragat Guna Homeopathy Lambat Nampak Kesannya?

Posted on

Gebu Selepas 2 Minggu
Gebu Selepas 2 Minggu (Testimoni SMF)

Kawan-kawan tidak percaya remedi homeopathy boleh memberi kesan yang pantas, tetapi yang penting muka saya dah kembali berseri-seri

Memang benar homeopathy akan memberi kesan yang agak perlahan berbanding ubat-ubat hospital. Mengapa begitu? Homeopathy bukanlah ubat tetapi suplemen yang akan bekerja secara menyeluruh, akan membantu sistem tubuh dan sistem antibodi kembali bekerja dengan cekap. Namun terdapat maklumbalas mengenai pesakit yang memaklumkan bahawa kesan penyembuhan sangat cepat. Kesan sepantas 1-2 hari atau 1-2 minggu akan ternampak pada wajah jika berjeragat atau berjerawat dan pelbagai penyakit lagi.

Sebenarnya kesan yang pantas adalah berkait rapat dengan keserasian tubuh, tubuh lebih cepat menerima remedi homeopathy untuk bekerja, beberapa faktor yang memungkinkan kesan pantas boleh dilihat ialah;

  • Mengambil remedi yang sesuai dengan penyakit
  • Kerap mengambil detox untuk menyahtoksik ubat-ubat yang telah diamalkan sebelum ini
  • Mengamal remedi dengan tekun dan disiplin
  • Dengan Izin Allah swt … jangan lupa jika beragama Islam hehe…

Saya ada menerima whatsapp dan email, menceritakan kesan yang pantas dan betapa bersyukurnya mereka kerana set jeragat yang dicadangkan sangat-sangat berkesan dan memberi kesan yang pantas. Di bawah ini diceritakan oleh pembeli yang merasa sangat takjub dengan set SMF Drop dan Arnica 30.

Kawan-kawan semuanya tidak percaya jeragat di pipi dan di bibir saya telah mula pudar 80% selepas 10 hari mengambil set jeragat SMF yang harganya tidak mahal mana pun. Jeragat di muka saya mula-mula naik sedikit di pipi dan di atas bibir selepas melahirkan anak kelima saya, sejak dari itu saya terus mencuba pelbagai produk kerana suami pun mula agak dingin atau pun perasaan saya sendiri. Hubungan saya suami isteri seakan-akan hambar dan tidak ada seri “malam Jumaat” seperti sebelum jeragat naik di muka.

Sudah jenuh saya mencuba pelbagai produk yang harganya mahal-mahal belaka. Krim, sabun, kolagen dan hampir-hampir nak mencuba laser. Mujurlah suami menghalang kerana dia pernah terbaca kesan buruk selepas membuat laser. Lagipun kos untuk membuat laser sangat mahal.

Saya sudah tidak berminat untuk melihat cermin lagi, serius bukan main-main. Jika ingin mengguna cermin saya hanya guna cermin untuk melihat sama ada tudung saya ok atau tak sahaja. Saya akan menyapu bedak tebal-tebal untuk menutup jeragat saya yang semakin hari semakin menebal. Saya mula mengguna mekap tebal berbanding sebelum ini demi untuk menutup jeragat. Serius penat, kecewa dan rasa rendah diri, saya menjadi cepat marah dan cepat merajuk.

Kalau dulu saya cukup yakin dengan penampilan saya, saya seorang yang ceria dan kerap bertemu pelanggan kerana saya bekerja di bidang pemasaran. Tidak kekok untuk berada di atas pentas atau berjumpa sesiapa sahaja. Kini kenyakinan diri mula jatuh ke tahap paling rendah, saya akan berjumpa pelanggan di tempat yang tidak terang atau sebelah malam. Saya stress dengan keadaan muka saya, sudah rasa seolah-olah dah dah  give up sangat.

Entah macam mana satu hari saya search di internet, ubat jeragat berkesan dan selamat, dalam carian tersebut terdapat set jeragat homeopathy berkesan, selamat dan tanpa kesan sampingan. Pada mulanya saya andaikan semua itu hanyalah gimik pemasaran penjual tersebut sahaja. Saya terus membaca dan tertarik dengan satu komen dan gambar seorang pembeli yang mukanya menjadi hitam dan kusan tetapi telah ok selepas 2 minggu mengguna set jeragat homeopathy. Selepas dah khatam membaca dan berfikir apa salahnya mencuba, harga set jeragat homeopathy pun sangat murah dan tidak ada bahan-bahan bahaya, saya pun memesan set SMF Drop dan Arnica 30.

Selepas 2 hari pesanan pun tiba, tak sabar nak mencubanya. Muka saya tidaklah seteruk seperti testimoni yang saya baca tu dan harapan saya kembali cantik semakin cerah. Selepas 2 hari saya mengamalkan set SMF dan Arnica 30, terasa tubuh agak ringan dan bertenaga. Bila saya sentuh kulit muka terasa lebih lembut dan moist, jelling-jeling cermin terasa jeragat agak pudar… ahh hanya perasaan saya je ni, mana boleh remedi homeopathy beri kesan cepat macam ni.

Selepas 10 hari suami saya menegur mengenai muka saya, suami kata muka saya semakin berseri, jeragat dah kurang. Eh biar betul atau suami saya sengaja nak jaga hati saya jer?. Bila sampai di pejabat kawan saya pun tegur, jeragat dah pudar dan produk apa yang saya guna. Bila saya beritahu guna set jeragat homeopathy mereka seolah-olah tidak percaya. Mereka kata ubat homeopathy lambat dan mustahil dalam 10 hari guna dan pudar 80% jeragat saya.

Mereka agak saya buat rawatan kosmetik atau laser tapi tidak ada kesan-kesan seperti kulit mengelupas dan merah kemerahan seperti kebiasaannya bila membuat rawatan kosmetik atau laser. Malas nak menerangkan lebih lanjut, lagi pun saya bukanlah faham sangat nak terang lebih-lebih, saya pun keluarkan set SMF Drop dan Arnica 30 dan tunjuk kepada kawan-kawan. Mereka agak skeptical melihat botol-botol hanya air dan kesannya sangat cepat memudarkan jeragat saya. Saya hanya tersenyum dan berkata jika ragu-ragu order dan cubalah, baru tahu berkesan atau tidak!.

 

Nota : Artikel ini bukanlah berdasarkan kajian tetapi penceritaan semula oleh pembeli yang sangat berpuas hati, setiap individu tidak sama dari semua segi seperti simptom dan karakter. Artikel ini juga bukanlah sebagai nasihat perubatan, dan jangan sesekali mengabaikan nasihat doktor yang bertauliah.

Advertisements

Siapa Kata Jeragat Sukar Hilang?

Posted on

12bio-220

Biochemic  dan Masalah Kulit

Biochemic garam tisu adalah suplemen di dalam cabang perubatan homeopathy yang sangat selamat untuk semua peringkat umur dan juga kepada ibu-ibu yang hamil. Biochemic Cell Salt atau kita hanya sebut sebagai biochemic adalah mineral. Terdiri dari 12 jenis mineral yang sangat penting untuk mengekal tahap kesihatan tubuh pada tahap terbaik terutama kepada kesihatan tulang, gigi, otot-otot, tisu-tisu dan sel saraf.

Apabila tubuh kita kekurangan satu atau lebih biochemic, akan terjadi ketidakselesaan kepada sistem tubuh dan akan menjurus kepada penurunan tahap kesihatan atau disebut penyakit (disease).

Apabila melibatkan masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal, kulit kering, berkuping, bersisik, terjadi eczema atau psoriasis, biochemic sangat-sangat membantu untuk mengawal atau mengatasi masalah kulit dengan pengambilan satu atau lebih biochemic.

Di seluruh dunia biochemic akan dinomborkan dari #1- #12, untuk memudahkan para pengguna untuk hanya perlu mengenali dan mengingati nombor-nombor berbanding nama-nama remedi biochemic yang agak sukar diingat.

Terdapat perbezaan nombor-nombor ini jika di Amerika Syarikat dan Eropah. Walaubagaimana pun ianya tidak berbeza pada nama-nama remedy tetapi hanya sekadar susunan sahaja.

Berikut ialah pecahan biochemic mengikut nombor yang akan menjadi rujukan kita selepas ini;

  1. #1 Calc Fluor
  2. #2 Calc Phos
  3. #3 Calc Sulph
  4. #4 Ferrum Phos
  5. #5 Kali Mur
  6. #6 Kali Phos
  7. #7 Kali Sulph
  8. #8 Mag Phos
  9. #9 Nat Mur
  10. #10 Nat Phos
  11. #11 Nat Sulph
  12. #12 Silicea

Selain dari 12 jenis biochemic utama ini, terdapat lebih dari 15 jenis biochemic yang baharu ditemui oleh para penyelidik selepas era pengasas biochemic iaitu Dr Shuessler.

 Kulit Dan Biochemic

Apakah organ terbesar manusia adakah usus, hati, atau jantung? Jawapannya ialah kulit. Bagi yang baru mengertahui fakta ini pasti tersenyum, owhhh kulit ingatkan usus kerana usus adalah organ yang terpanjang. Usus jika diukur menyamai 6 kali ketinggian kita dan secara kasarnya anda darab 6 sebagai contoh jika ketinggian anda ialah 160 x 6 = 960cm. Walaupun usus sangat panjang tetapi kulit adalah organ yang terbesar pada tubuh kita.

Kulit sebagai pelindung tubuh, kulit adalah organ yang kuat, elastik, dan tahan air. Bahkan, mata kita juga dilindungi oleh lapisan transparansi kulit yang disebut konjungtiva. Kulit orang dewasa rata-rata luasnya sekitar 2,04 meter persegi dan berat antara 3,6 – 4,5 kilogram.

Jika kulit adalah organ terbesar di seluruh tubuh, maka hati (yang pada orang dewasa beratnya sekitar 1,4 kilogram) adalah organ terbesar di dalam tubuh. Hati juga merupakan salah satu organ yang paling aktif. Tugas hati sangat penting bagi manusia, meliputi pengolahan nutrisi seperti protein dan karbohidrat, memetabolisasi ubat-ubatan dan hormon, serta menyimpan darah, vitamin, dan mineral.

Sekarang kita sudah tahu organ yang terpanjang, terbesar di dalam tubuh dan di luar tubuh. Sebagai organ terbesar diluar tubuh kulit memerlukan penjagaan yang rapi dan memerlukan nutrisi secukupnya untuk kelihatan sihat. Malangnya kita hanya mementingkan kecantikkan luaran sahaja tetapi jarang-jarang sangat untuk menjaga kesihatan dalaman. Kerap kali kulit hanya disapu krim, losyen, minyak atau pelbagai bahan kosmetik seperti toner, cleanser dan lain-lain tetapi kita terlupa kesihatan kulit juga berkait rapat dengan hati dan buah pinggang.

Buah pinggang dianggap organ yang ketiga terbesar kerana keupayaannya untuk membuang toksin melalui peluh dan urin. Melalui perpeluhan kulit akan membuang lebihan mineral di dalam tubuh tetapi sebaliknya, jika terlalu banyak sangat berpeluh akan terjadi kekurangan mineral dan memerlukan suplemen untuk menggantikan mineral yang hilang.

Begitu juga fungsi hati yang sangat “letih” bekerja membuang toksin. Kadang-kadang hati sudah tidak berupaya lagi bekerja dan menolak keluar toksin melalui kulit dan kulit muka adalah yang paling mudah sekali toksin untuk keluar. Lalu terjadilah jeragat, ruam, jerawat dan lain-lain lagi.

Kerap kali kita akan mengabaikan kesihatan dalaman yang berkait rapat dengan masalah kult. Homeopathy sangat mementingkan rawatan kepada punca sesuatu masalah. Sebagai contoh jika jeragat atau perubahan warna pada kulit kelihatan kecoklatan atau kemerahan ini sebagai indikasi kemungkinan hati bermasalah dan jika keadaan kulit terdapat tanda bulat ini sebagai indikasi buah pinggang mengalami keadaan tidak seimbang.

Kulit Kering dan Biochemic

Sesetengah individu mengalami kulit yang kering, gatal, bersisik atau kelihatan pecah-pecah. Malah pada zaman moden ini ramai yang mengalami masalah kulit kering yang kronik. Ini adalah akibat kekurangan air di dalam tubuh.

Jika melalui rawatan moden masalah kulit kering akan dipreskripsi berasakan ubat-ubatan steroid dan krim yang bertoksik. Melalui perpektif rawatan homeopathy atau natural masalah kulit kering berkait dengan masalah tisu penyambung (connective tissues) menjadi lemah atau pun darah bertoksik. Jika anda mengalami masalah kulit kering anda perlu berhenti merokok, kurangkan atau berhenti pengambilan kopi, air bersoda dan makanan segera.

Nutrition selain homeopathy;

  • Evening primrose oil 500 – 1,000 mg sehari. Kulit bersisik lebih kurang 4,000 mg sehari
  • Omega 3 Fish Oil 6,000 mg sehari, ia juga bagus untuk kesihatan jantung
  • Gum Arabic atau manna dalam bentuk serbuk 1 sudu besar 1-2 kali sehari dicampur dengan 1 gelas air 100ml.
  • Jus Aloe vera disapu ke kulit untuk melegakan rasa kering

Remedi utama untuk kulit kering, gatal dan bersisik ialah #10 Nat Phos. Nat Phos akan membuang asid di dalam perut yang mengakibatkan kulit menjadi gatal dan berkuping.

Nat Phos boleh di dapati secara mentah melalui herba dan rempah ratus seperti ketumbar, jintan putih dan halia. Makanan yang kaya dengan mineral ialah raspberries, apple, strawberry, anggur dan asparagus. Minum cuka apple (apple cider vinegar) atau lemon jus juga dapat membantu mengurangkan keasidan di dalam tubuh.

 Kulit Berminyak

Individu yang mempunyai kulit berminyak akan terdapat kelebihan seperti, kurang kedutan dan biasanya akan kelihatan lebih muda dari usianya. Ia terpulang kepada keadaan lebihan minyak di kulit muka, jika terlalu berminyak sehingga meninggalkan kesan di kain ianya berkemungkinan akan terdapat masalah.

Puncanya tidak diketahui tetapi besar kemungkinan ianya berasal dari genetik. Makanan seperti “junk foods”  atau makanan segera yang diambil secara berlebihan juga dianggap sebagai penyumbang kepada masalah kulit berminyak. Masalah sembelit juga berkemungkinan sebagai penyumbang. Apabila seseorang itu mengalami sembelit toksin tidak keluar dan akan dikitar semula di dalam tubuh.

Dari pandangan perubatan homeopathy, kulit berminyak secara berlebihan ialah berpunca dari diet pemakanan yang tidak seimbang. Kerap kali masalah kulit berminyak akan hanya di atasi secara luaran mengguna krim, cleanser dan lain-lain lagi tetapi punca kepada masalah tersebut biasanya tidak akan diatasi.

cf-nm-np-sil

Biochemic Untuk Kulit kering dan berminyak

  • #1 – Calc Flour 6x
  • #9 – Nat mur 6x
  • #10 – Nat Phos
  • #12 – Silica atau Silicea 6x

Calc Flour 6x dan Silica 6x bukan hanya mampu mengatasi masalah kulit kering tetapi ianya juga mampu mengatasi masalah jeragat atau jerawat.

Jeragat dan Biochemic

cf-cs-ks-ns-sil

Jeragat dianggap sebagai masalah kosmetik oleh perubatan moden. Oleh itu rawatan secara kosmetik akan dicadangkan seperti laser dan pengelupasan kulit. Kerap kali pesakit akan mengalami kesan yang lebih teruk dari sebelumnya. Jeragat dan lain-lain masalah kulit amatlah perlu ditangani secara dalaman dan luaran kerana jeragat berpunca dari pelbagai sebab terutama dari masalah hormon, ubat-ubatan, penggunaan kosmetik dan genetik.

Dari perspektif homeopathy masalah jeragat akan berkait dengan masalah hormon yang tidak stabil dan juga berkait masalah hati yang semakin lemah fungsinya. Adalah sangat penting untuk menangani masalah hormon dan hati yang semakin melemah fungsinya kembali ke tahap yang normal bagi setiap wanita untuk mendapat kulit yang sihat dan bebas jeragat.

Kerap kali pil perancang adalah penyebab utama kepada terjadinya jeragat, oleh itu anda sebagai wanita perlu berbincang bersama pasangan anda untuk merancang secara bebas pil perancang.

Suplemen selain homeopathy yang boleh membantu ialah seperti NAC (N-acetyl-cysteine) boleh diambil 2 kapsul 2 kali sehari (atau mengikut indikasi dilabel) selama beberapa bulan untuk mengembalikan fungsi hati ke tahap yang terbaik.

Biochemic yang telah terbukti sangat-sangat membantu untuk mengatasi masalah jeragat ialah Melasma Free. Selain Melasma Free terdapat 5 biochemic yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat selain Sepia 200, Fragaria dan Dandelion 30 ialah;

  • #1 – Calc Flour 6x – Terutama apabila melibatkan masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal, kulit kering, berkuping, bersisik, terjadi eczema atau psoriasis, biochemic sangat-sangat membantu untuk mengawal atau mengatasi masalah kulit dengan pengambilan satu atau lebih biochemic.
  • #3 – Calc Sulph 6x – membantu mengekalkan tahap penghadaman dan membantu hati berfungsi dengan lebih cekap
  • #7 – Kali Sulph 6x – spesifik kepada masalah jeragat yang berwarna coklat dan membantu hati berfungsi dengan lebih cekap
  • #11 – Nat Sulph 6x – spesifik untuk membantu hati bekerja dengan lebih cekap
  • #12 – Silica 6x – Silica digunakan untuk mengatasi masalah kulit, rambut dan kuku. Masalah seperti kulit yang kelihatan kusam dan tidak sihat yang sering terjadi kepada kulit muka pesakit jeragat dan jerawat

Biochemic adalah remedi yang sangat selamat untuk semua peringkat umur, untuk ibu mengandung dan bayi di dalam kandungan. Biochemic juga diguna dengan meluas sebagai supplement kepada ibu hamil dari awal kehamilan sehingga ke akhir trimester. Malah biochemic juga boleh membantu memudahkan proses kelahiran dengan formula EASY PARTURATiON selain Caulophyllum yang dianggap sebagai selusoh homeopathy.

 

 

 

Tips Hapuskan Jeragat Guna Bahan Dari Dapur Anda

Posted on

Petua Hilangkan Jeragat

Serlahkan kejelitaan anda dengan remedi yang selamat dan tanpa kesan sampingan
Serlahkan kejelitaan anda dengan remedi yang selamat dan tanpa kesan sampingan

Selain mengamalkan remedi homeopathy seperti Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca yang terdapat di dalam set Set SMF, SMFF, Bio-SMF, terdapat juga petua yang telah sekian lama digunakan untuk menghapus atau memudarkan jeragat dengan kaedah semulajadi dari bahan-bahan yang berada di dapur anda sahaja.

Bio-T3 Face White (BTFW) mengandungi ektsrak dan pati minyak bermutu tinggi seperti lemon, chamomile, timun dan aloe vera, telah disediakan di dalam bentuk produk untuk memudahkan anda menggunanya. Walaubagaimana pun terdapat 3 bahan (kecuali lemon yang sudah terdapat di dalam Bio-T3 Face White) yang boleh ditambah sebagai amalan yang dapat membantu mempercepatkan proses memudarkan jeragat atau bekas parut jerawat dan kulit yang kusam.

Set Bio-SMF yang terdiri dari remedi oral (hisap dan minum) Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria mula mendapat perhatian dari para pengguna krim Carmino Complexion (CCC) dan Sabun Carmino Complexion (CCS) , BTFW mempunyai sabun dan krim Bio-T3 Face White yang tidak kurang hebatnya berbanding CCC & CCS. Bio T3 Face White adalah produk luaran yang dihasilkan secara semulajadi dan organik.

Sabun dan krim Bio-T3 Face White diproses mengguna bahan-bahan semulajadi dan organik seperti yang dinyatakan di atas terdapat beberapa petua yang sangat berkesan untuk ditambah untuk mempercepatkan proses pemudaran jeragat di bahagian atas kulit.

Jeragat bukanlah masalah serius sehingga boleh meragut nyawa seseorang tetapi tompok atau bintik yang berwarna seakan coklat atau hitam dimuka, akan menjadikan anda seorang yang rendah diri.

Tekanan perasaan yang berpanjangan dan kadang-kadang teman bertanya, menjadikan jeragat lebih bahaya dari penyakit kronik yang mampu meragut nyawa..

Selain rawatan homeopathy yang berkonsepkan merawat dari dalam atau merawat akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri terdapat bahan yang boleh digunakan  didapur anda sendiri.

  1. Lemon

petua4

Lemon mengandungi Citric acid yang mempunyai agen pengelupasan secara semulajadi. Di Eropah penggunaan lemon sangat popular untuk digunakan untuk menghapus pigmentasi atau jeragat. Bahan pengelupasan semulajadi di dalam lemon berupaya untuk memudarkan kesan jeragat di muka.

Caranya :

Perahkan jus lemon dan guna kapas untuk disapu ke muka dan biarkan selama 10-15 minit dan selepas itu cuci muka. Boleh diguna sekurang-kuranganya 2 kali sehari dan anda akan dapat melihat perubahan didalam beberapa bulan.

Secara alternatifnya anda boleh membuat mask dari jus lemon, caranya dicampur sama banyak kuantiti jus lemon dan madu asli.

 

 

  1. Kentang

petua2

Kuasa Rawatan Kentang Yang Anda Tidak Tahu

Kentang bukan sekadar kaya dengan sumber kanji ianya juga mengandungi catecholase sejenis enzim yang mampu mencerahkan kulit. Ianya juga mampu menghalang dari terjadinya pigmentasi seperti melasma, bulatan hitam (dark circles), hyper dan hypo pigmentasi.

Kentang berupaya mencerahkan kulit dengan cara seperti berikut;

Potong sebiji kentang yang bersaiz sederhana kepada dua bahagian. Titiskan sedikit air dipermukaan kentang tersebut. Sebatikan campuran tersebut dan sapu ke muka. Guna tuala suam untuk menutup muka sekurang-kurangnya 15 minit, selepas itu cuci muka mengguna air suam.

Sapukan kentang tersebut ke kawasan jeragat dan biarkan jus dari kentang tersebut meresap ke dalam kulit.

Jika anda mempunyai masa yang terluang, ramas-ramas kentang tersebut sehingga jusnya keluar. Sapkan jus kentang tersebut di spot jeragat dan biarkan selama 30 min dan bilas mengguna air suam. Lakukan 2-3 kali didalam satu minggu selama sebulan. Selepas itu akan akan nampak kesannya. Lakukan 1 kali didalam 1 minggu.

Nota: Jika kulit anda adalah senstitif, sila campur sedikit air ke dalam jus lemon yang bercampur madu sebelum disapu ke muka.

  1. Cuka apple cider (Apple cider vinegar)

petua3

Sangat menakjubkan kesan cuka apple cider, anda mungkin hanya mengetahui cuka apple cider hanya untuk membantu menurunkan berat badan atau untuk mencuci usus. Tanpa anda sedari cuka apple cider juga amat bagus untuk mengurangkan kesan jeragat. Cuka apple cider mempunyai astringent iaitu kesan yang mampu mengelupaskan kulit secara semulajadi.

Caranya :

Campurkan cuka apple cider dan iar dengan kuantiti yang sama banyaknya. Guna campuran ini untuk membilas muka dan biarkan 2-3 minit dan bilas mengguna air suam. Boleh dilakukan 2 kali sehari untuk beberapa minggu.

Ataupun secara alternatifnya, campur 2 sudu cuka apple cider ke dalam seperuh cawan air suam, kemudian campurkan 2 sudu teh madu asli. Minum campuran ini 2 kali sehari sewaktu pagi dan malam untuk selama 2 minggu dan anda akan perasan perubahan yang terjadi.

  1. Kunyit

petua1

Kunyit sangat popular sebagai salah satu minuman yang popular sewaktu lepas bersalin terutama bagi etnik Jawa. Anda pasti terkejut jika kunyit juga berupaya memudarkan jeragat. Kunyit seperti lemon mempunyai kesan “bleaching” atau pengelupasan untuk menghapus jeragat. Kunyit juga mempunyai berupaya mengekalkan kulit anda bebas dari jangkitan.

Caranya : Campurkan 1 sudu the kunyit dan jus lemon. Sapukan ke kawasan yang terjadi jeragat dan biarkan selama 20 minit, selepas itu bilas dengan air sejuk. Elakkan dari berjemur dbawah panas matahari 1 jam selepas itu. Boleh lakukan 1 kali sehari sebelum mandi untuk mendapat kesan yang maksima.

Ataupun secara alternatifnya, boleh dibuat pes dengan mencampur 5 sudu teh kunyit dan 10 sudu besar susu. Sapu pes tersebut ke kawasan yang bermasalah dan biarkan selama 20 minit dan bilas mengguna air suam.

Selamat mencuba !!

 

 

 

 

Jeragat Hilang Selepas 2 Minggu

Posted on

Gebu Selepas 2 Minggu
Gebu Selepas 2 Minggu

 

Ini adalah gambar yang disumbang oleh pengguna set jeragat Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca 30 secara sukarela tetapi tidak mahu wajahnya disiar, sebab itulah matanya dan nama di “blur”kan.

Terkesima saya melihat perbezaan wajah yang dulunya kusam tidak bermaya, tetapi sekarang glowing, flawless beb. Akal jahat terlintas, dia ni edit kot guna photoshop?. Fikiran rasional pula menyangkal… apa hal pula dia nak bersusah payah nak edit bagai hehehe..

Dia ni bukan yang pertama mendapat hasil yang begitu “lumayan” dari penggunaan Sepia 200, Melasma Free dan Fragaria Vesca. Tanpa krim dan sabun wajahnya kembali bermaya dan menjadi kesayangan suaminya ..

Mujurlah dia tidak membuat rawatan laser yang mahal. Memang cantik selepas muka dilaser tetapi selepas itu akan menambah “derita” anda. Boleh dikatakan rata-rata yang membuat rawatan laser akan mengalami jeragat yang semakin memburuk. Kenapa jadi begitu? Jawapanya simple… salah satu punca terjadi jeragat ialah “sunburn”. Apabila layer atas dilaser, maka kulit muka anda sudah tidak ada benteng pertahanan dari sinaran UV.  Kita sendiri maklum bahawa Malaysia mengalami cuaca Khatulistiwa di mana panas matahari dinegara kita berbeza dengan negara yang mempunyai 4 musim. Jika anda tinggal di London mungkin sesuai dengan rawatan laser 🙂

Laser dan rawatan pengelupasan kulit tidak jauh bezanya, oleh itu saya sarankan anda berfikirlah sewajar-wajar sebelum mengambil atau mengguna kaedah rawatan yang pantas..kerana kesan buruk juga akan pantas kembali menyerang kulit muka anda yang priceless itu 🙂

Anda Sihat Saya Gembira …….