Hilangkan Jeragat Dengan Kentang

Posted on

Hilangkan Jeragat Dengan Kentang?
Hilangkan Jeragat Dengan Kentang?

Jeragat bukanlah masalah serius sehingga boleh meragut nyawa seseorang tetapi tompok atau bintik yang berwarna seakan coklat atau hitam dimuka, akan menjadikan anda seorang yang rendah diri.

Tekanan perasaan yang berpanjangan dan kadang-kadang teman bertanya, menjadikan jeragat lebih bahaya dari penyakit kronik yang mampu meragut nyawa..

Selain rawatan homeopathy yang berkonsepkan merawat dari dalam atau merawat akar umbi permasalahan jeragat itu sendiri terdapat bahan yang boleh digunakan  didapur anda sendiri.

KENTANG!!

Kuasa Rawatan Kentang Yang Anda Tidak Tahu

Kentang bukan sekadar kaya dengan sumber kanji, tetapi mampu menghalang dari terjadinya pigmentasi seperti melasma, bulatan hitam (dark circles), hyper dan hypo pigmentasi.

Kentang berupaya mencerahkan kulit dengan cara seperti berikut;

  • Potong sebiji kentang yang bersaiz sederhana kepada dua bahagian. Titiskan sedikit air dipermukaan kentang tersebut.
  • Sapukan kentang tersebut ke kawasan jeragat dan biarkan jus dari kentang tersebut meresap ke dalam kulit.
  • Jika anda mempunyai masa yang terluang, ramas-ramas kentang tersebut sehingga jusnya keluar. Sapkan jus kentang tersebut di spot jeragat dan biarkan selama 30 min dan bilas mengguna air suam. Lakukan 2-3 kali didalam satu minggu selama sebulan. Selepas itu akan akan nampak kesannya.

Selamat Mencuba….

Leave a comment